Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389481
Title: | Kajian biomekanik teknik pendaratan payung terjun bagi tentera malaysia dengan kaedah kane dan analisis data fungsian |
Authors: | Noor Syazwana Abd Aziz (P87573) |
Supervisor: | Azmin Sham Rambely, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Payung terjun Penerjun -- Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | Apr-2022 |
Abstract: | Pasukan payung terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara pasukan yang berisiko tinggi mendapat kecederaan yang serius. Sebanyak 80% kecederaan berlaku semasa fasa pendaratan dan faktor utama kerana penerjun kurang berpengalaman dan tidak mengaplikasikan teknik pendaratan payung terjun dengan betul. Teknik pendaratan payung terjun sangat penting diketahui oleh penerjun di kalangan anggota tentera terutama bagi penerjun amatur bagi mengurangkan risiko kecederaan semasa menjalani kursus asas latihan payung terjun. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model matematik seluruh tubuh bagi aktiviti pendaratan payung terjun untuk mengenal pasti teknik pendaratan yang terbaik serta dapat mengurangkan risiko kecederaan. Fasa yang terlibat dalam kajian ini adalah persediaan mendarat, mendarat dan berguling. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk membandingkan data kinematik dan kinetik di antara penerjun profesional dan amatur. Model matematik dibangunkan dengan menggunakan Kaedah Kane untuk mendapatkan nilai kilasan pada setiap sendi yang terlibat semasa melakukan pendaratan. Kajian ini melibatkan tiga orang penerjun profesional dan 18 orang penerjun amatur daripada ATM. Aktiviti perekodan dan pendigitan video pendaratan payung terjun telah dibuat dengan menggunakan dua buah kamera berjenama GoPro dan perisian Quintic Biomechanics. Melalui aktiviti ini, data kinematik seperti sudut, halaju dan pecutan sudut diperoleh. Penggunaan kaedah Analisis Data Fungsian (ADF) bertujuan untuk melicinkan data dan menyelaraskan titik lengkung. Ujian-t dilakukan untuk melihat perbandingan data purata di antara dua kumpulan iaitu penerjun profesional dan amatur. Hasil kajian mendapati sudut purata tubuh badan yang ideal yang diperoleh daripada penerjun profesional semasa melakukan pendaratan adalah sudut fleksi pergelangan tangan 59○, sudut ektensi siku 128○, sudut ektensi bahu 118○, sudut fleksi pinggang 91○, sudut fleksi lutut 98○ dan sudut plantar fleksi buku lali 86○. Melalui nilai sudut ini, nilai purata kilasan yang terhasil adalah τ pergelangan tangan = 270.8 Nm, τ siku = 451.8 Nm, τ bahu = -380.3 Nm, τ pinggang = 260.7 Nm, τ lutut = 96.6 Nm dan τ buku lali = -32.3 Nm. Manakala purata sudut yang terhasil daripada penerjun amatur adalah sudut fleksi pergelangan tangan 68○, sudut ektensi siku 158○, sudut ektensi bahu 136○, sudut fleksi pinggang 108○, sudut fleksi lutut 111○ dan sudut plantar fleksi buku lali 98○. Nilai purata kilasan penerjun amatur yang terhasil adalah τ pergelangan tangan = 282.6Nm, τ siku = -588.1Nm, τ bahu = -527.3Nm, τ pinggang = -228.8Nm, τ lutut = -114.5Nm dan τ buku lali = -60.1 Nm. Model matematik yang dibangunkan dapat mengenal pasti nilai kilasan yang bersesuaian pada setiap sendi bagi menghasilkan teknik pendaratan yang terbaik dan seterusnya risiko kecederaan dapat dikurangkan. Selain itu, modul latihan pendaratan payung terjun boleh diterbitkan dengan menggunakan data kinematik dan kinetik yang terhasil daripada penerjun profesional sebagai panduan kepada penerjun amatur untuk mempelajari teknik pendaratan yang betul. Analisis parameter kinematik dan kinetik ini telah memberikan impikasi yang baik kepada ATM terutama dari segi pengurangan risiko kecederaan dan mempelajari teknik pendaratan payung terjun yang terbaik. |
Pages: | 277 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kajian biomekanik teknik pendaratan payung terjun bagi tentera malaysia dengan kaedah kane dan analisis data fungsian.pdf Restricted Access | Full-text | 6.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.