Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaidi Isa, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAzmi Abd Aziz (P59554)-
dc.date.accessioned2023-01-16T00:32:17Z-
dc.date.available2023-01-16T00:32:17Z-
dc.date.issued2022-02-04-
dc.identifier.urihttp://10.1.155.70:8080/jspui/handle/123456789/389473-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengetahui niat pengguna terhadap barangan kosmetik halal. Satu model kajian telah dibangunkan untuk menyiasat pemboleh ubahpemboleh ubah yang menyumbangkan kepada niat dan kelakuan untuk memilih barangan kosmetik Halal. Tinjauan kepustakaan mencadangkan Teori Perilaku Terancang (TPB) digunakan sebagai kerangka konseptual yang mana pemboleh ubahpemboleh ubah tak bersandar iaitu sikap, pandangan kebiasaan, tanggapan kawalan kelakuan, tabiat, tanda logo halal, kesedaran/pengetahuan, keselamatan/kesihatan serta identiti seorang Islam diukur menggunakan tujuh (7) titik skala Likert. Kajian tentang daging halal didapati sesuai dan diadaptasi dalam kajian kosmetik halal kerana ada titik persamaan dalam aspek halal untuk pengguna Islam. Seramai 753 responden melalui pensampelan bola salji telah mengembalikan borang soal selidik untuk dianalisis. Statistik deskriptif mengikut keutamaan, mendapati sikap yang positif menjadi pendorong untuk menggunakan barangan kosmetik halal, identiti seorang Islam pula menjadi asas pengguna mengutamakan kehendak syariah, diikuti tanda logo halal, kesihatan/keselamatan, pandangan kebiasaan, tabiat dan kesedaran/pengetahuan tentang barangan kosmetik halal. Untuk nilai min setiap faktor yang diuji, kesemua faktor pemboleh ubah menunjukkan keputusan responden setuju dengan keperluan barangan halal. PLS-SEM berasaskan Kovarians telah digunakan untuk penyelidikan/analisis pengesahan dan pengukuran model. Pemboleh ubahpemboleh ubah yang diuji bersama pemboleh ubah bersandar disahkan mencapai keperluan untuk pengesahan model. Pengujian hipotesis menyokong bahawa impak positif terhadap identiti seorang Islam sebagai tuntutan untuk mendapatkan barangan halal dan disokong oleh keperluan keselamatan dan kesihatan barangan, tabiat, sikap yang positif dan tanggapan kawalan kelakuan bagi memilih barangan kosmetik halal. Pemboleh ubah identiti seorang Islam, keselamatan dan kesihatan, tabiat, sikap yang positif dan tanggapan kawalan kelakuan didapati akan mempengaruhi niat kelakuan seseorang itu dan ini bermakna, sebarang perubahan pada faktor pemboleh ubahpemboleh ubah ini akan memberi implikasi kepada keputusan seseorang untuk memilih barangan kosmetik halal. Walau bagaimanapun, tanda logo halal, kesedaran dan berpengetahuan tentang barangan halal serta pandangan kebiasaan tidak memberi kesan yang positif untuk mempengaruhi niat pengguna. Kepada pengeluar, bagi memastikan pasaran barangan kosmetik halal terus mendapat tempat dalam kalangan umat Islam, pematuhan kepada piawaian halal yang ditetapkan secara berterusan lebih menyakinkan pengguna Islam agar tuntutan syariah mereka dapat dipenuhi dan dicapai.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectKosmetiken_US
dc.subjectProduk halalen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleFaktor-faktor untuk memilih barangan kosmetik halal di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages162en_US
dc.identifier.barcode006939en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor-faktor untuk memilih barangan kosmetik halal di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial2.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.