Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389469
Title: | Kompetensi dan amalan kejurulatihan pembimbing pakar peningkatan sekolah (SISC+) meningkatkan mutu kecemerlangan pengajaran guru |
Authors: | Noel Jimbai Anak Balang (GP07311) |
Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof. Dr. |
Keywords: | Guru -- Kompetensi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Aug-2022 |
Abstract: | Kompetensi SISC+ dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan merupakan aspirasi pendidikan alaf baharu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kompetensi SISC+ dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan. Secara terperinci kajian ini memberi maklumat tentang tahap kompetensi SISC+ dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan. Kajian juga turut mengenal pasti tahap perbezaan kompetensi SISC+ dalam aspek jantina, pengalaman, pemilikan sijil kejurulatihan dan jawatan sebelum bergelar SISC+. Model Biggs dan Model GROW, Teori Pemusatan Perorangan Carl Rogers dan Teori Zon Perkembangan Proximal (ZPD) Vygotsky telah diaplikasikan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan yang mengaplikasikan pendekatan kajian pelbagai (mixed method) yang dikenali explanatory sequential design dan menerapkan dua fasa pengumpulan data iaitu kuantitatif diikuti kualitatif. Edaran borang soal selidik dalam kajian fasa kuantitatif melibatkan 118 orang responden manakala 6 orang peserta kajian untuk fasa kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23 manakala fasa kualitatif secara analisis kandungan. Kebolehpercayaan item untuk aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan yang dianalisis secara alfa Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.939 hingga 0.980. Data dianalisis menggunakan skor min, peratus dan sisihan piawai, Ujian-t dan Anova sehala. Dapatan kajian terhadap tahap kompetensi aspek kurikulum adalah pada tahap tinggi dengan min 4.25, tahap kompetensi aspek pedagogi juga tinggi dengan min 4.30. Dapatan min untuk aspek pentaksiran secara keseluruhan berada pada tahap tinggi iaitu 4.30 manakala min aspek amalan kejurulatihan juga tinggi iaitu 4.45. Hasil temu bual berstruktur juga menunjukkan dapatan yang selari dengan data kuantitatif iaitu SISC+ didapati kompeten dalam aspek yang dikaji. Perbandingan tahap kompetensi SISC+ dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, memiliki sijil kejurulatihan dan jawatan sebelum bergelar SISC+. Namun demikian terdapat perbezaan yang signifikan untuk aspek pengalaman mengajar. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan agar instrumen yang terhasil digunakan sebagai baseline data bagi meninjau kompetensi SISC+. Cadangan penambahbaikan dilaksanakan terhadap Program SISC+ supaya SISC+ dapat mempertingkat kompetensi diri dalam aspek kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan amalan kejurulatihan yang menjadi teras dalam kerja buat mereka. |
Pages: | 287 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kompetensi dan amalan kejurulatihan pembimbing pakar peningkatan sekolah (SISC+) meningkatkan mutu kecemerlangan pengajaran guru.pdf Restricted Access | Full-text | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.