Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389463
Title: Semakan sistematik ke atas famili fissidentaceae (bryophyta) di Semenanjung Malaysia
Authors: Nur Syazwana Munzani (P93048)
Supervisor: Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil, Dr.
Keywords: Fissidentaceae
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Mar-2022
Abstract: Semakan sistematik telah dijalankan ke atas famili Fissidentaceae (Bryophyta) di Semenanjung Malaysia kerana masih belum terdapat kajian yang menyeluruh terhadap famili ini di kawasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk i) menyediakan huraian ciri-ciri morfologi bagi kesemua takson, ii) membina kekunci pengecaman dan iii) menentukan batasan taksonomi antara takson melalui hubungan filogeni. Kaedah kajian ini melibatkan pengutipan sampel, semakan spesimen, pengukuran, pengilustrasian dan huraian, pembinaan kekunci pengecaman dan penghasilan pohon filogeni. Sejumlah 29 takson di Semenanjung Malaysia telah disemak di herbarium UKMB. Famili monotipik dengan genus Fissidens Hedw. ini boleh dicirikan dengan daun distikus yang menegak, kehadiran lamina vaginan pada daun yang terdiri daripada dua lamela yang mendakap batang dan gigi peristom terbahagi kepada dua sehingga ke tengah dengan jalur memanjang. Genus ini mempamerkan variasi pada ciri apeks dan margin daun; kehadiran limbidium, kosta dan nodul aksilari hialin; perhiasan sel lamina dan seta; serta seksualiti yang telah diperhatikan dengan teliti untuk membezakan kesemua takson. Kebanyakan takson dijumpai di kawasan tanah rendah dan hidup secara kortikol, rupikol, terikol, ramikol dan lignikol. Satu rekod baru iaitu Fissidens dubius P. Beauv. dan satu spesies baru bagi sains iaitu F. splachnifolioides sp. nov. juga telah berjaya dikenal pasti. Analisis data morfologi telah dilakukan dengan menggunakan perisian PAUP 4.0b10 melalui kaedah Maximum Parsimony (MP). Secara keseluruhan, topologi berasaskan bukti morfologi menunjukkan Fissidentaceae sebagai satu kumpulan monofiletik.
Pages: 253
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Semakan sistematik ke atas famili fissidentaceae (bryophyta) di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text19.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.