Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389452
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul 3K-CBt terhadap konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid ponteng
Authors: Normadiyana Abdullah (P92670)
Supervisor: Abu Yazid Abu Bakar, Lt. Kdr Prof. Madya Dr.
Keywords: Murid -- Tingkah laku
Motivasi dalam pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Aug-2022
Abstract: Usaha meningkatkan kemenjadian murid direalisasikan dengan menerapkan dan membangunkan kemahiran abad ke-21, berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan pembangunan perkembangan sahsiah dan peningkatan disiplin diri murid secara menyeluruh dan konsisten. Murid terdedah kepada pelbagai cabaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka di sekolah dan dalam kehidupan seharian. Konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid merupakan faktor yang dikenalpasti dapat mengatasi tingkah laku ponteng. Kajian ini ini bertujuan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul 3K terhadap konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid bagi menangani tingkah laku ponteng murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kajian eksperimen tulen. Kajian eksperimen tulen bertujuan untuk menguji keberkesanan modul berdasarkan kumpulan kawalan rawak ujian pra, ujian pasca dan ujian susulan. Kaedah pemilihan sampel bagi kajian eksperimen tulen menggunakan secara rawak kelompok yang melibatkan seramai 219 murid ponteng. Sementara, pada peringkat kedua melibatkan sampel seramai 99 orang yang dipilih secara rawak berpasangan bagi Kumpulan Eksperimen Berkala (KEB), n=33, Kumpulan Eksperimen Maraton (KEM), n=33 dan Kumpulan Kawalan (KK) n=33. Soal-selidik yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah bersandar ialah konsep kendiri (The Tennessee Self-Concept Scale-TSCS), rasa kepunyaan (Psychological Sense of School Membership-PSSM) dan keterlibatan murid (School Engagement Scale-SES). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, MANOVA satu hala, ANOVA Pengukuran Berulangan, ANCOVA, Post Hoc Tuckey, dan Post Hoc Biofrenni pada aras signifikan .05. Keputusan kesahan kandungan keseluruhan modul berdasarkan pecahan sub modul dan aktiviti serta dapatan kajian rintis pula, menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan modul Alpha Cronbach adalah tinggi. Analisis statistik ANOVA Pengukuran Berulangan mendapati KEB dan KEM berkesan dalam meningkatkan tahap konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid. Analisis perbandingan antara kumpulan mendapati KEB dan KEM lebih berkesan berbanding KK. Walaubagaimanapun Kumpulan KEM tidak menunjukkan perbezaan signifikan berbanding KK bagi pemboleh ubah keterlibatan murid. Di samping itu, dapatan ujian susulan yang diberikan selepas empat minggu berakhirnya intervensi 3K menunjukkan berlaku ketekalan dan kestabilan pemboleh ubah konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak yang bertanggungjawab agar sentiasa cakna berkaitan isu ponteng dalam kalangan murid dengan mencari solusi yang bersesuaian. Selain itu, kaunselor sekolah juga dapat mengaplikasikan Modul 3K dalam program pembangunan sahsiah serta peningkatan disiplin diri murid. Di samping itu, dapatan kajian ini juga telah membuka ruang baru dalam usaha peningkatan disiplin diri murid bagi merealisasikan sasaran keberhasilan murid yang optimum. Cadangan kajian lanjutan hendaklah dijalankan ke atas kelompok murid dari jenis sekolah berbeza dan melibatkan populasi yang lebih besar serta membuat perbandingan kesan Modul 3K dengan intervensi lain yang berkaitan.
Pages: 410
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan keberkesanan modul 3K-CBt terhadap konsep kendiri rasa kepunyaan dan keterlibatan murid ponteng.pdf
  Restricted Access
8.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.