Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389451
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ku Suhaila Ku Johari, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zuraini Idris (P90021) | - |
dc.date.accessioned | 2023-01-13T07:00:56Z | - |
dc.date.available | 2023-01-13T07:00:56Z | - |
dc.date.issued | 2022-10-05 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigitalv2.ukm.my/jspui/handle/123456789/389451 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Model Latihan Kaunseling Berasaskan Personaliti dan Cerdas Spiritual Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pengkaji menggunakan kaedah kajian gabungan (explanatory mixed method) dengan gabungan kaedah kuantitatif melalui kajian tinjauan dan kaedah temu bual separa berstruktur bagi kaedah kualitatif. Kajian ini juga menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research - DDR) yang mempunyai tiga fasa. Fasa pertama melibatkan 207 orang guru pelatih dan dipilih secara rawak dari setiap Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Zon Tengah. Instrumen yang digunakan ialah International Personality Item Pool (IPIP) dan Ujian Kecerdasan Spiritual. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan IBM Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 21.0. Seterusnya, data kualitatif diperoleh melalui melalui temu bual (open-ended question) daripada lima orang kaunselor di IPGK yang dipilih melalui persampelan secara bertujuan. Fasa kedua melibatkan 12 orang pakar bidang kaunseling. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 7 skala likert dan dianalisis melalui Model Fuzzy Delphi. Nilai threshold ‘d’, nilai kesepakatan pakar dan nilai defuzzification dihitung untuk mengesahkan persetujuaan pakar terhadap semua komponen utama dan elemen model. Fasa ketiga kajian menggunakan teknik kumpulan nominal ubahsuai (Modified NGT). Soal selidik penilaian kebolehgunaan diedarkan melalui pelaksanaan perbengkelan kepada 21 pakar yang terdiri daripada orang kaunselor yakni dipilih secara rawak di IPGM. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excell dengan nilai peratusan. Dapatan kajian bagi fasa pertama menunjukkan personaliti dominan dalam kalangan guru pelatih ialah personaliti Penerimaan (min = 4.27, sp = .77). Seterusnya, 94.7 peratus responden mempunyai tahap cerdas spiritual tahap tinggi (min = 4.40, sp = .40). Hasil temu bual pula menunjukkan terdapat kes berkaitan dengan personaliti dalam kalangan guru pelatih. Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat keperluan pembangunan model. Bagi dapatan kajian fasa kedua menunjukkan wujud kesepakatan pakar terhadap empat komponen utama, iaitu dipersetujui pakar terdapat empat komponen utama, iaitu objektif, kandungan, aktiviti dan penilaian, dengan 27 elemen yang terkandung di dalamnya. Manakala dapatan kajian fasa ketiga menunjukkan 70 peratus nilai peratusan skor penerimaan komponen utama dan elemen adalah tahap sesuai dan menepati syarat yang ditetapkan. Berdasarkan dapatan keseluruhan kajian, pengkaji model yang dibangunkan ini, untuk digunakan oleh kaunselor di IPGM. Justeru, kajian ini mempunyai implikasi positif terhadap kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling secara holistik yang meliputi aspek perkembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Cadangan kajian lanjutan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul latihan kaunseling berasaskan personaliti dan cerdas spiritual dengan populasi yang lebih besar serta membuat perbandingan model yang sedia ada dengan intervensi lain yang berkaitan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Guru -- Personaliti | en_US |
dc.subject | Kaunseling | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan model latihan kaunseling berasaskan personaliti dan cerdas spiritual guru pelatih di IPGM | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 420 | en_US |
dc.identifier.barcode | 006960 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan model latihan kaunseling berasaskan personaliti dan cerdas spiritual guru pelatih di IPGM.pdf Restricted Access | Full-text | 4.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.