Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389450
Title: | Aplikasi terapi sandtray sebagai modaliti kaunseling dalam kalangan kanak-kanak penceraian ibu bapa |
Authors: | Gooh, Mo Lee (P79302) |
Supervisor: | Ku Suhaila Ku Johari, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kanak-kanak -- Psikologi Terapi sandtray Perceraian Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Oct-2022 |
Abstract: | Terapi sandtray merupakan satu pendekatan yang berkesan dalam membantu kanak-kanak perceraian ibu bapa dalam peluahan emosi, tingkah laku dan kognitif. Kajian ini merupakan kajian kes yang bertujuan untuk meneroka aplikasi terapi sandtray dalam sesi kaunseling individu terhadap isu konflik yang dialami klien kanak-kanak perceraian ibu bapa. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik temu bual, pemerhatian rakaman video dan analisis dokumen. Peserta kajian dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Peserta kajian utama terdiri daripada 11 orang kanak-kanak dari empat buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah yang telah memenuhi kriteria yang dipilih. Peserta kajian sekunder terdiri daripada 11 orang ibu bapa dan 11 orang guru bagi mendapatkan maklum balas masalah emosi, tingkah laku dan kognitif kanak-kanak di rumah dan di sekolah sebelum proses kaunseling terapi sandtray dijalankan. Seterusnya, bagi mendapatkan maklum balas perubahan emosi, tingkah laku dan kognitif kanak-kanak di rumah dan di sekolah selepas proses kaunseling terapi sandtray dijalankan. Data yang dikumpul dan dianalisis menerusi teknik analisis tema dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Terdapat 4 subtema masalah emosi kanak-kanak di rumah iaitu sedih yang keterlaluan, cepat marah, pendam emosi dan benci ayah. Seterusnya, terdapat 11 subtema masalah tingkah laku kanak-kanak di rumah ialah menggigit kuku, sendirian, bergaduh, pendiam, trauma melihat ayah dan ibu bergaduh, termenung, sukar tidur, menangis, tidak menyiapkan kerja rumah, menulis di diari dan tidak boleh belajar. Dapatan temu bual daripada guru menunjukkan terdapat 4 subtema masalah emosi kanak-kanak di sekolah iaitu sedih, rendah diri, emosi tidak stabil dan marah. Terdapat 5 subtema masalah tingkah laku kanak-kanak di sekolah iaitu bersendirian, tidak menyiapkan kerja sekolah, bergaduh, tidak hadir ke sekolah dan tidak boleh belajar. Kajian ini telah menemui kemunculan 4 tema utama iaitu trauma, konflik, kelegaan dan berdikari dan 17 subtema semasa proses kaunseling sandtray dijalankan. Akhir sekali, terdapat perubahan emosi dan tingkah laku di rumah selepas sesi kaunseling terapi sandtray iaitu gembira dan 3 subtema perubahan tingkah laku iaitu menerima realiti, bersabar dan fokus dalam pelajaran. Terdapat 1 subtema perubahan emosi kanak-kanak di sekolah iaitu lebih stabil dan 3 subtema perubahan tingkah laku iaitu bertanggungjawab, rajin dan fokus dalam pelajaran selepas mengikuti terapi sandtray. Justeru, kajian ini mendapati terapi sandtray membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan masalah dirinya dengan lebih terbuka. Kanak-kanak juga mendapat celik akal bagaimana untuk mengatasi masalah dan konflik yang dihadapi. Dapatan ini menunjukkan proses kaunseling terapi sandtray telah membantu kanak-kanak untuk memperoleh kesejahteraan secara efektif. Terapi sandtray boleh diperluaskan penggunaannya kerana memberi impak yang positif kepada klien semasa terapi sedang dijalankan. Cadangan kajian lanjutan adalah membangun dan menguji keberkesanan modul latihan kaunseling terapi sandtray dengan populasi kanak-kanak perceraian ibu bapa. |
Pages: | 287 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Aplikasi terapi sandtray sebagai modaliti kaunseling dalam kalangan kanak-kanak penceraian ibu bapa.pdf Restricted Access | Full-text | 7.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.