Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389254
Title: | Model tingkah laku beretika dan faktor kawalan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan pelajar teknologi maklumat di universiti awam |
Authors: | Azhar Abd aziz |
Supervisor: | Zawiyah Mohd Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Etika penggunaan teknologi maklumat (TM) Big Seven Personality (B7P) |
Issue Date: | 1-Jul-2020 |
Abstract: | Kajian lampau tentang etika penggunaan teknologi maklumat (TM) yang didasarkan kepada Keperibadian dan dikaitkan kepada isu-isu penggunaan TM secara tidak beretika. Kajian ini memfokus kepada pelajar IPT serta Tingkah Laku Tidak Beretika (TLTB) semasa pengunaan TM yang telah menjadi kebiasaan di kalangan pelajar. Kajian Keperibadian yang didasarkan kepada The Big Five Personality Model hanya tertumpu kepada lima faktor tingkah laku sahaja iaitu bersetuju, kesetiaan, kestabilan emosi, intelektual dan extraversi. Namun begitu, kajian masih tidak memuaskan kerana kajian lampau hanya menghubungkait satu persatu perlanggaran etika kepada model Keperibadian. Hubungan di antara semua faktor dalam model tingkah laku tersebut dengan semua isu Tingkah Laku Tidak Beretika adalah penting kerana masalah pelanggaran etika dilakukan secara serentak. Sehubungan dengan itu kajian secara menyeluruh diperlukan untuk menyelesaikan masaalah ini. Oleh itu, matlamat kajian ini ialah pertama, mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong para pelajar melakukan Tingkah Laku Tidak Beretika semasa pengunaan TM. Kedua, mengenal pasti faktor Langkah Kawalan yang berkesan di antara Keperibadian di antara pelajar dan TLTB. Ketiga, membangunkan model yang menjelaskan korelasi-korelasi antara tindakan-tindakan tidak beretika serta faktor tingkah laku pelajar. Model tingkah laku bagi kajian ini dibangunkan berdasarkan faktor asas yang terdapat di dalam Theory of Planned Behavior. Pendekatan kuantitatif diguna bagi mengumpul data yang melibatkan 500 persampelan rawak berstrata yang dilakukan dari tahun 2011 hingga 2012. Sejumlah 500 soal selidik diedar dan sebanyak 423 (84.6 %) diterima kembali. Data yang dikumpul dianalisa mengguna perisian statistik Partial Least Square- Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Kajian ini telah memperkenalkan dua faktor baharu iaitu nomad digital dan modenisasi sebagai penambahan kepada The Big Five Personality Model bagi mengkaji faktor Keperibadian dan isu berkalitan TM. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor Big Seven Personality (B7P) signifikan apabila melalui faktor perantara Kerohanian. Penemuan kajian telah menyumbang kepada perkembangan teori tingkah laku beretika terhadap teknologi maklumat iaitu sumbangan model ACCM, sumbangan konstruk, hubungan perantaraan dan instrumen kajian. Model ACCM, konstruk-konstruk yang digunakan dan faktor perantara telah mendapat pengesahan dari pakar-pakar bidang. Kajian ini dapat digunapakai bagi mencadang kod tingkah laku yang baharu kepada pembuat dasar pada peringkat universiti dalam usaha membasmi Tingkah Laku Tidak Beretika ketika mengguna teknologi maklumat. |
Description: | Fullpage |
Notes: | P42868 |
Pages: | 288 p |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Model tingkah laku beretika dan faktor kawalan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan pelajar teknologi maklumat di universiti awam Restricted Access | Full-text | 159.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.