Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389214
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHanif Farhan Mohd Rasdi, Dr.-
dc.contributor.authorLau Hui Yuan (P98744)-
dc.date.accessioned2022-12-12T07:09:33Z-
dc.date.available2022-12-12T07:09:33Z-
dc.date.issued2022-09-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/389214-
dc.description.abstractAhli terapi cara kerja (ATCR) memainkan peranan penting dalam rehabilitasi pemanduan bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk berdikari. Penilaian pra-pemanduan secara umumnya melibatkan banyak jenis penilaian terpiawai dan tak terpiawai untuk menentukan kemahiran visual, kognitif, dan fizikal. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu garis panduan Penilaian Prapemanduan Terapi Cara Kerja (M-POTA) untuk digunakan di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kepada pendekatan kaedah campuran yang melibatkan tiga fasa: Fasa I (Pembangunan Borang Soal Selidik), Fasa II (Tinjauan terhadap ATCR) dan Fasa III (Pembangunan M-POTA). Fasa I (n=6) telah dijalankan untuk membangunkan konstruk dan item bagi soal selidik berkaitan penilaian serta rehabilitasi pemanduan di Malaysia. Seterusnya, Fasa II (n=53) telah dijalankan untuk mengumpulkan maklumat secara atas talian daripada ATCR menggunakan soal selidik yang telah dibangunkan. Kemudian, Fasa III (n=26) telah dijalankan untuk membincangkan, menentukan, mengesahkan dan menambah baik isi kandungan draf M-POTA berdasarkan kepada satu perbincangan kumpulan berfokus (FGD). Transkripsi verbatim kemudiannya telah dihasilkan berdasarkan kepada rakaman FGD dan telah dianalisis secara tematik. Hasil Fasa I mendapati bahawa kesahan kandungan borang soal selidik adalah cemerlang (I-CVI:0.83-1.00, kappa:0.82-1.00). Hasil Fasa II mendapati bahawa ATCR Malaysia menggunakan 29 jenis penilaian pra-pemanduan terpiawai dan tak terpiawai. Pada Fasa III, kandungan M-POTA telah dibangunkan berdasarkan kepada dapatan hasil kajian Fasa II, rujukan kepada Garis Panduan Pemeriksaan Perubatan Pelesenan Orang Kurang Upaya Malaysia, Borang Penilaian Pra-Pemanduan Terapi Cara Kerja di Malaysia dalam Prosedur Operasi Standard (POS), Model Pekerjaan Manusia (MOHO) dan kajian-kajian lepas. Ujian kesahan kandungan dan kesahan muka draf ketiga M-POTA telah menghasilkan versi 1.0 MPOTA yang terdiri daripada 8 bahagian dengan kandungan 79 item. Secara keseluruhan, kesahan kandungan versi 1.0 M-POTA adalah cemerlang (I-CVI: 0.83-1.00, kappa: 0.81-1.00). Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa M-POTA adalah sahih dan berpotensi untuk dimanfaatkan oleh ATCR dalam amalan penilaian pemanduan secara lebih holistik di Malaysia. Pada kajian seterusnya, ujian kebolehlaksanaan, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan garis panduan M-POTA untuk OKU adalah digalakkanen_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOccupational Therapistsen_US
dc.subjectPerson with disabilitiesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia--Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic--Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan garis panduan penilaian pra-pemanduan terapi cara kerja Malaysia (M-POTA) untuk orang kurang upayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages316en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatan (Terapi Cara Kerja)en_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
3. FSK P98744 LAU HUI YUAN (3).pdf
  Restricted Access
Full-text6.03 MBUnknownView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.