DSpace Collection:
Perilaku alam sekitar peramal keinginan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif pembersihan sungai: fungsi bank masa sebagai penyederhana
      <description>Title: Perilaku alam sekitar peramal keinginan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif pembersihan sungai: fungsi bank masa sebagai penyederhana
Authors: Suhailah Shamsudin (P115954)
Abstract: Sungai Klang merupakan antara sungai paling tercemar di dunia dan menjadi penyumbang utama kepada pelepasan sisa plastik tidak terurus ke lautan. Tingkah laku tidak bertanggungjawab dan tahap kesedaran awam yang rendah dikenal pasti sebagai faktor utama pencemaran ini. Penglibatan masyarakat dalam inisiatif pembersihan sungai sama ada berstruktur atau tidak berstruktur adalah kritikal. Kajian ini bertujuan untuk menilai penglibatan awam dalam pembersihan sungai tidak berstruktur melalui dua objektif utama: (1) mengkaji hubungan antara tingkah laku pro-alam sekitar,  efikasi kendiri hijau dan keyakinan hijau terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai, serta (2) menilai fungsi bank masa sebagai penyederhana dalam hubungan tersebut. Kajian ini berpaksikan Teori Penentuan Diri (Self-Determination Theory) (SDT) dan Teori Persepsi Kendiri (Self-Perception Theory) (SPT), dan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik. Seramai 267 pengusaha bot kecil daripada Persatuan Bot Rekreasi Selangor (PBRS) dan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang (PNKPK) telah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis model persamaan struktur (SEM-PLS) menunjukkan bahawa tingkah laku pro-alam sekitar (ꞵ = 0.316; t = 4.598; p = 0.000) dan efikasi kendiri hijau (ꞵ = 0.554; t = 6.322; p = 0.000) mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai. Namun, keyakinan hijau (ꞵ = 0.183; t = 2.490; p = 0.013) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan, dan Hipotesis 3 telah ditolak. Sementara itu, keputusan bagi Hipotesis 4, 5 dan 6 menunjukkan bahawa bank masa tidak mempunyai kesan penyederhanaan yang signifikan terhadap hubungan ketiga-tiga peramal dengan keinginan untuk terlibat (p > 0.05). Ini menandakan bahawa motivasi dalaman adalah lebih dominan, dan ganjaran seperti kredit masa tidak memainkan peranan penting dalam konteks kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan ini menyumbang kepada pengembangan teori motivasi dan tingkah laku alam sekitar dengan memperkukuh peranan efikasi kendiri dan tingkah laku pro-alam sekitar sebagai pemacu penglibatan sukarela. Implikasi praktikal disarankan kepada agensi pengurusan sumber air dan pembuat dasar bagi merangka strategi intervensi yang menekankan nilai dalaman dan bukan sekadar insentif luaran. Kajian masa depan wajar meneroka potensi sebenar bank masa secara lebih menyeluruh sebagai alat pengurusan sukarelawan dalam konteks kelestarian alam sekitar.</description>
Impak pengurusan pensijilan produk perkayuan MTCS-PEFC terhadap industri perkayuan: kajian kes negeri Pahang, Malaysia
      <description>Title: Impak pengurusan pensijilan produk perkayuan MTCS-PEFC terhadap industri perkayuan: kajian kes negeri Pahang, Malaysia
Authors: Shah Badri Mohd Nor (P109263)
Abstract: Pensijilan pengurusan hutan dan rantaian jagaan (CoC) merupakan aktiviti yang penting dalam memastikan kelestarian sumber bahan mentah pada masa akan datang. Malaysia telah melaksanakan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) sejak tahun 2001 berlandaskan piawaian antarabangsa seperti Programme for the Endorsement of Forest Certification (PEFC) dan Forest Stewardship Council (FSC). Namun, penilaian impak pensijilan dan CoC di Malaysia masih terhad, terutamanya akibat kekurangan data perkayuan bersijil yang direkodkan secara sistematik. Persoalan utama kajian ini meneliti punca jurang maklumat pensijilan, faktor pendorong pelaksanaan, serta mekanisme sokongan yang dapat meningkatkan keberkesanan pensijilan dalam konteks industri perkayuan. Sehubungan itu, kajian tesis ini bertujuan untuk: mengenal pasti faktor penyebab perbezaan maklumat data pensijilan di rantaian pengeluaran industri perkayuan; mengenal pasti impak positif dan negatif yang mempengaruhi pelaksanaan sistem pensijilan hutan dan CoC; mengenal pasti mekanisme yang mendukung kepada keperluan perdagangan dalam konteks pensijilan produk perkayuan; dan membentuk kerangka pelan tindakan bagi sistem maklumat dan pemantauan pensijilan pengurusan hutan dan CoC. Negeri Pahang dipilih adalah kerana mempunyai antara keluasan hutan terbesar yang bersijil manakala daerah Kuantan dan Temerloh dipilih sebagai lokasi kajian kerana kedua-duanya merupakan kluster utama kilang produk perkayuan serta merupakan kawasan yang tertinggi dalam aspek pengeluaran produk perkayuan primer. Kaedah kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik dan temu bual separa berstruktur bersama syarikat serta agensi berkaitan. Analisis dilaksanakan secara deskriptif dan melalui pendekatan SWOT. Hasil kajian mendapati wujud ketidakselarasan data antara Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), manakala Malaysian Timber Certification Council (MTCC) hanya bertindak sebagai pengguna data. Dari aspek impak kepada syarikat, pensijilan memberi kesan positif dengan meningkatkan capaian pasaran antarabangsa, mengukuhkan imej korporat serta persepsi terhadap kelestarian, dan meningkatkan keyakinan pelanggan. Namun, syarikat kecil dan sederhana berdepan kesan negatif seperti peningkatan kos pensijilan, beban dokumentasi, dan cabaran teknikal dalam pematuhan piawaian yang boleh menjejaskan daya saing. Kajian tesis ini menyumbang kepada bidang ilmu melalui pembentukan pelan tindakan sistem maklumat dan pemantauan CoC, yang memperkukuh pengurusan pensijilan di Malaysia. Dari sudut implikasi dasar, pelan tindakan ini berpotensi menjadi asas penambahbaikan sistem pengurusan data dan peranan agensi, sekali gus menyokong daya saing industri perkayuan Malaysia dalam pasaran global berasaskan kelestarian.</description>
Orientasi nilai dan set minda ibu bapa Orang Kuala dan Orang Kanaq berkaitan pencapaian pendidikan, Johor Darul Takzim
      <description>Title: Orientasi nilai dan set minda ibu bapa Orang Kuala dan Orang Kanaq berkaitan pencapaian pendidikan, Johor Darul Takzim
Authors: Nurasyikin Ghazali (P77509)
Abstract: Pendidikan dalam masyarakat Orang Asli seringkali menjadi isu yang kompleks dan menimbulkan persoalan tentang faktor yang menyumbang kepada masalah ini khususnya dari sudut psikososial dan budaya. Pembangunan yang dilaksanakan ke atas masyarakat Orang Asli terutamanya Orang Kuala dan Orang Kanaq tidak menitik beratkan pandang dunia masyarakat peribumi yang mungkin berbeza dan tidak selari dengan arus perdana. Kajian ini bertujuan mengenal pasti orientasi nilai dan set minda yang mendasari pandang dunia ibu bapa Orang Kanaq dan Orang Kuala terhadap pendidikan; meneliti hubungan orientasi nilai, set minda dan persepsi ibu bapa Orang Kanaq dan Orang Kuala ke atas pencapaian pendidikan anak-anak dan; meneliti inisiatif lokal dan intervensi kerajaan terhadap pendidikan. Kajian ini dilaksanakan secara sequential mixed-method dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif keatas 166 orang responden dan temu bual 36 orang responden di Kg. Sungai Layau dan Kg. Sungai Selangi. Hasil kajian menunjukkan Orang Kuala mempunyai nilai yang lebih bersifat menyeluruh dan individual (hala tuju, universalisme, pencapaian, keselamatan, pematuhan, tradisi, kepuasan dan kebajikan) sebaliknya, Orang Kanaq lebih bersifat kolektif (universalisme, keselamatan, pematuhan, tradisi dan kebajikan). Perbezaan ketara juga dilihat dari segi set minda, di mana 43.8 peratus Orang Kanaq mempunyai set minda tetap berbanding Orang Kuala 1.3 peratus. Ini kerana Orang Kanaq memilih untuk mengelak daripada menonjolkan kebolehan mereka. Perubahan dalam orientasi nilai dan set minda adalah hasil daripada interaksi mereka dan perubahan persekitaran seperti daripada kehidupan berasaskan laut kepada pertanian. Nilai pencapaian (0.633, 0.506 dan 0.542)  dan set minda berkembang (0.541, 0.370 dan 0.497) adalah signifikan terhadap persepsi ibu bapa mengenai pendidikan anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan pencapaian anak khususnya Orang Kuala dan Orang Kanaq adalah melalui penerapan nilai dan set minda yang positif kepada ibu bapa, memperkukuhkan sokongan emosi dan motivasi anak, memberi latihan dan pendedahan literasi kepada ibu bapa serta kerjasama strategik dengan sekolah dan agensi berkaitan. Oleh itu, melalui kajian seperti ini dapat memberikan pemahaman kontekstual yang lebih mendalam tentang bagaimana komuniti Orang Asli melihat dan mentafsir pendidikan dalam kerangka nilai dan budaya mereka. Implikasinya membantu merangka dasar dan pendekatan pendidikan yang lebih sensitif budaya serta dapat meningkatkan keberkesanan intervensi pendidikan untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia.</description>
Transformasi ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat melalui pendekatan perancangan infrastruktur hijau di bandar raya Kuala Lumpur
      <description>Title: Transformasi ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat melalui pendekatan perancangan infrastruktur hijau di bandar raya Kuala Lumpur
Authors: Mohamed Ikhwan Nasir Mohamed Anuar (P86590)
Abstract: Pembinaan lebuh raya bertingkat membantu meningkatkan kemudahsampaian di dalam kawasan bandar. Namun pada masa yang sama, kewujudan struktur berskala mega ini yang dirancang melalui pendekatan zoning menjejaskan fabrik bandar dan mengakibatkan pembentukkan ruang tinggal. Ruang tinggal yang tidak jelas fungsinya ini menjejaskan imej serta kesinambungan ruang bandar dan mengundang aktiviti sosial yang tidak sihat. Akhirnya keadaan ini boleh mengancam kelestarian persekitaran bandar itu sendiri. Justeru, pemahaman mengenai tipologi ruang tinggal ini dan seterusnya bagaimana ruang ini boleh direkabentuk serta dirancang semula melalui perancangan dan rekabentuk landskap berkonsepkan infrastruktur hijau (IH) merupakan suatu yang penting dalam aspek perancangan landskap bandar. Oleh itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tipologi ruang tinggal yang wujud di bawah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur serta rekabentuk pengunaan ruang tinggal melalui elemen infrastruktur hijau yang sesuai. Sehubungan itu, Lebuh raya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Ampang Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) dan Maju Expressway (MEX) dipilih sebagai kawasan kajian. Matlamat kajian ini dicapai melalui beberapa objektif kajian yang dijalankan melalui analisis dokumen, kerja lapangan serta temubual pengesahan daripada pakar mengenai kesesuaian elemen IH yang telah dikenalpasti itu. Hasil kerja lapangan telah menunjukkan terdapat lima (5) tipologi utama ruang tinggal dibawah lebuh raya bertingkat di Kuala Lumpur: (1) ruang awam, (2) ruang awam dengan fungsi-fungsi perkhidmatan (3) ruang hab transit (4) ruang laluan transit dan (5) ruang yang tidak boleh dilalui. Kelima lima tipologi ruang tinggal ini seterusnya telah diklasifikasi kepada dua ciri utama iaitu (1) ruang yang mudah diakses dan (2) ruang yang sukar diakses. Seterusnya, temubual bersama pakar telah menunjukkan elemen IH seperti laman rekreasi, lot permainan, dinding hijau, kebun komuniti, kawasan awam seperti tapak berniaga, tapak acara/majlis (event space), ruang awam bersosial (civic social space) serta ruang hijau berfungsi (functional green space) seperti kawasan pengurusan air ribut dan tebatan banjir adalah sesuai untuk direkabentuk di ruang tinggal tersebut namun tertakluk kepada faktor-faktor seperti lokaliti, kemudahsampaian, keselamatan, keperluan komuniti serta kebenaran pihak berkuasa. Secara kesimpulannya, penemuan kajian ini menunjukkan bahawa ruang tinggal di bawah lebuh raya bertingkat mempunyai pelbagai fungsi iaitu secara formal dan tidak formal. Selari dengan itu, pendekatan perancangan IH dianggap sesuai untuk diaplikaskan di ruang tinggal bagi menangani kesan daripadan proses perancangan tradisonal (zoning). Namun begitu, pemilihan dan pengaplikasian elemen IH perlu disesuaikan dengan tipologi ruang. Melalui pendekatan perancangan IH, ruang tinggal dapat dirancang dan direkabentuk semula supaya menyumbang secara positif dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar bandar. Rangka pendekatan perancangan ruang yang dibentuk berdasarkan tipologi ruang tinggal dan kesesuaian elemen IH ini dilihat sebagai satu pendekatan yang dapat menyokong kepada perancangan dan rekabentuk ruang tinggal lebuh raya bertingkat yang lebih inklusif. Hasil dari kajian ini boleh memberi manfaat kepada ahli profesional industri dan ahli akademik terutamanya berkaitan alam bina serta menyumbang secara positif kepada pembangunan lestari bandar seiring dengan aspirasi Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4 2020-2040) yang mendokong United Nation Sustainable Development Goals khususnya Goal 11 - Sustainable Cities and Communities dan New Urban Agenda (NUA).</description>