DSpace Collection:
Daya tahan alam bina hospital terhadap bencana: kajian kes di Kelantan, Malaysia
      <description>Title: Daya tahan alam bina hospital terhadap bencana: kajian kes di Kelantan, Malaysia
Authors: Norazam Ab Samah (P69675)
Description: Daya tahan alam bina hospital merupakan keupayaan hospital dalam menyerap serta menampung tekanan semasa bencana dengan efektif. Kerosakan dan kemusnahan alam bina hospital akan mengakibatkan kegagalan hospital berfungsi dengan baik terutama bagi merawat serta memberikan perkhidmatan kesihatan bagi mangsa bencana termasuklah pesakit yang sedia ada di hospital. Kajian ini direka untuk mengenalpasti aspek yang mempengaruhi daya tahan alam bina hospital semasa bencana, menilai tahap daya tahan alam bina hospital termasuk pemahaman risiko dan urus tadbir bagi mengekalkan fungsi hospital serta memberikan cadangan peningkatan daya tahan alam bina hospital sebagai langkah persediaan. Tiga buah hospital utama yang terjejas teruk semasa kejadian banjir di Kelantan pada penghujung 2014 telah dipilih sebagai kajian kes iaitu Hospital Kuala Krai, Hospital Tanah Merah, dan Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bahru. Kajian ini telah menggunakan empat kaedah utama iaitu kajian literatur bagi mengenalpasti aspek daya tahan yang diperlukan di setiap hospital, soal selidik untuk mengenalpasti kriteria daya tahan alam bina hospital, tinjauan lapangan untuk menilai tahap daya tahan hospital dan pengadaan bengkel kepakaran di ketiga-tiga hospital tersebut. Aspek daya tahan yang dikenalpasti melalui kajian literatur adalah kekuatan, lebihan, kepantasan dan sumber daya. Analisis soal selidik telah menghasilkan ukuran potensi alam bina hospital yang meliputi 0.499 kekuatan + 0.302 lebihan + 0.199 kepantasan. Berdasarkan analisis ini juga, kajian mendapati jabatan paling utama yang perlu berfungsi semasa bencana merupakan Jabatan Kecemasan iaitu sebanyak 87.8%. Tinjauan lapangan mendapati tahap daya tahan hospital telah dikelaskan kepada baik, sederhana dan rendah dalam mengekalkan fungsi perkhidmatan hospital semasa bencana. Antara input-input utama yang diperolehi melalui bengkel kepakaran hospital adalah pengadaan ruangan yang lebih besar beserta kelengkapan persediaan bencana di Jabatan Kecemasan, keperluan transformasi ruangan sebagai tindakan semasa bencana dan sistem utiliti yang mencukupi supaya operasi sesebuah hospital dapat diteruskan dalam tahap yang maksimum semasa bencana. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengukuhkan kepentingan daya tahan alam bina hospital yang mampu menyerap tekanan bencana, bertindak balas dan pulih dalam kadar segera dengan mengambilkira tiga kriteria utama iaitu kekuatan, lebihan dan kepantasan.,Sarjana</description>
Kajian pengaruh iklim di tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran di Selangor, Malaysia
      <description>Title: Kajian pengaruh iklim di tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran di Selangor, Malaysia
Authors: Nurul Syazwani Yahaya (P75006)
Description: Tapak pelupusan yang diancam oleh bahaya pengaruh iklim boleh membawa impak negatif terhadap orang awam dan sumber alam. Kajian mengenai keterdedahan tapak pelupusan tempatan terhadap bahaya pengaruh iklim masih belum dikaji dengan baik di Malaysia. Negeri Selangor menghasilkan jumlah sisa per kapita yang tertinggi di dalam negara serta mempunyai bilangan tapak pelupusan yang banyak. Kajian ini menilai keterdedahan tapak pelupusan sisa pepejal perbandaran di Selangor terhadap bahaya pengaruh iklim termasuk bahaya banjir, gelongsoran cerun serta hakisan pantai. Laluan keterdedahan dan implikasi terhadap komuniti turut dikenalpasti melalui kajian kes. Kajian ini juga memberi saranan langkah adaptasi untuk menghadapi ancaman bahaya pengaruh iklim. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini merangkumi penilaian keterdedahan dan kerentanan melalui kajian desktop, pemeriksaan lapangan dan penilaian impak melalui pendekatan punca-laluan-reseptor-kesan. Hasil saringan terhadap 21 buah bekas dan tapak pelupusan rasmi di Selangor mendapati enam terdedah kepada bahaya banjir, dua terdedah kepada bahaya gelongsoran cerun manakala dua lagi terdedah kepada bahaya hakisan pantai. Pemeriksaan di lapangan mendapati bahawa ciri-ciri pada tapak pelupusan membawa kepada kerentanan terhadap bahaya tersebut. Kajian kes di Panchang Bedena menunjukkan potensi terhadap pembebasan bahan cemar sisa yang tinggi dari tapak pelupusan melalui banjir serta hakisan. Keadaan ini berupaya membawa impak yang meluas terhadap komuniti dan alam sekitar. Kajian ini mencadangkan semakan ke atas “Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal” untuk mengambil kira aspek ancaman bahaya pengaruh iklim bagi mengurangkan risiko masa hadapan. Negeri Selangor juga disarankan untuk menerima pakai Akta 672 bagi menyelaraskan pengurusan sisa pepejal perbandaran ke arah yang lebih mampan. Semakan perancangan guna tanah di Selangor turut perlu mengambil kira aspek tersebut bagi mengawal risiko terhadap orang awam dan sumber alam. Di samping itu, komuniti yang menetap di kawasan berhampiran dengan tapak pelupusan perlu diberi kesedaran mengenai keterdedahan terhadap bahaya supaya langkah kecemasan yang sesuai dalam diperkenalkan bagi meningkatkan daya tahan mereka kepada bencana.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Sains</description>