DSpace Collection:
Penggunaan bahasa di kalangan komuniti Bugis : kajian kes di Jayapura, Papua (Indonesia)
    <description>Title: Penggunaan bahasa di kalangan komuniti Bugis : kajian kes di Jayapura, Papua (Indonesia)
Authors: Sukardi Gau
Description: Kajian ini dimaksudkan untuk memberikan fahaman terhadap tiga aspek penggunaan bahasa di kalangan komuniti Bugis di Jayapura, Papua: pemilihan bahasa intraetnik dan interetnik, perpindahan bahasa di kalangan generasi muda Bugis, dan isu-isu sosiolinguistik lain yang mereka tampilkan, seperti bilingualisme, altemasi kod dan interferensi. Bagi mencapai matlamat itu, kajian lapangan dilakukan melalui wawancara mendalam, mencatatkan dan merakamkan tuturan-tuturan informan, serta mengamati pola pemilihan bahasa dalam interaksi sosial komuniti Bugis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemilihan bahasa oleh masyarakat Bugis lazirnnya melibatkan empat bahasa, iaitu bahasa Indonesia, bahasa Bugis, Dialek Melayu Papua, dan dialek Melayu Makassar. Dengan penggunaan bahasa sedemikian ini diketahui bahawa penggunaan bahasa dalam intraetnik memperlihatkan pola bilingualisme, altemasi kod, dan interferensi dengan melibatkan keempat bahasa terse but. Sementara itu, manakala orang Bugis berinteraksi dengan etnik lain hanya menggunakan bahasa Indonesia dan dialek Melayu Papua. Seterusnya, dengan menerapkan kerangka teori Fishman iaitu domain, konteks sosial dan fungsi sosial, penelitian ini dijalankan untuk melihat pemilihan bahasa mereka, baik dalam hubungan intraetnik mahupun hubungan interetnik. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa terjadi perpindahan bahasa, khususnya di kalangan generasi muda Bugis. Pada umurnnya anak Bugis yang dilahirkan dan dibesarkan di Papua tidak berbahasa Bugis lagi dan sebaliknya berpindah ke bahasa Indonesia dan dialek Melayu Papua. Bahasa Bugis umurnnya hanya dituturkan oleh generasi tua atau mereka yang memang sudah berbahasa Bugis sebelum merantau ke Papua. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menghasilkan pengetahuan baru ke atas kajian Bugis, terutama masyarakat Bugis yang tersebar ke kawasan lain di Nusantara.,Ph.D.</description>
Permasalahan Dalam Penggunaan Kubah Sebagai Unsur Utama Senibina Masjid Di Malaysia
    <description>Title: Permasalahan Dalam Penggunaan Kubah Sebagai Unsur Utama Senibina Masjid Di Malaysia
Authors: Mastor Surat
Description: Kubah merupakan unsur yang telah dianggap serasi dengan Senibina Islam di Malaysia dan di seluruh dunia umumnya. Kebanyakan masjid besar di Asia, Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai kubah dan ini menunjukkan percanggahan kefahaman terhadap Senibina Islam bukan sahaja gejala tempatan tetapi juga merupakan gejala sejagat. Sehingga kini Senibina Islam khususnya masjid masih dilihat melalui pandangan yang kabur. Gaya dan perwatakan masih menjadi acara utama pembangunanya disamping nilai keindahan dan kehebatan walaupun Islam menganjurkan kesederhanaan dan melarang pembaziran, berlebihan dan sikap menunjuk-nunjuk. Akibatnya umat Islam masih tiada jawapan atau panduan jelas tentang bentuk dan gaya senibina masjid yang sewajarnya. Kajian thesis ini mempunyai lima matlamat utama iaitu pertama; mengenal pasti kecanggungan kubah pada binaan masjid, kedua; membuktikan dan menjelaskan bahawa kubah bukan berasal dari pemikiran Islam, ketiga; membentangkan penjelasan dan pentakrifan keibadatan serta perlambangan yang sering dikaitkan dengan penggunaan kubah, keempat; mencerakinkan dan merungkailunas serta falsafah Modernism dan Post- Modernism yang tidak menyokong penggunaan kubah dan kelima; mencadangkan suatu rangka pemikiran baru dalam pembentukan lunas dan pendekatan Senibina Islam semasa. Tata kaedah yang digunakan dalam tesis ini boleh disifatkan sebagai tata kaedah falsafah kerana ia melibatkan penjelasan gagasan dan sistem, pentafsiran semula gagasan pendapat dan keibadatan agama serta perbahasan terhadap akhlak senibina. Kajian thesis ini berusaha untuk membincangkan sepuluh perbahasan bagi melihat semula tanggapan tersebut melalui lima tajuk utama perbincangan. Dalam usaha untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang dibangkitkan, thesis ini cuba untuk membangunkan suatu kerangka dan asas pemikiran serta teori dan falsafah Senibina Islam semasa melalui pendekatan keilmuan senibina hakiki dengan memberikan penekanan kepada keadaan dimana sesebuah bangunan tersebut dibangunkan dengan merujuk kepada pelbagai unsur yang berkaitan dengan nilai setempat dan nilai sezaman yang akan menjadi identiti kepada masyarakat yang membangunkan binaan terse but. Kesimpulan dibuat bahawa kubah adalah unsur yang digunakan berikutan pengaruh dari hakikat sejarah dan keperluan teknologi semasa dan bukan sebagai unsur suci atau kudus ataupun sebagai nilai penyejagatan Senibina Islam. Kajian tesis ini merupakan lanjutan dari pelbagai penulisan mengenai Senibina Islam khususnya masjid bagi tujuan untuk menambah serta memperkayakan lagi wacana mengenaiSenibina Islam dalam usaha untuk membuka pemikiran umat Islam bahawa Senibina Islam dan masjid tidak wajar hanya dilihat pada rupabentuk luaran semata-mata tetapi perlu juga dilihat kepada pelbagai nilai yang ada bila melakukan kerja rekabentuk dan pembangunannya.,Doktor Falsafah</description>
Kesan reformasi Indonesia terhadap pentadbir pemerintahan di Kabupaten Kepulauan Riau
    <description>Title: Kesan reformasi Indonesia terhadap pentadbir pemerintahan di Kabupaten Kepulauan Riau
Authors: Ali Yusri
Description: PhD</description>
Pelaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran bahasa berasaskan web di OUM dan UKM
    <description>Title: Pelaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran bahasa berasaskan web di OUM dan UKM
Authors: Faizah Eliza Abdul Talib
Description: PhD</description>