DSpace Collection:
The evaluation of internal audit in Islamic and commercial bank: a case study the Faisal Islamic Bank of Egypt and the Sahara Bank of Libya.
      <name>Ali Idiab Mohamed Idiab (P54911)</name>
    <summary type="text">Title: The evaluation of internal audit in Islamic and commercial bank: a case study the Faisal Islamic Bank of Egypt and the Sahara Bank of Libya.
Authors: Ali Idiab Mohamed Idiab (P54911)
Description: This theses does not have a bachelor/ doctoral certification,Ph.D</summary>
Hubungan pelancongan, dasar makro ekonomi dan pertumbuhan ekonomi
      <name>Kalsom Zakaria (P59737)</name>
    <summary type="text">Title: Hubungan pelancongan, dasar makro ekonomi dan pertumbuhan ekonomi
Authors: Kalsom Zakaria (P59737)
Description: Pelancongan merupakan salah satu industri yang penting dalam menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara terutamanya dalam tukaran mata wang asing. Kepentingan sektor ini jelas sekali kelihatan dengan kewujudan World Tourism Organization (UNWTO) iaitu merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab untuk mempromosikan pelancongan. Bagi mempromosikan pelancongan sesebuah negara perlu memperuntukkan sebahagian perbelanjaannya dalam sektor tersebut. Malaysia juga mempunyai peruntukan dalam perbelanjaan kerajaan terhadap pelancongan untuk memastikan pelancongan bergerak seiring dengan sektor-sektor lain. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan dalam usaha untuk menarik lebih ramai ketibaan pelancong. Selain itu juga, pelan strategik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia 2016-2020 telah dirangka bagi memastikan industri pelancongan Malaysia menjadi destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia menjelang 2020. Walau bagaimanapun, interaksi antara pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi masih kurang jelas. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini penting kepada pembuat dasar bagi merangka pelan strategik yang boleh menjadikan pelancongan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Pembuat dasar juga dapat melihat dengan jelas pembolehubah mana yang penting dalam mempengaruhi ketibaan pelancong ke Malaysia. Selain itu, maklumat ini juga penting kepada pengusaha dalam bidang pelancongan agar boleh membuat perancangan pemasaran dalam usaha menarik lebih ramai pelancong terutamanya pelancong asing. Bagi mencapai objektif kajian, terdapat dua tenik penganggaran yang digunakan iaitu kaedah ARDL (Autoregressive Distributed Lag) dan juga kaedah GMM (Generalized Method of Moments) digunakan. Data keluaran dalam negara kasar (KDNK), kedatangan pelancong (TR), kadar pertukaran efektif benar (REER), perbelanjaan kerajaan (GOV) dan perdagangan (T) dari tahun 1980-2014 digunakan. Hasil kajian mendapati wujudnya hubungan antara pelancongan, dasar makroekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, kajian juga mendapati ketidaktentuan kadar pertukaran efektif benar dan juga ketidaktentuan perbelanjaan kerajaan memberi kesan negatif terhadap kedatangan pelancong.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.</summary>
Sumber alam, modal insan dan pendapatan benar: bukti baru dari negara OIC dan bukan OIC
      <name>Jirsah A Bakar Kunchu (P65201)</name>
    <summary type="text">Title: Sumber alam, modal insan dan pendapatan benar: bukti baru dari negara OIC dan bukan OIC
Authors: Jirsah A Bakar Kunchu (P65201)
Description: Motivasi kajian ini ialah untuk menunjukkan bukti empirikal peranan modal insan dalam menentukan sama ada sumber alam sebenarnya membantu meningkatkan pendapatan benar perkapita sesebuah ekonomi atau sebaliknya. Lanjutan daripada kajian Sachs dan Warner (1995) yang mendapati bahawa sumber alam sebenarnya tidak membantu pertumbuhan ekonomi, kajian ini memberi banyak tumpuan kepada bukti baru hubungan modal insan dan jenis-jenis sumber alam terhadap pendapatan benar perkapita dan pertumbuhan ekonomi. Berkemungkinan negara kaya sumber alam melalui proses pertumbuhan ekonomi yang perlahan tetapi pendapatan benar perkapita mereka terus meningkat. Umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan sumber alam, dan pendapatan benar dengan mengambil kira sumbangan modal insan dan jenis-jenis sumber alam yang ada di negara OIC dan bukan OIC. Kajian ini berbeza daripada kajian lepas sekurang-kurangnya daripada tiga aspek. Pertama, kajian ini menekankan kepada hipotesis pendapatan benar kerana pendapatan benar adalah ukuran yang tepat bagi melihat kebajikan ejen ekonomi. Kedua, kajian ini mengkaji jenis kekayaan sumber alam dan modal insan yang dimiliki oleh sesebuah negara bagi mengenalpasti jenis kekayaan sumber alam yang merupakan pendorong atau penghalang bagi sesebuah negara. Ketiga, kajian ini menggunakan teknik pendekatan panel dinamik kaedah momen terilat (Generalized Method of Moments - GMM) yang mampu untuk mengatasi masalah heterogeneti dan keendogenan. Dapatan kajian bagi analisis untuk 149 negara dari tahun 1981-2010 menunjukkan kekayaan sumber alam menggalakkan pendapatan benar di kedua-dua negara OIC mahu pun bukan OIC. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh bahawa jenis-jenis sumber alam adalah sebenarnya penghalang atau pendorong kepada peningkatan pendapatan benar perkapita. Ini terbukti apabila hubungan antara jenis sumber alam dan pendapatan benar perkapita adalah bercampur-campur. Ada sebahagian yang positif dan ada sebahagian yang negatif. Menariknya, dapatan secara konsisten membuktikan peranan modal insan yang menggalakkan peningkatan pendapatan benar perkapita. Lebih-lebih lagi bagi negara yang kaya sumber dan mempunyai modal insan yang baik. Kesimpulannya ialah modal insan adalah faktor utama dalam menentukan 'rahmat' atau 'sumpahan' bagi negara yang kaya dengan sumber alam. Sumber alam yang melimpah ruah akan menjadi rahmat seiring dengan keutamaan memperkasa modal insan dalam menentukan kepesatan pembangunan ekonomi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"</summary>
Pembangunan dan permasalahan tanah di Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia
      <name>Asnarti Said Culla</name>
    <summary type="text">Title: Pembangunan dan permasalahan tanah di Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan Indonesia
Authors: Asnarti Said Culla
Description: PhD</summary>