DSpace Collection:
Isu Kemajuan Dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
      <name>Sarwan</name>
    <summary type="text">Title: Isu Kemajuan Dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
Authors: Sarwan
Description: Kajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objelctif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isu utama AI-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara AI-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan AI-Imam dan AI-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20 M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa AI- Imam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhimya kajian ini menunjukkan bahawa pokok utama isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukakan oleh Al-Imam dan Al-Munir.,Doktor Falsafah</summary>
Isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
      <name>Sarwan</name>
    <summary type="text">Title: Isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)
Authors: Sarwan
Description: Kajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objektif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isu utama Al-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara Al-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20 M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa AlImam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhirnya kajian ini menunjukkan bahawa pokok utama isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukakan oleh Al-Imam dan Al-Munir.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"</summary>
Anzimat al-ashkal fi al-funun al-tashkiliyyah al-rafadiniyyah 'asr ma qabl al-kitabah dirasah simiyaiyyah
      <name>Juhainah Hamid Hasani</name>
    <summary type="text">Title: Anzimat al-ashkal fi al-funun al-tashkiliyyah al-rafadiniyyah 'asr ma qabl al-kitabah dirasah simiyaiyyah
Authors: Juhainah Hamid Hasani
Description: Kajian ini menyentuh tentang penyusunan semula peristiwa awal yang berlaku dalam sejarah berpandukan kepada petunjuk lukisan dan kerja seni. Oleh itu kajian ini telah menguji maklumat yang dipadankan dengan senireka Mesopotamia, seterusnya mengenalpasti sistem rekabentuknya yang tersendiri melalui gambaran ketamadunan Mesopotami secara umum. Ia bakal mewujudkan satu petunjuk yang mampu mengaitkan kepelbagaian maklumat sejarah mengenai berbagai perkara melalui susunatur objek di zaman sebelum penulisan yang dimuatkan dalam satu teks. Period kajian ini ialah sekitar tahun 7000SM sehingga 3500SM, manakala limitasi tempatnya pula ialah kawasan yang merentang antara Sungai Dajlah dan Furat dan persekitarannya, kecuali perkara yang jarang dikaji dan sample yang sukar ditemui. Kajian Simiotik digunakan digunakan melalui imbasan optik untuk mengenalpasti kepelbagaian dimensi sejarah terhadap sesuatu teks bahan dan penamaannya ketika digunakan untuk berhubung. Ia ditambah dengan aspek teknikal secara teori dan praktikal terhadap perkara ini melalui kajian yang didedahkan kepada dimensi perisian (software dimension), hubungkait secara simbolik dan mengesan ungkapan dari induksi bahan perhubungan terbabit. Simbol dan lakaran yang dianalisis diambil dari sumber yang asal. Hasil kajian ini mendapati pegangan akidah memberikan kesan yang jelas bahkan ia memainkan peranan utama dalam menghasilkan rekalukis untuk memahami dan mengatur kehidupan. Susunatur gambar-gambar ini bukan suatu yang bisu, sebaliknya kaya dengan lapisan maklumat yang sukar dileraikan dan seterusnya untuk dikuasai dan difahami. Dari sinilah rentetan sejarah manusia bersambungan secara penuh sehingga ia menjadi lebih penting dari tulisan kerana ia telah diuji dalam tempoh begitu lama. Hasil dari peredaran waktu, andaian tersebut bertukar kepada isyarat terungkap yang lebih khusus yang menemukan jalan ketuhanan berakhir dengan kemunculan Islam. Maksudnya, ia adalah peringkat pertama dalam sejarah perkembangan pemikiran manusia kearah pembentukan tamadun. Di peringkat permulaan, medium ungkapan perhubungan mereka begitu mudah seperti menggunakan bumi, air, angin, tanaman, matahari dan bulan. Berbagai dimensi lain selain objek-objek samawi ini juga digunakan dalam lakaran dan tulisan mereka yang menjurus kepada perbahasan bagaimana untuk memelihara kesinambungan hidup yang sempurna. Sebahagian sistem susunatur ini berubah dari petunjuk asal formasinya mengikut kedudukannya dalam teks sersebut. Oleh yang demikian kepentingan kajian ini terjurus kepada pembacaan khazanah sejarah dalam satu era berdasarkan hasil senireka lukisan objeknya di ketika tamadun manusia belum mengenal erti penulisan selain lukisan dan lakaran. Ia adalah simbol-simbol yang akhirnya membawa kepada kelahiran tulisan dan kemunculan tamadun kemanusiaan di Mesopotamia,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"</summary>
Civilizations relations and influences in the Southwest Asia and the Northeast Africa regions during the Middlepaleolithic era through archaeological findings.
      <name>Naser Mohammed Sulaiman Saad</name>
    <summary type="text">Title: Civilizations relations and influences in the Southwest Asia and the Northeast Africa regions during the Middlepaleolithic era through archaeological findings.
Authors: Naser Mohammed Sulaiman Saad
Description: Tesis ini membicarakan aspek-aspek sejarah dan kebudayaan di Zaman Paleolitik Pertengahan di kawasan Barat Daya Asia dan Timur Laut Afrika dengan memberi penumpuan terhadap komunikasi dan kesan pengaruh di antara keduanya dari aspek moral dan material. Kajian ini juga membincangkan spesis manusia yang memainkan peranan membawa hubungan dan pengaruh ini. Di antara objektif kajian ialah untuk mengenalpasti kawasan berdasarkan kepada pendekataan pembahagian sudut geologi bagi kawasan Barat Daya Asia dan Timur Laut Afrika. Ia juga mengkaji keadaan bentuk muka bumi kawasan berkenaan, cuacaserta permulaan dan kesudahan Zaman Paleolitik Pertengahan di kawasan ini. Tesis ini mengkaji komponen spesis manusia yang bertanggungjawab membawa perkembangan tamadun zaman ini dari sudut material dan moral. Selain itu, kajian ini mengkaji ciri-ciri umum dan khusus hubungan dua hala yang dipercayai wujud di antara kelompok spesis manusia ketika itu yang dipercayai membuka jalan bagi perkembangan sistem sosial dan ekonomi yang seterusnya menentukan tahap budaya dari sudut moral dan material dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan, analisis sejarah dan analisa diskriptif dengan melakarkan dan menganalisa gejala sejarah yang wujud dan bertujuan membuktikan sama ada interaksikomunikasi dan faktor pengaruh wujud ketika itu atau sebaliknya. Dalam kesimpulannya, kajian ini menghuraikan kesan yang dibawa oleh proses hanyutan benua kepada kedua-dua kawasan kajian di samping mengenalpasti skop geografinya. Kajian ini berjaya mengenalpasti tempoh masa zaman ini serta perbezaan masa di antara kedua kawasan dengan mencatatkan bahawa kawasan Timur Laut Afrika mendahului kawasan Barat Daya Asia selama 20,000 tahun. Kesimpulan kajian ini juga menghuraikan hubungan di antara manusia primata awal dan primata moden melalui perbezaan ciri-ciri antropologi fizikal kedua-duanya serta mengenalpasti spesis manusia yang menetap di kawasan ini. Dapatan menunjukkan bahawa masyarakat manusia pada zaman Paleolitik Pertengahan ini mengamalkan sistem sosial dan ekonomi tersendiri selari dengan sistem yang wujud ketika itu di samping sistem mereka masing-masing. Ini walau bagaimanapun tidak semestinya menunjukkan bahawa terdapat hubungan dan interaksi langsung di antara keduanya. Pada masa yang sama, kajian ini tidak menafikan kemungkinan wujudnya hubungan ketamadunan sedemikian di antara kedua-duanya yang menunjukkan kepada tahap pengaruh yang terjadi di antara kedua-duanya.,Tesis ini tidak ada perakuan Sarjana/ Doktor Falsafah,PhD</summary>