DSpace Collection:
Budaya organisasi dan kepuasan kerja di syarikat swasta: kajian kes di Westports (M) Sdn Bhd
      <name>Zurina Mansor (P40000)</name>
    <summary type="text">Title: Budaya organisasi dan kepuasan kerja di syarikat swasta: kajian kes di Westports (M) Sdn Bhd
Authors: Zurina Mansor (P40000)
Description: Kajian ini adalah kajian dalam bidang sosiologi organisasi dengan tumpuan kepada budaya organisasi dan kepuasan kerja di kalangan pekerja Westports (M) Sdn Bhd (Westports). Fokus kajian ini adalah tentang persoalan keselarasan antara budaya organisasi yang diperkenalkan oleh pengurusan dengan budaya organisasi yang diinginkan oleh pekerja Westports serta kepuasan kerja pekerja. Kajian ini umumnya berpandukan pendekatan induktif dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah pertama ialah kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik ke atas 108 orang pekerja yang terdiri daripada pekerja bahagian operasi serta pekerja bahagian pentadbiran. Kaedah kedua pula ialah kaedah kualitatif iaitu pemerhatian serta temubual mendalam yang dilakukan ke atas 14 orang informan iaitu lima orang pekerja, lima orang pengurus dan klien daripada empat buah syarikat. Kerangka teori bagi kajian ini adalah aplikasi Teori Sistem dan Teori Strukturasi yang digunakan untuk menerangkan hubungan antara aktor dengan struktur serta melihat bagaimana kedua-duanya bertindak balas antara satu sama lain. Budaya yang cuba diterapkan dalam sesebuah organisasi mempengaruhi tingkah laku pekerja yang boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja, prestasi pekerja serta prestasi organisasi. Dapatan kajian menunjukkan daripada perspektif organisasi, Westports dianggap mempunyai satu budaya organisasi yang mantap yang boleh menggerakkan organisasi dan pekerjanya mencapai matlamat yang ditetapkan. Namun daripada perspektif pekerja, perubahan dan penambahbaikan perlu dilakukan ke atas beberapa elemen budaya organisasi kerana terdapat rasa ketidakpuasan hati klien terhadap perkhidmatan yang diberikan serta terdapat juga pekerja yang tidak pasti dan tidak jelas sejauh mana mereka boleh melibatkan diri dalam urusan syarikat khususnya proses pembuatan keputusan, penyuaraan pendapat dan penyaluran rasa tidak puas hati terhadap pengurusan. Dari segi kepuasan kerja, pekerja-pekerja Westports mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi bagi lima elemen iaitu teknologi yang digunakan, kerja yang dilakukan, disiplin, pemantauan oleh ketua pasukan dan hubungan dengan rakan sekerja. Walaupun wujud rasa tidak puas hati terhadap elemen-elemen seperti jumlah pendapatan dan tekanan kerja, namun secara keseluruhannya syarikat ini mempunyai dasar yang jelas serta tindakan yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat dan pada masa yang sama memenuhi hasrat dan keinginan pekerja. Malahan Westports telah memenangi 20 anugerah nasional dan antarabangsa sepanjang 15 tahun beroperasi sejak ditubuhkan pada 1994. Kajian ini memberi sumbangan penemuan empirikal terhadap korpus ilmu sosiologi organisasi serta sumbangan kepada dasar tentang kepentingan menerapkan budaya organisasi yang boleh meningkatkan pencapaian organisasi di samping memenuhi kepuasan kerja dan kebajikan pekerja.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Falsafah</summary>
Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara (PKMBU) dan kesannya ke atas penduduk peribumi Islam Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua
      <name>Afiq Nazrin Nor Rizlan (P82393)</name>
    <summary type="text">Title: Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara (PKMBU) dan kesannya ke atas penduduk peribumi Islam Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua
Authors: Afiq Nazrin Nor Rizlan (P82393)
Description: Asia Tenggara pada dekad selepas Perang Dunia Kedua dipenuhi dengan pergerakan massa rakyat menentang penjajahan. Fenomena nasionalisme di Indonesia banyak mempengaruhi perkembangan pergerakan anti-kolonial dan pergerakan kebangsaan di Tanah Melayu dan secara tidak langsung di Borneo Utara. Kemunculan KMM (1938) dan PKMM (1945) di Tanah Melayu memberi ilham kepada pergerakan kebangsaan di Borneo Utara dengan tertubuhnya PKMBU pada tahun 1946. Dengan menghadkan skopnya kepada penduduk peribumi Islam Borneo Utara, kajian ini bertujuan menelusuri faktor kemunculan dan gagasan PKMBU serta meneliti kesan perjuangannya di dalam pertubuhan sosial yang baharu seperti Angkatan Gaya Baru (AGABA) dan pertubuhan Islam kedaerahan di Borneo Utara. Dari segi teori, kajian ini menggunakan teori Pergerakan Sosial Baharu yang menghujahkan pergerakan sosial bagi masyarakat dijajah boleh berterusan meskipun organisasi pergerakan sosial terbubar. Bahkan, teori ini menjarakkan makna antara organisasi pergerakan sosial dengan teori parti politik. Dari segi kaedah kajian, pengkaji menggunakan sumber primer yang terdiri daripada rekod pertubuhan dan kaedah sejarah lisan dengan wawancara keluarga mantan anggota PKMBU cawangan Labuan iaitu Zakaria Gunn bagi mendapatkan maklumat tentang kemunculan dan kesan perjuangan PKMBU. Kajian ini menghujahkan kemunculan PKMBU yang dipengaruhi oleh perkembangan nasionalisme Melayu telah memberi kesan kepada pergerakan dan kesedaran sosial penduduk peribumi Islam Borneo Utara. PKMBU membentuk organisasi pergerakan sosial menerusi gagasan Melayu Raya. Berbanding dengan KMM dan PKMM yang bergerak dalam wadah politik radikal di Tanah Melayu, PKMBU yang sederhana sifatnya menjadikan rencana sosial sebagai cara untuk membangkitkan sentimen nasionalisme kepada penduduk peribumi Islam di Labuan khususnya dan Borneo Utara umumnya. Peranan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang ditubuhkan di Borneo Utara pada tahun 1938 menerusi wadah persuratan dan sastera nasionalisme, peranan PKMM serta kehadiran beberapa tokoh nasionalis dari Tanah Melayu menjadi faktor penubuhan PKMBU, di samping kesengsaraan hidup yang dihadapi selepas pendudukan Jepun, pengaruh kelompok inteligensia dari MPSI dan sekolah Melayu menjadi penyumbang kepada pergerakan PKMBU. Namun begitu, PKMBU menghadapi pelbagai kekangan khususnya untuk memobilisasi politik pergerakan kerana kesukaran untuk mengenepikan persekitaran konflik dan perjuangan politiknya pula tidak jelas menunjukkan perjuangan untuk menggantikan pentadbiran British kepada pentadbiran rakyat. Walau bagaimanapun, perjuangan PKMBU yang sering menjalankan tuntutan massa dan terdapat anggotanya yang terus bergiat dalam pertubuhan sosial selepas pembubaran PKMBU berjaya meningkatkan kesedaran sosial kepada penduduk peribumi Islam. Secara umumnya, kajian ini memberi sumbangan dalam batas tertentu kepada ilmu sosiologi sejarah dan juga tentang sejarah nasionalisme di Sabah.,Sarjana Falsafah</summary>
The influence of pestle factors and level of greening in 7P’s Green Marketing Mix
      <name>S. Balasubramaniam K. Subramaniam (P54338)</name>
    <summary type="text">Title: The influence of pestle factors and level of greening in 7P’s Green Marketing Mix
Authors: S. Balasubramaniam K. Subramaniam (P54338)
Description: Globally, small and medium scale enterprises (SMEs) play a pivotal role in the green economy of a country. In Malaysia, the level of green marketing practiced by the local SMEs and its contributing factors were not reported explicitly in any literature and therefore a study has been carried out to determine the extent of greening practices among SME’s companies particularly in the surrounding Klang Valley area. The objectives of this study are (i) to assess the level of greening practices among SME companies with respect to each of the 7P’s of Green Marketing Mix and (ii) to analyse the influence of Politics, Economy, Social, Technology, Legal and Environment (PESTLE) factors among SME manufacturing companies on selected Green Marketing Mix. A qualitative and quantitative approach utilizing both survey method and semi-structured interviews was undertaken. The survey, comprising both closed and open ended questions, was administered to 15 respondents from 116 shortlisted ISO 14001 certified manufacturing firms located in the high populated Klang Valley area in Malaysia. Meanwhile, the semi-structured interview comprised of expert views of four key informants from the selected manufacturing sub-sectors. The findings provide insights in to the level of green marketing practice among Malaysian SMEs in the context of the 7P’s of marketing mix; i.e. Product, Place, Price, Promotion, Physical Evidence, Process and People. The results of this study have indicated that majority of the SMEs in Malaysia practices greening approach right from the product development stage until the product reach the consumers. Generally, SMEs have common understanding with regards to the requirements of green consumers. Adoption of green strategies is therefore highlighted as important in all stages of a product life cycle. Green manufacturing process, green logistics, customer-centric and premium pricing, promotion via internet and newspapers/magazines, clean technology, product standardization and governmental support are among the essential factors highlighted by the SMEs in marketing green products to the consumers. The future of green practices is heading towards upward direction. The findings from this study strongly support Malaysia’s current position on green manufacturing and the future endeavours of SMEs to compete globally in the green market.,Master of Philosophy</summary>
Taqyim al-muraja'ah al-dakhiliyah bi al-bunuk al-Islamiyah wa-al-bunuk al-tijariyah : dirasah maydaniyah li-Bank Faisal al-Islami al-Misri wa Bank al-Sahara al-Libi
      <name>Muhammad Idyab 'Ali Idyab (P54911)</name>
    <summary type="text">Title: Taqyim al-muraja'ah al-dakhiliyah bi al-bunuk al-Islamiyah wa-al-bunuk al-tijariyah : dirasah maydaniyah li-Bank Faisal al-Islami al-Misri wa Bank al-Sahara al-Libi
Authors: Muhammad Idyab 'Ali Idyab (P54911)
Description: الباحث بدراسة ميدانية بين بنك فيصل الإسلامي المصري وفروعه في كل من مدينة القاهره والاسكندرية، وبنك الصحارى الليبي وعدد من فروعه المنتشره في كل من مدينة طرابلس ومدينة سبها،ونظراً لحاجة البنوك الإسلامية والبنوك بصفة عامة إلى أداةٍ من أدوات الرقابة على أعمال البنوك لمنع حالات الغش والاختلاس والتلاعب او إلاهمال أو الخطأ أو التقصير،فإنّ مشكلة الدراسة تركزت في تقييم المراجعة الداخلية في البنوك، حيث أنّ إفلاس الكثير من البنوك التجارية وتعرّض البعض منها إلى حالة شبه الإفلاس على مستوى العالم، والتي من بينها بنك الصحارى الليبي، يكمُن في عدم وجود مراجعة داخلية دقيقة وموضوعية ونزيهة، وغياب تقييم لهذه المراجعة، كما أنّ الدراسة في جملتها تهدف راجع ا ُ إلى تقييم الم لداخلي الذي ينعكس دوره الدقيق والموضوعي على جميع الأعمال المصرفية من أجل التحقق من تطبيق المعايير وفحص كافة الإجراءات والمحافظه على أصول البنك، والكشف عن دور المراجع الداخلي ومنع الانحراف والحفاظ على العملاء وإعادة الثقة في الجهاز المصرفي، ومعرفة أنواع المراجعة وأهدافها ومجالها وكيفية التغلب على المخاطر وحلّ المشكلات التي تواجهها، كما أنّ تقييم المراجع الداخلي يؤدي إلىزيادة فاعليته ودقّة إنتاجه. وقد استخدم الباحث في دراسته هذه المنهج الوصفي والمنهج التحليلي الذي يسعى لتطبيق الصالح من المعايير، من أجل الوصول إلى تقييم المراجع الداخلي بنك فيصل الإسلامي المصري وبعض فروعه وبنك الصحارى الليبي وبعضاً من فروعه كذلك،حيث توصلت الدراسة إلى عدَّة نتائج أهمها: أنّ بنك فيصل الإسلامي المصري يعتمد على المراجعة الداخلية في دقتّها وموضوعيتّها وتطبيقها للمعايير المحلية واالد ولية والشرعية، كما أنّ مؤهلات موظفيه العلمية العليا تسهّل عليهم حماية أصول البنك وتبويب برامجه وفحص وتقييم وتوثيق جميع الإجراءات، والشعور بالمسؤولية وتحديد القصور والتجاوزات وتبويب المقترحات والتغلب على المصاعب، كما أظهرت النتائج أنّ المراجعة الداخلية في بنك الصحارى الليبي لا تقوم بمهامها بشكل فعَّال، ولا تواكِب التحديث المستمرّ في الوسائل والأساليب الرقابية المستخدَمة في تنفيذ مهام المراجعة الداخلية، ولا تسعى لوضع المعايير,Kajian ini ialah berkaitan dengan penilaian audit dalaman di bank-bank Islam dan bank-bank perniagaan nkba adrekakbab dengan Satu Kajian Empirik di antara Bank Islam Faisal Mesir serta cawangan-cawangannya di bandar Kaherah, dan Bank Sahara Libya serta beberapa cawangannya di bandar Tripoli dan Sabha. Pada umumnya bank-bank Islam dan bank-bank perniagaan memerlukan prosedur pemantauan terhadap pengurusan transaksi perbankannya demi untuk mencegah berlakunya penipuan, penyelewengan, manipulasi, kecuaian serta kesilapan dalam sesuatu transaksi. Oleh itu, objektif kajian ini ialah menilai juru audit dalaman kedua-dua bank ini yang sekali gus mencerminkan keseluruhan prestasi kedua-dua bank tersebut. Ini penting untuk memastikan agar perlaksanaan prosedur perbankan adalah seiring dengan prinsip-prinsip perbankan selain daripada mengenalpasti peranan juru audit dalaman bagi mengelakkan penyelewengan serta memelihara kepentingan pekerja-pekerja dan mengembalikan keyakinan awam terhadap bank. Kajian juga bertujuan mengenalpasti kategori audit, objektif, bidang kuasanya serta cara-cara mengatasi risiko dan masalah yang dihadapi. Penilaian juru audit juga berupaya menambah keberkesanan serta kebolehpercayaan produk sesebuah bank. Kajian ini menggunakan metodologi deskriptif dan analisis dengan amalan audit dalaman di antara bank Islam Faisal Mesir serta sebahagian cawangannya, dan Bank Sahara Libya serta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bank Islam Faisal bergantung sepenuhnya kepada juru audit dalaman dan melaksanakan prosedur auditnya dengan terperinci serta bersifat objektif. Dalam perlaksanaannya, Bank Islam Faisal menggunakan garis panduan tempatan, antarabangsa dan juga Syariah. Di samping itu kajian mendapati bahawa pekerja-pekerjanya mempunyai kelayakan akademik yang tinggi seperti memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam bidang masing-masing. Ini membantu mereka memelihara dan melaksanakan prinsip Bank dalam mengkategori programnya, meneliti, menilai serta mengesahkan kesemua prosedur perlaksanaannya. Kajian juga mendapati bahawa mereka mempunyai tahap tanggungjawab yang tinggi ketika menentukan kelemahan, penyalahgunaan, penstrukturan cadangan-cadangan serta mengatasi kesukaran. Sebaliknya, kajian mendapati bahawa audit dalaman Bank Sahara Libya tidak dilaksanakan dengan cara efektif, tidak selaras dengan perkembangan semasa, sama ada dalam konteks metodologi atau bentuk pemantauan ketika audit dijalankan. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat sebarang usaha dari pihak Bank Sahara Libya bagi meletak garis panduan tertentu ketika penilaian prestasi dilaksanakan.,Ph.D</summary>