Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/785210| Title: | Kesan kondrosit ke atas pembezaan kondrogenik sel stem perolehan tisu adipos dalam model matriks fibrin 3-dimensi dengan teknik pengkulturan bersama |
| Authors: | Siti Nuridzaan Ramdzan |
| Keywords: | UKM -- Dissertations Fisiologi Dissertations, Academic as Topic INDAMET |
| Issue Date: | 29-Mar-2017 |
| Abstract: | Kecederaan tisu rawan artikular boleh mengakibatkan kecederaan kekal kerana tisu rawan artikular tidak berupaya untuk pembaikan sendiri disebabkan kekurangan bekalan saluran darah. Disebabkan oleh kekangan ini, kaedah alternatif diterokai bagi penyembuhan tisu rawan tercedera termasuk teknik stimulasi seperti kondroplasti atau mikrofraktur, teknik penggantian seperti mozekplasti atau pencantuman dan teknik regeneratif seperti implantasi autologos kondrosit (ACI). Kini implantasi sel stem sedang digunapakai berikutan kelebihannya dalam menggalakkan pemulihan serta penjanaan semula sel-sel keliling. Keupayaan sel stem perolehan tisu adipos (ASC) sebagai sel pencetus pelbagai potensi serta kebolehannya untuk menjana sendiri dalam jumlah yang tinggi adalah amat menjanjikan. Teknik pengkulturan bersama sel kondrosit dengan sel stem dikatakan dapat mengalakkan kondrogenesis, membantutkan perkembangan hipertropik serta mengurangkan potensi osteogenik sel. Penggunaan pengedap biobahan seperti fibrin juga sesuai berikutan peranan semulajadinya dalam perkembangan serta pemulihan tisu yang tercedera. Oleh itu, dalam kajian ini kami mengkultur bersama kondrosit artikular arnab dengan ASC dalam matriks fibrin 3-dimensi bagi mengkaji kesannya keatas sel stem tersebut. ASC dan kondrosit arnab dipencilkan serta dikultur sehingga pasaj P3 dan P2 masing- masing. Kedua-dua jenis sel kemudiannya dikultur bersama (1:1) dalam kerangka gel fibrin sebelum dikultur dalam medium bebas serum selama 7 hari. Gel fibrin mengandungi ASC sahaja berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Kerangka gel fibrin kemudiannya dituai pada Hari 0 dan Hari ke-7 serta dicerna untuk menjalankan masa sebenar-tindakbalas berantai polymerase (RT-PCR) bagi gen-gen berkaitan kondrogenik: Kolagen Jenis I (Col I), Kolagen Jenis II (Col II), Protein teras Agrikan (ACP) dan SOX9 manusia. Pewarnaan Hematoksilin & Eosin serta immunohistokimia dilakukan bagi melihat morfologi sel serta kehadiran protein Kolagen Jenis II. Ekspresi gen-gen kondrogenik bagi kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan berbanding Hari 0 dengan kadar signifikan (p<0.05). Pewarnaan imminohistokimia Kolagen Jenis 2 juga berkadar terus dengan peningkatan ekspresi gen Kolagen Jenis 2. Keputusan menunjukkan bahawa didalam pengkulturan bersama, kondrosit mengalakkan pembezaan kondrogenik pada ASC. Kami mencadangkan ASC boleh digunakan untuk ganti sebahagian dari bilangan kondrosit dalam terapi regeneratif tisu rawan tercedera. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 24 |
| Call Number: | QT20.5.S622k 2017 9HUKMPRA tesis |
| Publisher: | UKM |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/785210 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan kondrosit ke atas pembezaan kondrogenik sel stem perolehan tisu adipos dalam model matriks fibrin 3-dimensi dengan teknik pengkulturan bersama -Partial.pdf Restricted Access | Partial | 261.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
| Kesan kondrosit ke atas pembezaan kondrogenik sel stem perolehan tisu adipos dalam model matriks fibrin 3-dimensi dengan teknik pengkulturan bersama - Full text.pdf Restricted Access | 8.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.