Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784940| Title: | Amalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Perak: pendekatan kaedah campuran |
| Authors: | Hanis Abdul Rani |
| Supervisor: | Aniza Ismail, Prof. Dr. Norfazilah Ahmad, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Risk Management Primary Health Care Patient Safety Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 22-Sep-2026 |
| Abstract: | Pelaporan insiden merupakan komponen penting dalam meningkatkan keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan. Namun, amalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam masih belum dilaksanakan secara konsisten dan mekanisme yang mempengaruhi pembentukan amalan tersebut serta cabaran pelaksanaannya masih belum difahami secara menyeluruh. Justeru, kajian ini bertujuan mengukur skor amalan pelaporan insiden dan konstruk kajian, menguji hubungan antara kesedaran, organisasi, pengetahuan, sikap dan amalan pelaporan insiden, meneliti peranan sikap sebagai pemboleh ubah pengantara serta jantina, tempoh perkhidmatan dan jawatan sebagai pemboleh ubah penyederhana, di samping menjelaskan faktor dan cabaran pelaksanaan amalan pelaporan insiden dalam kalangan anggota kesihatan primer awam di Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran berurutan penjelasan yang merangkumi pembangunan dan kesahan instrumen, kajian kuantitatif yang dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur serta kajian kualitatif melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen yang dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa kesedaran merekodkan skor min tertinggi (4.31, SP = 0.51), diikuti sikap (4.19,SP = 0.49), pengetahuan (3.88, SP = 0.40), amalan pelaporan insiden (3.82, SP=0.57) dan organisasi (3.82, SP = 0.47). Model kajian menunjukkan keupayaan penerangan yang memuaskan bagi sikap (R2 = 0.53) dan amalan pelaporan insiden (R2 = 0.54). Organisasi (B = 0.156, p = 0.028), pengetahuan (B=0.131, p=0.024) dan sikap (B=0.501, p<0.001) mempunyai kesan langsung yang signifikan dengan amalan pelaporan insiden, manakala kesan langsung antara kesedaran dan amalan tidak signifikan (B = 0.079, p = 0.187). Sikap bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang signifikan, dengan hubungan antara kesedaran dan amalan serta organisasi dan amalan menunjukkan indirect-only mediation, manakala hubungan antara pengetahuan dan amalan menunjukkan complementary mediation. Jantina, tempoh perkhidmatan dan jawatan turut bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana yang mempengaruhi kekuatan hubungan antara sikap dan amalan pelaporan insiden. Dapatan kualitatif pula menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan pelaporan insiden dipengaruhi oleh jurang antara kesedaran dan amalan, cabaran organisasi, sikap negatif terhadap pelaporan serta tekanan operasi dalam persekitaran kerja. Berdasarkan pengintegrasian dapatan kuantitatif dan kualitatif, kajian ini membangunkan Model Amalan Pelaporan Insiden dalam Perkhidmatan Kesihatan Primer Awam yang menjelaskan mekanisme pembentukan amalan pelaporan insiden serta Kerangka Implementasi Amalan Pelaporan Insiden yang mencadangkan strategi pelaksanaan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, pengukuhan budaya keselamatan, pengukuhan sikap positif terhadap pelaporan, pengintegrasian pelaporan ke dalam aliran kerja serta penyesuaian pelaksanaan mengikut konteks fasiliti. Model dan kerangka yang dibangunkan menyediakan asas empirikal untuk membimbing perancangan, pelaksanaan dan penilaian intervensi bagi memperkukuh amalan pelaporan insiden dan budaya keselamatan pesakit dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Malaysia serta berpotensi menjadi rujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 350 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784940 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Amalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Perak. Pendekatan kaedah campuran (full).pdf Restricted Access | Partial | 4.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
| Amalan pelaporan insiden dalam perkhidmatan kesihatan primer awam di Perak. Pendekatan kaedah campuran.pdf | Partial | 2.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.