Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784935
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorMohd Rizal Abdul Manaf, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSharifah Ezat Wan Puteh, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorMisra Helma Firdausen_US
dc.date.accessioned2026-09-30T04:19:41Z-
dc.date.available2026-09-30T04:19:41Z-
dc.date.issued2026-09-16-
dc.identifier.otherP137724en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784935-
dc.description.abstractMalaysia melaksanakan Pelan Strategik Nasional Eliminasi Malaria 2011-2020 dengan sasaran mencapai sifar kes malaria manusia tempatan menjelang tahun 2020. Sasaran tersebut dicapai lebih awal apabila Malaysia merekodkan sifar kes malaria manusia tempatan sejak tahun 2018. Namun, peningkatan kes malaria zoonotik akibat Plasmodium knowlesi yang dilaporkan dalam tempoh 2010 hingga 2025 menunjukkan bahawa malaria zoonotik semakin menjadi cabaran utama dalam kawalan malaria di Malaysia, khususnya di Sabah. Strategi kawalan malaria zoonotik yang dilaksanakan merangkumi Outdoor Residual Spraying (ORS), Long-lasting Insecticidal Nets/Insecticide-treated Nets (LLIN/ITN), dan gabungan ORS dan LLIN/ITN. Sifat eksofagik dan eksofilik vektor utama, Anopheles balabacensis, mengehadkan perlindungan yang diberikan oleh intervensi yang berfokus di dalam rumah dan menunjukkan keperluan terhadap pendekatan yang turut menyasarkan persekitaran luar dan sekitar kediaman. Walau bagaimanapun, bukti tempatan yang membandingkan keberkesanan kos ketiga-tiga strategi tersebut masih terhad, sekali gus menyukarkan penggubal dasar untuk mengoptimumkan peruntukan sumber. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kaedah campuran jujukan penjelasan. Fasa kuantitatif melibatkan 420 premis di tiga daerah endemik tinggi, iaitu Keningau, Ranau dan Kota Marudu. Kos dianggarkan menggunakan kaedah pengekosan berasaskan ramuan, manakala keberkesanan kos dinilai melalui pengiraan Incremental Cost-Effectiveness Ratio (ICER) berdasarkan bilangan kes P. knowlesi yang dicegah menggunakan data pemantauan rutin tahun 2023. Analisis sensitiviti satu hala turut dijalankan. Fasa kualitatif melibatkan temu bual mendalam separa berstruktur dengan petugas kesihatan sehingga ketepuan data dicapai pada 18 peserta bagi mengenal pasti persepsi terhadap keberkesanan intervensi, cabaran pelaksanaan serta pengaruh cabaran tersebut terhadap keberkesanan intervensi dan pelaksanaan program. Data dianalisis secara tematik menggunakan NVivo 10 dengan nilai Cohen's Kappa, K = 0.64. Integrasi dapatan kuantitatif dan kualitatif dilakukan melalui Matriks Paparan Bersepadu bagi menghasilkan meta-inferens. Kos tahunan pembekal ialah RM3,912.92 (promosi kesihatan sahaja), RM18,089.35 (LLIN/ITN), RM30,507.17 (ORS) dan RM39,764.14 (ORS dan LLIN/ITN). ORS mencegah bilangan kes tertinggi (13 kes) dan mencatatkan ICER terendah (RM2,045.71 bagi setiap kes dicegah), diikuti oleh LLIN/ITN (RM2,835.29) dan intervensi gabungan (RM5,975.20). Dapatan kualitatif menunjukkan bahawa ORS lebih sesuai dengan penularan peridomestik, kurang bergantung pada kepatuhan komuniti dan lebih mudah dilaksanakan sebagai intervensi tunggal. Faktor logistik, sumber manusia, bekalan, perumahan dan mobiliti didapati relevan dalam pelaksanaan intervensi. ORS menunjukkan keberkesanan kos yang lebih baik berbanding dengan LLIN/ITN dan intervensi gabungan dalam kawasan kajian. Meta- inferens menunjukkan bahawa keberkesanan kos perlu ditafsir bersama konteks penularan, kepatuhan komuniti dan keupayaan pelaksanaan. Kajian ini menyediakan bukti awal mengenai keberkesanan kos ORS bagi malaria zoonotik di Malaysia dan menyokong pertimbangannya di kawasan yang mempunyai ciri penularan yang serupa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectMalaria -- prevention & controlen_US
dc.subjectCost-Benefit Analysisen_US
dc.subjectMosquito Control -- economicsen_US
dc.subjectPlasmodium knowlesien_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis keberkesanan kos intervensi program kawalan malaria zoonotik di Sabah: kajian kaedah campuranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages317en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.