Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784931Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.rights.license | Tertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia | en_US |
| dc.contributor.advisor | Mohd Hasni Jaafar, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Azmawati Mohammed Nawi, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Muhammad Ridzwan Rafi'i | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-09-29T08:51:06Z | - |
| dc.date.available | 2026-09-29T08:51:06Z | - |
| dc.date.issued | 2026-09-02 | - |
| dc.identifier.other | P137727 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784931 | - |
| dc.description.abstract | Penyakit tiroid (hipertiroid atau hipotiroid) kini semakin diiktiraf sebagai isu kesihatan awam global. Walaubagaimanapun, hubungan pendedahan kepada logam Litium (Li) dan Antimoni (Sb) masih kurang dikaji di negara ini. Kajian ini menilai pendedahan logam-logam tersebut serta perkaitannya dengan tahap hormon tiroid, faktor berkaitan, interaksi pendedahan dan nilai ambang dalam kalangan penduduk dewasa di daerah Kuala Langat, Selangor. Kajian hirisan lintang ini dijalankan kepada 120 responden yang dipilih melalui kaedah pensampelan secara rawak menggunakan pensampelan pelbagai peringkat. Data utama kajian ini dikumpul melalui soal selidik berpiawai, analisis air paip domestik, analisis Li urin dan Sb urin, serta penentuan tahap hormon tiroid (TSH, T3, T4). Hanya 6(5.0%) daripada responden kajian mempunyai bacaan hormon tiroid abnormal. Tiada hubungan yang signifikan antara kepekatan Li dan Sb dalam air paip domestik dengan tahap hormon TSH, T3 dan T4 (p>0.05). Analisis regresi linear berganda menunjukkan peningkatan Li urin (ẞ =-0.08;p<0.001), wanita (ẞ =- 1.42; p=0.004) dan bekerja di bahagian pembuatan (ẞ =-1.69; p=0.032) dikaitkan dengan penurunan signifikan hormon T4. Manakala, pengambilan sayur-sayuran kurang daripada dua kali sehari mempunyai perkaitan signifikan dengan peningkatan hormon T4 (B=1.04; p=0.026). Bagi hormon T3, responden yang bekerja di bahagian pembuatan (B-0.96; p=0.002) atau pengambilan rokok tinggi (B =0.10; p<0.001) menunjukkan peningkatan hormon T3 secara signifikan. Kajian ini juga mendapati tiada sebarang interaksi signifikan yang diperhatikan (p>0.05) serta terdapat beberapa penanda bio berpotensi Li urin dan Sb urin untuk menilai status tiroid (normal, hipotiroid dan hipertiroid). Kesimpulannya, dos dalaman Li (urin) berpotensi mempengaruhi tahap hormon tiroid walaupun pada tahap pendedahan yang rendah, menunjukkan bahawa dos dalaman merupakan petunjuk yang lebih sensitif berbanding kepekatan Li dalam air paip domestik. Berdasarkan pendekatan NOAEL, nilai 10μg/L bagi logam Li dicadangkan sebagai nilai pemantauan yang menyokong pertimbangan untuk dimasukkan di bawah Program Piawaian Kualiti Air Minuman Negara dan nilai logam Sb 5μg/L disyorkan untuk dikekalkan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Thyroid Hormones — analysis | en_US |
| dc.subject | Lithium — toxicity | en_US |
| dc.subject | Antimony — toxicity | en_US |
| dc.subject | Water Quality | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia — Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic — Malaysia | en_US |
| dc.title | Penilaian persekitaran hubungan pencemaran air paip domestik oleh logam litium dan antimoni dengan tahap hormon tiroid dalam kalangan populasi dewasa di daerah Kuala Langat | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | Universiti Kebangsaan Malaysia | en_US |
| dc.description.notes | e-tesis | en_US |
| dc.format.pages | 323 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.