Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784927
Title: Analisis rangkaian penularan denggi di Selangor
Authors: Siti Najiha Md Asari
Supervisor: Nazarudin Safian, Prof. Madya Dr.
Fatimah Abdul Razak, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dengue
Selangor, Malaysia
Issue Date: 31-Aug-2026
Abstract: Denggi merupakan ancaman kesihatan awam yang berterusan di Malaysia, dengan Selangor konsisten mencatatkan beban kes tertinggi. Kajian yang mengkaji struktur rangkaian penularan denggi dan faktor yang mempengaruhi pembentukan pautan masih terhad justeru membataskan tindakan kawalan bersasar. Kajian ini bertujuan membina rangkaian penularan denggi berdasarkan hubungan ruang-masa antara kes, mencirikan struktur rangkaian, dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembentukan pautan dalam rangkaian mengikut daerah di Selangor. Kajian keratan rentas ini menggunakan data e-Dengue (Januari-Disember 2023) melalui pensampelan menyeluruh merangkumi 60 889 kes yang disahkan. Pautan ditakrifkan apabila jarak kediaman ≤ 200 meter dan perbezaan tarikh bermula gejala ≤ 14 hari, menggunakan kedekatan kediaman antara kes sebagai proksi penularan. Struktur rangkaian dicirikan menggunakan Analisis Rangkaian Sosial (SNA), manakala faktor pembentukan pautan dimodelkan menggunakan Model Graf Rawak Eksponen (ERGM). Analisis sensitiviti SNA dijalankan bagi semua daerah manakala analisis sensitiviti ERGM hanya berjaya dijalankan bagi Petaling. Sebanyak 63.4% kes membentuk kes berpautan yang tertumpu di daerah berkepadatan tinggi (DBT). Semua rangkaian adalah jarang (kepadatan 0.00025-0.03169) dan berpecah kepada banyak komponen kecil (purata 2.76-4.88 nod), namun menunjukkan transitiviti global sederhana hingga tinggi (0.66–0.85). DBT menunjukkan assortativiti positif (Petaling: 0.729) manakala daerah berkepadatan rendah (DBR) menunjukkan assortativiti bercampur (Sabak Bernam: −0.400). Homofili jenis kediaman merupakan faktor paling konsisten mempengaruhi pembentukan pautan. Di Klang (DBT), padanan bangunan tinggi menunjukkan OR 24.78 (95% CI: 22.67- 27.08), manakala di Hulu Selangor (DBR), OR 22.00 (95% CI: 18.30-26.41). Padanan bukan warganegara dan kategori pelajar turut menunjukkan peningkatan kecenderungan pembentukan pautan di kedua-dua daerah. Dalam analisis sensitiviti ERGM bagi Petaling, faktor atribut dan homofili kekal stabil. Persekitaran kediaman yang dikongsi dan komposisi komuniti dikaitkan dengan pembentukan pautan dalam rangkaian penularan denggi di Selangor. Dapatan menyokong strategi kawalan berbeza mengikut kepadatan daerah dan jenis kediaman, melibatkan pengurusan bangunan, pendidikan kesihatan bukan warganegara dan pemantauan di institusi pendidikan.
Notes: e-tesis
Pages: 260
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784927
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis rangkaian penularan denggi di Selangor.pdfFull-text4.05 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.