Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784836Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Chong Shin, Prof Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Choong Chein Sim | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-09-22T07:31:56Z | - |
| dc.date.available | 2026-09-22T07:31:56Z | - |
| dc.date.issued | 2026-03-30 | - |
| dc.identifier.other | P118558 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784836 | - |
| dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing yang ditawarkan di Guangxi International Business Vocational College (GXIBVC), Wilayah Guangxi, China dengan memberi tumpuan khusus kepada analisis kesilapan bahasa dalam kalangan pelajar. Faktor-faktor seperti kekurangan guru yang terlatih, dominasi pengaruh bahasa Mandarin, persekitaran pembelajaran yang di luar latar kebudayaan Melayu, dan sebagainya, telah mendorong kepada pelaksanaan sebuah pengkajian yang tuntas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di GXIBVC. Tesis ini bertujuan untuk mencapai objektif dari segi (i) mengenalpasti kesilapan yang sistematik dan kesilapan yang tidak dapat diramalkan dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di GXIBVC, (ii) menganalisis faktor-faktor kesilapan bahasa pada setiap peringkat pembelajaran bahasa Melayu dan hubungkaitnya dengan konteks budaya, dan (iii) menilai peringkat penguasaan bahasa Melayu para pelajar yang dikaji. Metodologi kajian ini melibatkan 25 orang pelajar China Tahun 1 program bahasa Melayu di GXIBVC. Dengan menggunakan kerangka analisis kesilapan Corder (1977), pengkaji menilai empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis melalui ujian peringkat awal dan ujian peringkat lanjutan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang mempelajari bahasa Melayu di GXIBVC berdepan dengan masalah dari aspek lisan dan penulisan. Jenis-jenis kesilapan seperti penggantian, penambahan, pengguguran fonem dan kesilapan kata kerap berlaku dalam aspek sebutan. Dari segi aspek sintaksis, pelajar-pelajar didapati berdepan dengan kesulitan membina struktur ayat yang gramatis. Berdasarkan penilaian ke atas tahapt penguasaan bahasa Melayu mengikut kerangka Corder, golongan pelajar ini boleh dikategorikan dalam peringkat kesilapan yang sistematik. Faktor utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kesilapan tersebut ialah gangguan bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin ataupun faktor intralingual. Dari segi implikasi, dapatan kajian diharapkan dapat menjadi rujukan penting kepada pengkaji dan pendidik bahasa Melayu yang lain di China, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pemartabatan bahasa Melayu di arena antarabangsa. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM Bangi | en_US |
| dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | en_US |
| dc.subject | jurusan bahasa Melayu | en_US |
| dc.subject | bahasa asing dan pilihan | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertation | en_US |
| dc.subject | Dissertations Academic-- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Guangxi International Business Vocational College (GXIBVC) | en_US |
| dc.subject | analisis kesilapan bahasa | en_US |
| dc.title | Analisis kesilapan bahasa Melayu sebagai bahasa asing di kalangan pelajar Guangxi International business vocation college, China - satu kajian kes | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu | en_US |
| dc.format.pages | 264 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Persuratan | en_US |
| Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| P118558 Full Thesis Choong Chein Sim [TESISPTSL] (1).pdf | Full text | 146.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.