Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784807| Title: | Keberkesanan saliran autogenik dan senaman berjalan terhadap skala kesakitan, tahap dispnea, isipadu paru-paru, kapasiti aerobik dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit AECOPD |
| Authors: | Hannah Hafiz |
| Supervisor: | Asfarina Zanudin, Prof. Madya Dr. Nor Azura Azmi, Dr. Mohd Azzuan Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Pulmonary Disease, Chronic Obstructive Walking Dyspnea Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 8-Jun-2026 |
| Abstract: | Eksaserbasi akut penyakit paru-paru obstruktif kronik (AECOPD) ialah episod kritikal yang bukan sahaja mempercepatkan penurunan fungsi paru-paru, tetapi turut memburukkan gejala respiratori dan menjejaskan kualiti hidup secara signifikan. Bukti saintifik berhubung kesan gabungan saliran autogenik (AD) dan senaman berjalan semasa fasa hospitalisasi bagi pesakit AECOPD masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan gabungan AD dan senaman berjalan terhadap kesakitan, dispnea, fungsi pulmonari, kapasiti aerobik dan kualiti hidup dalam kalangan pesakit AECOPD semasa fasa pemulihan awal di hospital. Reka bentuk kajian adalah ujian kawalan rawak buta tunggal (penilai hasil) yang melibatkan 62 pesakit AECOPD yang dimasukkan ke hospital. Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan: kumpulan eksperimen (n=31) yang menerima AD dan senaman berjalan dua kali sehari selama empat hari, dan kumpulan kawalan (n=31) yang menerima fisioterapi dada konvensional. Ukuran hasil termasuk skala kesakitan Visual Analogue Scale (VAS), Skala Dispnea BORG Terubahsuai (MBDS), ujian spirometri paru-paru, Ujian Berjalan Enam Minit (6MWT) dan Soal Selidik Pernafasan St. George’s versi Malaysia (SGRQCM). Penilaian dilakukan sebelum dan selepas intervensi, serta empat minggu selepas discaj melalui panggilan telefon. Analisis kovarians (ANCOVA) menunjukkan kumpulan eksperimen mencatat penurunan signifikan dalam kesakitan (VAS) dan dispnea (MBDS) (p<0.001), serta peningkatan bermakna dalam fungsi paru-paru dan kapasiti aerobik (p<0.05) berbanding kumpulan kawalan. Skor SGRQ-CM selepas intervensi juga menunjukkan peningkatan ketara dalam kualiti hidup (p<0.001). Kajian ini membuktikan bahawa pendekatan pemulihan yang menggabungkan saliran autogenik dan senaman berjalan mampu memberi kesan positif terhadap fungsi pernafasan, kapasiti aerobik, dan kesejahteraan pesakit AECOPD dalam tempoh pemulihan awal. Intervensi ini wajar dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada protokol pemulihan multidisiplin di hospital. Kajian lanjutan disyorkan bagi meneroka kesan jangka panjang serta mengenalpasti parameter intervensi yang optimum. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 143 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784807 |
| Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Keberkesanan saliran autogenik dan senaman berjalan terhadap.pdf | Full-text | 2.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.