Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784769
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar AksesTerbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorNazlena Mohamad Ali, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohamad Hidir Mhd Salim, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Farahin Mohd Joharien_US
dc.date.accessioned2026-09-08T03:48:03Z-
dc.date.available2026-09-08T03:48:03Z-
dc.date.issued2026-07-30-
dc.identifier.otherP112029en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784769-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractMobile health (mHealth) merujuk kepada penggunaan teknologi mudah alih seperti telefon pintar dan aplikasi digital bagi menyokong pemantauan kesihatan, promosi gaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku pengguna. Walaupun aplikasi kesihatan semakin mudah dicapai, isu penggunaan dan pengekalan aplikasi kesihatan aktiviti fizikal masih rendah. Kebanyakan intervensi digital kesihatan juga cenderung menjelaskan perubahan tingkah laku berdasarkan faktor kepercayaan kesihatan atau keterlibatan aplikasi secara berasingan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan satu model integrasi perubahan tingkah laku pengguna aplikasi kesihatan aktiviti fizikal berasaskan Model Kepercayaan Kesihatan (HBM) dan Model Keterlibatan Pengguna (UEM). Model integrasi ini dibangunkan bagi menambah baik kekangan model terdahulu dengan menggabungkan dimensi kepercayaan kesihatan dan keterlibatan aplikasi dalam menerangkan perubahan tingkah laku pengguna. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran berurutan yang melibatkan tinjauan kuantitatif berskala besar, temu bual pakar, kajian kes penggunaan sebenar aplikasi kesihatan aktiviti fizikal dan temu bual susulan pengguna. Populasi sasaran bagi tinjauan kuantitatif ialah pengguna dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang memiliki telefon pintar serta pernah menggunakan aplikasi kesihatan aktiviti fizikal. Data kuantitatif dianalisis menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM), manakala data kualitatif dianalisis secara analisis tematik bagi menyokong dan mentafsir dapatan model. Hasil kajian menunjukkan bahawa efikasi kendiri, persepsi manfaat, halangan objektif, halangan subjektif dan persepsi keterukan daripada HBM mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Pengambilan Tingkah Laku Sihat (HBA). Sementara itu, persepsi kebolehgunaan, tarikan estetik dan faktor ganjaran daripada UEM mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Keterlibatan Teknologi Kesihatan (EAP). Seterusnya, kedua-dua HBA dan EAP didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perubahan tingkah laku. Sebaliknya, petunjuk kepada tindakan tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap HBA, manakala perhatian terfokus tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap EAP. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan teori perubahan tingkah laku digital dengan memperkenalkan model integrasi HBM-UEM khusus dalam konteks aplikasi kesihatan aktiviti fizikal. Implikasi praktikal menunjukkan bahawa pembangun aplikasi perlu menekankan reka bentuk mesra pengguna, maklum balas bermakna, pengukuhan efikasi kendiri dan elemen ganjaran bagi meningkatkan pengekalan pengguna serta menyokong gaya hidup aktif secara mampan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of IR4.0 / Institut IR4.0 (IIR4.0)en_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectTechnology and healthen_US
dc.subjectHuman-computer interactionen_US
dc.titleModel integratif kepercayaan kesihatan dan keterlibatan teknologi bagi perubahan tingkah laku pengguna aplikasi kesihatan aktiviti fizikalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages278en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)/ Institut IR 4.0 (IR4.0)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.