Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784766
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorUmmul Hanan Mohamad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzlina Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzliza, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHanif, Dr.en_US
dc.contributor.authorIntan Nadiah Abdul Hakimen_US
dc.date.accessioned2026-09-08T03:43:27Z-
dc.date.available2026-09-08T03:43:27Z-
dc.date.issued2026-07-30-
dc.identifier.otherP94462en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784766-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractTeknologi Realiti Luasan (AR) mempunyai potensi besar dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam menangani cabaran komunikasi unik yang dihadapi oleh kanakkanak autisme. Kajian ini membangunkan Kerangka Kerja Konseptual Reka Bentuk Aplikasi AR (KRAR) berasaskan pengecaman objek bagi menangani cabaran komunikasi asas kanak-kanak autisme, dengan objektif (i) mengenal pasti keperluan pengguna melalui pemerhatian dan temu bual, (ii) membangunkan KRAR berdasarkan sintesis literatur dan dapatan empirikal, dan (iii) menilai keberkesanan KRAR melalui pembangunan dan penilaian prototaip aplikasi AR. Kajian menggunakan pendekatan User-Centred Design (UCD) berfasa, merangkumi analisis tematik data lapangan dan pengesahan pakar menggunakan Content Validity Index (CVI). Dapatan kajian menunjukkan tiga penemuan utama. Pertama, pemerhatian terhadap 15 kanak-kanak autisme (analisis mendalam bagi lima responden), temu bual bersama dua pakar pendidikan khas dan dua ibu bapa, serta soal selidik tiga guru, menghasilkan 25 tema awal yang dimurnikan kepada lapan (8) komponen keperluan pengguna, disahkan dengan kesahan kandungan yang sempurna (I-CVI=1.00; S-CVI/Ave=1.00). Kedua, sintesis 18 kerangka kerja terdahulu menghasilkan 100 komponen reka bentuk yang dipetakan kepada lapan komponen pengguna tersebut; empat komponen iaitu Tahap Kendiri Terhad, Masalah Pembelajaran Asas, Corak Kognitif & Ingatan Selektif, dan Potensi & Kesediaan Teknologi AR dikenal pasti sebagai sumbangan baharu tanpa padanan literatur sedia ada. Kerangka akhir, dinamakan Model TERAS-KRAR, mencatatkan kesahan kandungan yang tinggi (S-CVI/Ave=0.90) hasil penilaian enam pakar. Ketiga, prototaip aplikasi AR (ARFUNC) yang dibangunkan berasaskan KRAR diuji melalui pemerhatian lapan dimensi tingkah laku terhadap lima kanak-kanak autisme, mencatatkan purata 64% penyelesaian tugasan tanpa bantuan dengan median masa respons 4.5 saat, walaupun wujud variasi individu yang ketara antara responden. Penilaian kebolehgunaan oleh sembilan pakar dan guru merentas tujuh konstruk turut mencatatkan skor min melebihi 4.00 daripada skala 5 mata, tertinggi bagi Kepuasan (min=4.91) dan terendah bagi Keberkesanan (min=4.13) akibat cabaran teknikal pengecaman objek halus; penilaian oleh lima ibu bapa turut mengukuhkan dapatan ini (Kepuasan min=4.47) sambil mengenal pasti pengendalian ralat (min=3.60) sebagai ruang penambahbaikan. Secara keseluruhan, sumbangan kajian ini merangkumi tiga aspek utama iaitu (i) sumbangan terhadap pemahaman reka bentuk komunikasi berasaskan objek bagi kanak-kanak autisme, (ii) sumbangan konseptual dan metodologi melalui pembangunan Model TERAS-KRAR, dan (iii) pengesahan praktikal kerangka reka bentuk AR melalui prototaip ARFUNC. Kajian ini menegaskan bahawa KRAR menyediakan asas empirikal dan praktikal bagi menyokong pembangunan aplikasi AR yang bukan sahaja inovatif dari sudut teknologi, tetapi juga selari dengan keperluan perkembangan, pedagogi dan etika pengguna sasaran.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of IR4.0 / Institut IR4.0 (IIR4.0)en_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectCommunication disorders in childrenen_US
dc.subjectAssistive technologyen_US
dc.titleKerangka kerja konseptual untuk mereka bentuk aplikasi realiti luasan (AR) berasaskan pengecaman objek bagi masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak autismeen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages364en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)/ Institut IR 4.0 (IR4.0)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.