Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784727
Title: Kerangka perlindungan dan tadbir urus Universiti Awam Malaysia: autonomi Universiti dan kebebasan akademik
Authors: Suharmi bin Ismail
Supervisor: Jady@Zaidi Hassim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Education, Higher - Malaysia
Autonomy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-May-2024
Abstract: Tadbir urus universiti, autonomi dan kebebasan akademik adalah suatu aspek yang memerlukan suatu kerangka perundangan yang khusus. Di Malaysia, aspek ini adalah tertakluk kepada kuasa Parlimen di bawah Perkara 4, 10 dan 73 Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan peruntukan ini, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] digubal untuk mengawal universiti awam. Namun demikian, Akta 30 tidak mengandungi peruntukan yang jelas berkenaan autonomi dan kebebasan akademik serta terdapat pelbagai akta, peraturan, pekeliling dan arahan pentadbiran yang menyekat kebebasan universiti. Selain itu, terdapat campur tangan kerajaan dalam urusan dalaman universiti. Dasar-dasar kerajaan yang wujud tidak diterjemahkan seiring dengan semangat perlembagaan yang mengiktiraf hak asasi manusia apabila undang-undang yang wujud tidak jelas tentang autonomi universiti dan kebebasan akademik. Di samping itu, kaedah penubuhan universiti awam sebagai badan berkanun persekutuan turut menghalang pelaksanaan autonomi dan kebebasan akademik universiti di Malaysia. Kajian ini mengkaji kerangka perundangan yang mengawal selia universiti awam di Malaysia dalam konteks tadbir urus universiti, autonomi dan kebebasan akademik. Kajian ini juga membuat rujukan dengan kerangka perundangan di United Kingdom dan New Zealand sebagai penanda aras. Kajian ini mengguna pakai penyelidikan kualitatif kerana ia melibatkan metodologi penyelidikan secara doktrinal dan analisis pelbagai dokumen. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan termasuklah penambahbaikan kepada undangundang sedia ada untuk membentuk kerangka perundangan yang lebih baik bagi memastikan autonomi dan kebebasan akademik dilaksanakan termasuklah pindaan kepada undang-undang sedia ada bagi memasukkan peruntukan yang lebih jelas berkaitan autonomi dan kebebasan akademik. Kajian turut mencadangkan perubahan model universiti awam sedia ada kepada syarikat berhad menurut jaminan atau sekurang-kurangnya badan berkanun persekutuan yang skim saraannya telah diasingkan. Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah bertujuan menambahbaik sistem tadbir urus universiti dengan memberikan autonomi dan kebebasan akademik yang sewajarnya, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784727
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.