Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784531
Title: Pembangunan dan keberkesanan Modul MinUS-C terhadap pengetahuan dan kesediaan penerimaan murid dalam penggunaan teknologi PV solar
Authors: Muhamad Kamarul Azman Sulaiman
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Datin Dr.
Nurazidawati Mohamad Arsad, Dr.
Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Dr.
Keywords: hotovoltaic power generation -- Study and teaching
Solar energy -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jul-2025
Abstract: Di tengah-tengah krisis perubahan iklim yang semakin meruncing, teknologi PV solar muncul sebagai salah satu penyelesaian utama dengan potensi besar untuk mengubah landskap tenaga global. Namun, kejayaan pelaksanaan teknologi ini secara meluas sangat bergantung kepada tahap kesediaan generasi muda hari ini. Malangnya, pengetahuan murid sekolah menengah mengenai teknologi ini masih berada pada tahap yang rendah, menjadikannya satu cabaran besar dalam usaha memajukan pendidikan sains dan teknologi hijau. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan penggunaan permainan digital melalui Modul MinUS-C, serta meneroka pandangan murid mengenai pengalaman mereka menggunakan modul ini dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kesediaan penerimaan terhadap teknologi PV solar. Modul ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan kajian dilaksanakan dengan reka bentuk gabungan bertindan serentak. Empat instrumen digunakan dalam kajian ini terdiri daripada ujian pengetahuan teknologi PV solar, soal selidik kesediaan penerimaan teknologi PV solar, rubrik penskoran artifak Minecraft, dan protokol perbincangan kumpulan berfokus. Seramai 40 murid Tingkatan Dua dari sebuah sekolah menengah di Daerah Kuala Langat, Selangor, dipilih sebagai peserta kajian. Data kuantitatif yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan IBM SPSS 29 dan data kualitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian NVivo 15. Hipotesis kajian diuji secara statistik inferensi menggunakan ujian ANOVA dan MANOVA dengan pengukuran berulang pada aras signifikan p=0.05. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan teknologi PV solar selepas intervensi dan peningkatan ini berterusan dalam ujian susulan. Peningkatan ini dikaitkan dengan aktiviti penghasilan artifak semasa intervensi di mana murid berpeluang untuk menerapkan konsep PV solar secara praktikal dan interaktif. Begitu juga dapatan kesediaan penerimaan teknologi PV solar yang menunjukkan terdapat peningkatan dan kesan pengekalan dalam kalangan murid. Rangka kerja model penerimaan teknologi mengenal pasti empat konstruk utama yang mempengaruhi kesediaan penerimaan, dengan dapatan kajian menghasilkan beberapa tema di bawah konstruk tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, sikap terhadap penggunaan dan hasrat bertingkah laku. Murid turut melaporkan pengalaman positif menggunakan Modul MinUS-C dengan peningkatan minat dan keseronokan sepanjang proses pembelajaran. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa Modul MinUS-C telah menjadi salah satu alat pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan sains, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kesediaan penerimaan murid sekolah menengah terhadap teknologi PV solar.
Pages: 508
Call Number: TK1087.M845 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784531
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan keberkesanan modul minus c terhadap pengetahuan dan kesediaan penerimaan murid dalam penggunaan teknologi PV solar.pdf
  Restricted Access
Full-text173.12 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.