Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784524
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Don, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorElma Natasya Yusofen_US
dc.date.accessioned2026-08-20T02:39:53Z-
dc.date.available2026-08-20T02:39:53Z-
dc.date.issued2025-08-11-
dc.identifier.otherP131674en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784524-
dc.description.abstractKajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap persepsi dan penerimaan pelajar terhadap konstruk kompetensi dalam Latihan Amali Dakwah (LAD) yang dilaksanakan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai secara menyeluruh elemen-elemen konstruk kompetensi yang merangkumi aspek akidah, akhlak, ibadah, ilmu dan kemahiran yang diterapkan dalam LAD, serta menganalisis kesesuaian dan tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi konstruk tersebut berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang dilaksanakan dengan pengedaran borang soal selidik kepada seramai 168 orang pelajar yang telah menyertai LAD di kawasan perkampungan Orang Asli. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan bantuan perisian SPSS versi 29.0 bagi memperoleh nilai min, peratusan dan kekerapan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap kepentingan konstruk kompetensi berada pada tahap sederhana, dengan nilai min keseluruhan yang paling tinggi adalah pada konstruk Ibadah (min=2.96), diikuti oleh Akhlak (min=2.95), Akidah (min=2.94), Ilmu (min=1.95) dan Kemahiran (min=1.94). Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung menilai elemen spiritual seperti ibadah dan akhlak sebagai elemen penting dalam pelaksanaan LAD, manakala elemen intelektual dan praktikal seperti ilmu dan kemahiran dilihat kurang signifikan dari sudut persepsi awal mereka terhadap LAD. Namun begitu, dari segi tahap penerimaan pelajar terhadap kelima-lima elemen konstruk kompetensi dalam LAD, didapati bahawa keseluruhan tahap penerimaan adalah sangat tinggi. Konstruk yang menunjukkan tahap penerimaan tertinggi ialah Ibadah (min=4.93), diikuti Akhlak (min=4.91), Akidah (min=4.90), Ilmu (min=4.87) dan Kemahiran (min=4.86). Semua konstruk ini mencatatkan peratusan persetujuan pelajar yang melebihi 87%, dan keseluruhan min penerimaan adalah 4.90 dengan sisihan piawai 0.262, menggambarkan tahap penerimaan yang kukuh dan konsisten dalam kalangan pelajar. Pelajar turut menyatakan bahawa setiap konstruk yang dikaji memainkan peranan penting dalam membina keperibadian dan keupayaan sebenar seorang pendakwah yang berkesan, terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat majmuk dan komuniti terpencil seperti Orang Asli. Justeru, implikasi kajian ini amat signifikan dalam memberikan sumbangan ke arah penambahbaikan kurikulum dan modul pelaksanaan LAD pada masa hadapan. Penekanan yang seimbang antara elemen spiritual, intelektual dan aplikasi praktikal perlu diberikan perhatian dalam penyusunan latihan dakwah yang berteraskan pembangunan kompetensi pelajar secara menyeluruh dan holistik. Kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada para pendidik, penyelaras LAD serta penggubal kurikulum dalam merangka pendekatan latihan dakwah yang lebih relevan, berkesan dan berorientasikan kompetensi semasa.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Accessen_US
dc.subjectDa'wah (Islam)en_US
dc.subjectInternship programsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenerimaan terhadap elemen konstruk kompetensi latihan amali dakwah oleh pelajar Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKMen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.format.pages120en_US
dc.identifier.callnoLC1072.I58E436 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007847en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penerimaan terhadap elemen konstruk kompetensi latihan amali dakwah oleh pelajar Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM.pdf
  Restricted Access
Full-text1.65 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.