Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784520
Title: Pengaruh pengamalan al-falah terhadap pembentukan konsep kendiri dalam kalangan mahasiswa
Authors: Nurul Ainie Nawawi
Supervisor: Siti Jamiaah Abdul Jalil, Dr.
Keywords: Muslim youth -- Religious life
Muslim students -- Malaysia -- Religious life
Muslim youth -- Conduct of life
Personality -- Religious aspects -- Islam
Spiritual life -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Aug-2025
Abstract: Kajian ini meneliti pengamalan konsep al-falāḥ dalam pembentukan konsep kendiri mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Al-falāḥ, yang bermaksud kejayaan dan kesejahteraan yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi dalam Islam, merupakan prinsip penting yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan individu Muslim. Dalam konteks mahasiswa, pengamalan al-falāḥ dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 220 orang mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Instrumen soal selidik yang merangkumi skala pengamalan al- falāḥ dan skala konsep kendiri telah digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS untuk menguji hubungan dan pengaruh antara pengamalan al-falāḥ dan konsep kendiri. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengamalan al-falāḥ dengan konsep kendiri mahasiswa. Pengamalan yang konsisten terhadap prinsip-prinsip al-falāḥ seperti beriman, solat, kejujuran, keikhlasan, tanggungjawab diri dn lain-lain didapati menyumbang kepada pembentukan konsep kendiri yang lebih positif. Mahasiswa yang mengamalkan al-falāḥ cenderung untuk mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, pandangan hidup yang lebih optimis, dan keupayaan yang lebih baik dalam menghadapi cabaran akademik dan peribadi. Kesimpulannya, pengamalan al-falāḥ mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan konsep kendiri yang positif dalam kalangan mahasiswa. Diharapkan kajian ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan, khususnya dalam pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mental mahasiswa. Cadangan untuk kajian lanjut juga dikemukakan bagi meneroka lebih mendalam aspek-aspek lain yang berkaitan dengan al-falāḥ dan kesejahteraan mahasiswa
Pages: 268
Call Number: BP188.18.Y68N877 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784520
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengamalan Al Falaḥ dalam pembentukan konsep kendiri mahasiswa.pdf
  Restricted Access
Full-text7.79 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.