Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784518| Title: | Elemen kesejahteraan emosi menurut perspektif hadis |
| Authors: | Siti Ainul Mardiyyah Mohd Zahid |
| Supervisor: | Ahmad Fakhrurazi Mohammed Zabidi, Dr. |
| Keywords: | Religious life -- Islam Hadith -- Texts Spiritual direction -- Islam Spiritual life -- Islam Emotions -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 26-Aug-2025 |
| Abstract: | Peningkatan statistik isu gangguan emosi seperti kemurungan terutamanya dalam kalangan remaja saban tahun menunjukkan kemurungan merupakan isu kesihatan global yang meruncing yang memerlukan penyelesaian yang komprehensif. Selain itu, kajian kesejahteran emosi daripada sudut teori memerlukan kepada penyelidikan yang lebih luas. Di samping itu, kajian kesejahteraan emosi menurut hadis masih belum ditemui. Hal ini menatijahkan keperluan kepada kajian elemen-elemen kesejahteraan emosi menurut perspektif hadis. Objektif kajian ini ialah (i) mengkaji konsep kesejahteraan emosi; (ii) meneroka teori-teori berkaitan kesejahteraan emosi dan (iii) Menganalisis hadis-hadis Nabi SAW dalam membentuk elemen-elemen kesejahteraan emosi. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Pengumpulan data melibatkan kutub sittah iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Jamic al-Tirmizdhi, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Nasa’I dan Sunan Ibn Majah. Kitab syuruh utama yang digunakan ialah Fath al-Bari, Minhaj, Tuhfah al-Ahwadhi. cAwn al-Macbud, Shuruh Ibn Majah dan Sharh Sunan al-Nasa’i serta kitab-kitab shuruh hadis yang lain seperti Mirqat al-Masabih, al-Mufhim dan kitab-kitab syuruh berkaitan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif, induktif dan tematik berdasarkan lima belas kata kunci iaitu al-Nafs, al-Huzn, al-Ka’abah, al-Riqaq, al-Adab, al-Bir, al-Iman, al-Ghaḍab, al- Ḥilm, al-Zuhd, al-Ṣabr, al-Qalaq, al-Ṭumaʾnīnah, al-Amal dan al-Dacawat. Dapatan kajian terhadap 37 hadis dan 2 athar yang dianalisis menghasilkan tema elemen kesejahteraan emosi menurut hadis iaitu kecerdasan spiritual, pengurusan emosi, penghargaan dan penerimaan diri, sokongan sosial dan pencarian makna hidup. Kajian ini memberikan implikasi positif kepada institusi kesihatan dan psikologi dalam mengadaptasikan elemen kesejahteraan emosi dengan petunjuk al-Hadith al-Nabawi dalam intervensi kesejahteraan emosi dan pencegah kepada isu gangguan emosi |
| Pages: | 172 |
| Call Number: | BP135.8.R4S568 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784518 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Elemen kesejahteraan emosi menurut perspektif hadis.pdf Restricted Access | Full-text | 1.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.