Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784517| Title: | Pemantauan dan penguatkuasaan status halal di premis makanan berdasarkan undang-undang di Malaysia |
| Authors: | Nursyakirah Hazban |
| Supervisor: | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Halal food industry -- Malaysia Food industry and trade -- Malaysia Food law and legislation -- Malaysia Food industry and trade -- Quality control Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 19-Aug-2025 |
| Abstract: | Pemantauan dan penguatkuasaan halal di premis makanan berdasarkan peruntukan undang-undang semasa adalah sebagai langkah mengatasi isu permasalahan halal yang timbul dalam kalangan masyarakat pengguna dan pemain industri. Pelaksanaan terhadap pemantauan dan penguatkuasaan halal dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dengan sokongan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Matlamat pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal dan garis panduan melalui piawaian dan standard pensijilan halal adalah untuk mencapai visi dan misi yang digariskan. Namun demikian, senario pada masa kini memperlihatkan bahawa isu-isu berhubung status halal melibatkan premis makanan antaranya kes-kes perilaku eksploitasi kepenggunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo, sijil dan status halal, penggunaan sijil halal tamat tempoh serta sebarang bentuk representasi yang menyalahi peruntukan undang-undang pensijilan halal masih berlaku secara berterusan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kerangka pengawalan undang-undang dalam pensijilan halal industri makanan, menilai bidang kuasa dan prosedur perundangan serta menganalisis cabaran yang dihadapi oleh badan penguat kuasa dalam pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang status halal di premis makanan sebagaimana peruntukan APD 2011 sebagai undang-undang induk dan standard prosedur berkaitan halal yang ditetapkan. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dalam pengumpulan data. 6 orang informan yang terdiri daripada pegawai JAKIM, KPDN dan KKM telah dipilih bagi melengkapkan data berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan halal. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deskriptif, kaedah deduktif dan kaedah tematik. Perisian Atlas.ti versi 9 digunakan bagi penyusunan data analisis tematik dalam kajian. Hasil kajian ini mengenal pasti 16 cabaran dalam pemantauan dan penguatkuasaan status halal yang diklasifikasikan kepada empat kluster tema utama iaitu berhubung kait dengan pihak kerajaan, pegawai penguat kuasa, pemain industri halal dan pengguna. Kategori tema cabaran yang terbentuk merangkumi aspek pengurusan sumber manusia, perundangan, peranan dan bidang kuasa pegawai berautoriti, pengendalian operasi kes halal, amalan pelaksanaan pematuhan halal oleh pihak industri serta persepsi dan kefahaman pengguna terhadap isu halal di premis makanan. Implikasi kajian ini dapat menyumbang kepada pihak yang berautoriti berkaitan sektor hal ehwal halal di Malaysia untuk memperkukuhkan jaminan terhadap integriti dan kredibiliti pengurusan halal serta memantapkan sistem pemantauan dan penguatkuasaan halal yang dilaksanakan secara lebih efektif. Kajian ini turut memberi sumbangan pengetahuan kepada masyarakat sebagai pengguna terutama pemain industri berkaitan pemahaman garis panduan dan kerangka perundangan dalam pengamalan dan pematuhan undang- undang industri halal |
| Pages: | 255 |
| Call Number: | HD9334.M42N879 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784517 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pemantauan dan penguatkuasaan status halal di premis makanan berdasarkan undang undang di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 2.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.