Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784465
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysiaen_US
dc.contributor.advisorMohd Helmy Mokhtar, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorhazlina Abdul Wahab, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbdul Kadir Abdul Karim, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorfilza Mohd Mokhtar, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorHon Jing Xianen_US
dc.date.accessioned2026-08-17T08:16:53Z-
dc.date.available2026-08-17T08:16:53Z-
dc.date.issued2026-05-08-
dc.identifier.otherP106486en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784465-
dc.description.abstractEndometriosis merupakan gangguan ginekologi kronik yang dikaitkan dengan kerintangan progesteron serta tindak balas yang lemah terhadap terapi progestin Walaupun mikroRNA (miRNA) diketahui terlibat dalam pengawalseliaan isyarat hormon dan tingkah laku sel, peranan mekanistiknya masih belum difahami sepenuhnya. Selain itu, fungsi miR-1-3p dan pengawalannya terhadap gen sasaran transkrip terbitan jantung dan puncak neural 2 (HAND2) dan antagonis BCL2/pembunuh 1 (BAK1) masih kurang diterokai, sekali gus menekankan keperluan kajian molekul dan fungsi yang bersepadu bagi mengenal pasti penanda biologi dan sasaran terapeutik baharu. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat ekspresi miRNA terpilih, reseptor estrogen (ER) dan reseptor progesteron (PR) dalam endometriosis, serta meramalkan dan menentukan peranan serta fungsi gen sasaran daripada miRNA yang diekspresikan secara tinggi. Kesan fungsi perencatan miR-1-3p terhadap ekspresi gen sasaran, proliferasi, migrasi dan apoptosis sel dinilai menggunakan sel endometriotik (12Z). Sampel tisu dikumpulkan daripada 18 pesakit endometriosis eutopik, 18 pesakit endometriosis ektopik dan 18 pesakit kawalan. Pemprofilan ekspresi miRNA dilakukan menggunakan penjujukan generasi baru (NGS) dan miRNA terpilih disahkan melalui qRT-PCR. Ekspresi ER dan PR turut dianalisis menggunakan qRT- PCR. Analisis bioinformatik telah dijalankan untuk meramalkan dan menentukan peranan serta fungsi gen sasaran. Sel endometriotik 12Z yang digunakan untuk kajian in vitro melibatkan perencatan miR-1-3p terhadap ekspresi gen sasaran, proliferasi, migrasi dan apoptosis sel. Menerusi kajian ini, analisis NGS telah mengenal pasti tujuh miRNA yang mengalami penyahkawalseliaan signifikan dan enam miRNA yang berkaitan dengan endometriosis dipilih untuk pengesahan melalui qRT-PCR Keputusan qRT-PCR mengesahkan peningkatan signifikan ekspresi miR-199a-3p. miR-1-3p, miR-146a-5p dan miR-125b-5p dalam tisu ektopik. Seterusnya, miR-1-3p dipilih untuk analisis lanjut dalam kajian in vitro. Ekspresi ERa didapati menurun secara signifikan manakala ERẞ meningkat secara signifikan dalam endometriosis, sementara PR-A dan PR-B tidak menunjukkan perubahan yang signifikan. Gen sasaran HAND2 dan BAK1 dipilih melalui analisis in silico dan disahkan dalam tisu serta sel endometriosis. Ekspresi HAND2 dan BAK1 didapati menurun secara signifikan dalam tisu endometriosis. Perencatan miR-1-3p dalam sel 12Z meningkatkan ekspresi HAND2 dan BAK1, mengurangkan proliferasi dan migrasi sel, serta meningkatkan apoptosis. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai rangkaian pengawalseliaan kompleks yang terlibat dalam patogenesis endometriosis. Pengenalpastian miRNA dan gen sasaran yang diekspresikan secara tidak normal berpotensi membawa kepada pembangunan penanda biologi tidak invasif dan terapi bersasar bagi pesakit endometriosis.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsEmbargoen_US
dc.subjectEndometriosisen_US
dc.subjectMicroRNAsen_US
dc.subjectReceptors, Estrogenen_US
dc.subjectReceptors, Progesteroneen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleProfil ekspresi MIR-1-3P dan reseptor steroid seks serta analisis fungsi gen sasaran dan tingkah laku sel endometriotik dalam endometriosisen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysiaen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages238en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.