Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784436| Title: | Ketaksaan imbuhan awalan meN-: analisis teori relevans |
| Authors: | Nurul Huda Mohd Saad |
| Supervisor: | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. Sharifah Raihan Syed Jaafar, Dr. |
| Keywords: | Malay language -- Morphology Malay language -- Word formation Malay language -- Suffixes and prefixes Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-Dec-2023 |
| Abstract: | Dua aspek imbuhan awalan meN- telah dibincangkan dengan teliti oleh penahu Melayu. Za’ba, Arbak, Asmah dan Nik Safiah et al. lebih menumpukan padanan bentuk atau alomorf meN- dan fungsinya dalam sesuatu ayat. Kajian ini terbina atas ketaksaan dalam imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam batu, gunung, langit, laut, bukit dan busut. Terdapat masalah polisemi dalam imbuhan ini untuk kes ‘menjadi seperti’, ‘seperti/berkeadaan’ dan ‘berlaku seperti/menyerupai sesuatu’. Hal ini disebabkan oleh penggunaan istilah yang pelbagai untuk konsep dan aspek yang sama. Di samping itu juga, wujud makna tersirat dalam imbuhan awalan meN- yang bergabung dengan kata sifat warna hijau, putih, biru dan hitam. Frasa pelepah baru yang menghijau subur (pelepah baru yang menjadi* hijau subur), uban yang memutih (uban yang menjadi* putih), laut yang membiru (laut yang menjadi* biru) dan bermisai tebal yang menghitam (bermisai tebal yang menjadi* hitam) tidak menunjukkan makna ‘x menjadi y’. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan merungkaikan masalah polisemi dan makna tersirat imbuhan awalan meN- yang taksa sifatnya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Data kajian ini diperoleh daripada Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini mengenal pasti ketaksaan dalam imbuhan awalan meN-. Kemudian, ketaksaan dalam imbuhan awalan ini dikelompokkan mengikut golongan kata, iaitu imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam dan imbuhan awalan meN- dengan kata sifat warna. Data kajian dianalisis satu persatu menggunakan teori Relevans, bersandarkan konsep rangka rujuk silang (bridging cross reference) dan ad hoc. Jelas, dapatan kajian telah menghasilkan pengkategorian makna imbuhan awalan meN- yang baharu. Imbuhan awalan meN- dengan kata nama konkrit unsur alam telah menghasilkan makna metafora bagi ‘perbandingan melampau’, ‘perbandingan eksplisit’ dan ‘perbandingan implisit’. Manakala makna tersirat imbuhan awalan meN- dengan kata sifat warna telah mengimplikasikan makna ‘kelihatan’. Pada masa yang sama, kajian ini memberikan suatu alternatif bagaimana imbuhan awalan meN- dipersembahkan dalam nahu Melayu. |
| Pages: | 338 |
| Call Number: | PL5080.M3N847 2023 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784436 |
| Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Ketaksaan imbuhan awalan meN analisis teori relevans.pdf Restricted Access | Full-text | 1.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.