Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784434
Title: Analisis cabaran dan pengaruh kepercayaan kesihatan ibu bapa dan guru terhadap tingkah laku pencegahan COVID-19 di sekolah rendah negeri Selangor
Authors: Andi Muhammad Tri Sakti
Supervisor: Emma Mohamad, Dr.
Arina Anis Azlan, Dr.
Keywords: COVID-19 (Disease) -- Social aspects -- Malaysia -- Selangor
COVID-19 (Disease) -- Prevention -- Malaysia -- Selangor
COVID-19 Pandemic, 2020-2023 -- Psychological aspects -- Malaysia -- Selangor
Schools -- Malaysia -- Safety measures
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-May-2025
Abstract: Komunikasi yang tidak selaras dan kurang memberi penekanan kepada kepercayaan kesihatan dikenal pasti sebagai faktor yang membangkitkan kebimbangan terhadap risiko jangkitan COVID-19. Ketika pembukaan semula sekolah secara fizikal diumumkan di Malaysia, komunikasi maklumat yang tidak dirancang bersesuaian dengan keperluan krisis telah mencetuskan kepelbagaian pandangan dan emosi. Ketidakpastian mengenai pelaksanaan pembukaan semula sekolah, kebimbangan mengenai risiko jangkitan COVID-19, dan kerisauan tentang ketidakcapaian hasil pembelajaran adalah antara topik yang telah menyemarak sentimen masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepercayaan kesihatan dan cabaran pembukaan semula sekolah dalam kalangan pemegang taruh sekolah rendah di negeri Selangor berasaskan Model Kepercayaan Kesihatan. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dan ibu bapa serta cabaran komunikasi semasa pembukaan semula sekolah. Bagi memberi gambaran yang lebih holistik, kajian ini melibatkan empat kelompok pemegang taruh dalam ekosistem sekolah yang dikenalpasti menerusi andaian Model Ekologi Sosial. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan campuran. Data kuantitatif dikumpulkan daripada enam sekolah terpilih di negeri Selangor melibatkan 514 ibu bapa, 232 guru, dan 403 murid, serta dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensial. Dapatan mengenai halangan dalam pembukaan semula sekolah daripada temu bual mendalam dengan 18 orang guru pula dianalisis menggunakan ATLAS.ti versi 24. Kajian mendapati tingkah laku pencegahan COVID-19 guru dipengaruhi oleh persepsi keterukan, persepsi faedah dan isyarat untuk bertindak. Bagi ibu bapa pula, persepsi halangan, persepsi faedah, dan efikasi kendiri adalah signifikan kepada tingkah laku yang memudahkan amalan pencegahan COVID-19 anak-anak mereka. Beberapa cabaran yang dihadapi semasa pembukaan semula sekolah telah dikenal pasti menerusi analisis tematik, iaitu kesukaran mengawal pematuhan prosedur operasi standard dalam kalangan murid, cabaran adaptasi pembelajaran hibrid, pertambahan jam dan beban kerja yang signifikan, serta kerumitan dalam menyeimbangkan antara kehidupan peribadi dan profesional. Analisis cabaran komunikasi yang dihadapi pemegang taruh sekolah menunjukkan kelompongan dalam garis panduan pembukaan semula sekolah dan pelan pengurusan krisis yang dirangka oleh Kementerian Kesihatan. Bagi menambah baik pelan pengurusan krisis kesihatan masa hadapan, kajian ini mencadangkan penekanan dimensi kepercayaan kesihatan bersepadu pada tahap individu dan interpersonal dalam lapisan model sosio-ekologi.
Pages: 361
Call Number: RA644.C67A5339 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784434
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.