Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784433
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKadir Arifin, Prof. Ts. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZaini Sakawi, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Hajariah Ilani Mat Lazimen_US
dc.date.accessioned2026-08-14T08:57:59Z-
dc.date.available2026-08-14T08:57:59Z-
dc.date.issued2025-05-28-
dc.identifier.otherP101950en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784433-
dc.description.abstractKajian ini menghujahkan bahawa faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah yang merangkumi lima faktor utama iaitu keperibadian, kompetensi, latihan, pengalaman dan persekitaran mempengaruhi prestasi keselamatan pelajar di kolej komuniti Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah kolej komuniti, menganalisis faktor-faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dan seterusnya menilai prestasi keselamatan pelajar di kolej komuniti bagi membentuk model pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar kolej komuniti Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 18 buah kolej komuniti rintis telah dipilih bagi tujuan kajian ini. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan adalah menggunakan borang kaji selidik. Seramai 243 responden yang mewakili pensyarah kumpulan akademik dan 167 responden yang mewakili pensyarah kumpulan pengurusan terlibat dalam kajian ini. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 dan pemodelan persamaan struktur kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM) melalui SmartPLS versi 3.3.9 digunakan untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah dan seterusnya membentuk model akhir kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan responden bersetuju bahawa tahap kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah adalah tinggi bagi aspek orientasi keselamatan dan aspek membina hubungan. Bagi aspek pencegahan dan pembetulan, responden pensyarah kumpulan akademik menunjukkan purata min pada tahap tinggi manakala responden pensyarah kumpulan pengurusan pula menunjukkan purata min pada tahap sederhana. Faktor keperibadian merupakan faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan yang paling signifikan berdasarkan nilai min purata tertinggi bagi pensyarah kumpulan akademik (4.02) manakala bagi pensyarah kumpulan pengurusan, faktor kompetensi merupakan faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan yang paling signifikan berdasarkan nilai min purata tertinggi (3.90). Prestasi keselamatan dalam kalangan pelajar juga didapati berada pada tahap yang baik. Di samping itu, kajian juga mendapati mendapati bahawa terdapat empat faktor iaitu kompetensi, latihan, pengalaman dan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penglibatan keselamatan. Keempat-empat faktor ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan keselamatan. Akhirnya, model pengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar telah berjaya dibentuk dan boleh dijadikan panduan oleh pemegang taruh institusi pendidikan dalam merancang bentuk intervansi yang bersesuaian dalam meningkatkan keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.subjectEducational leadership -- Malaysiaen_US
dc.subjectCommunity college teachers -- Administrationen_US
dc.subjectUniversities and colleges -- Security measures -- Malaysiaen_US
dc.subjectCommunity colleges -- Malaysia -- Administrationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh faktor keberkesanan kepimpinan keselamatan dalam kalangan pensyarah terhadap prestasi keselamatan pelajar kolej komuniti Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages267en_US
dc.identifier.callnoLB2965.M4S5984 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007920en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.