Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784432
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHarishon Radzi, Dr.en_US
dc.contributor.advisorFazal Mohamed Mohamed Sultan, Prof.en_US
dc.contributor.authorAhmad Khairul Ashraaf Saarien_US
dc.date.accessioned2026-08-14T08:55:01Z-
dc.date.available2026-08-14T08:55:01Z-
dc.date.issued2025-01-18-
dc.identifier.otherP108380en_US
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784432-
dc.description.abstractSusur sungai merupakan salah satu medium perhubungan utama dalam membentuk peradaban masyarakat Melayu di Malaysia. Pertembungan masyarakat melibatkan susur sungai yang berasaskan faktor sosial seperti perdagangan, perkahwinan, pecahan pentadbiran, aktiviti penghijrahan dan faktor geografi ini mampu menjadi punca kepada berlakunya perkembangan bahasa. Namun begitu, penelitian melibatkan oleh ahli dialektologi terdahulu lebih mementingkan perbincangan berasaskan sempadan politik dan kurang menitikberatkan sebaran dialek di huluan dan hiliran serta faktor sains sosial dan maklumat topografi sebagai subjek kajian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola sebaran dialek, menghuraikan ciri dialek berteraskan angkubah linguistik dan bukan linguistik serta menganalisis sebaran dialek huluan dan hiliran menggunakan teori Autosegmental berdasarkan paparan peta koroplet dan isoglos berbantukan Geographical Information Systems (GIS). Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik melibatkan seramai 1603 informan di 175 buah kampung sepanjang susur Sg Perak, Sg Perlis dan Sg Kedah serta menggunakan kaedah temu bual informan yang dipilih secara rawak per kampung. Analisis kajian dibahagikan kepada dua angkubah, iaitu analisis linguistik dan analisis bukan linguistik. Hasil analisis linguistik telah berjaya mengelaskan sebanyak lima sebaran dialek yang berjaya ditemui di sepanjang susur huluan dan hiliran Sg Perak, empat sebaran di Sg Perlis dan empat sebaran dialek di Sg Kedah menerusi perbezaan variasi fonologi. Penemuan dialek ini juga turut disokong dengan cambahan dari varian luar seperti bahasa Siam, Bugis, Banjar dan dialek Patani yang berkait rapat dengan faktor sosial dan geografi pada analisis bukan linguistik. Faktor sosial boleh dirujuk sebagai faktor ketamadunan, pentadbiran, penghijrahan masyarakat. Manakala faktor geografi pula merujuk kepada deretan banjaran gunung dan bukit, laluan susur sungai, persempadanan wilayah jajahan yang telah menjadi asbab kepada kerancakan sebaran dialek di sepanjang kawasan hulu dan hilir kajian. Sehubungan itu, kajian ini mampu memberi sumbangan menerusi proses peralihan bahasa di sepanjang jaringan susur sungai berasaskan faktor sokongan sosial. Selain itu, kajian ini juga turut mengemukakan teknik analisis baharu dialektologi khususnya dalam mengintegrasikan bidang teknologi dan geografi dalam menjana atlas dialek yang lebih bersifat terperinci.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.subjectMalay language -- Dialects -- Malaysia -- Peraken_US
dc.subjectMalay language -- Dialects -- Malaysia -- Perlisen_US
dc.subjectMalay language -- Dialects -- Malaysia -- Kedahen_US
dc.subjectMalay language -- Dialectologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenyebaran dialek di sepanjang sungai Perak, Perlis dan Kedah: analisis geolinguistiken_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUKMen_US
dc.format.pages233en_US
dc.identifier.callnoPL5094.5.P4A3764 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007918en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyebaran dialek di sepanjang Sungai Perak Perlis dan Kedah analisis geolinguistik.pdf
  Restricted Access
Full-text5.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.