Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784428| Title: | Pembangunan dan pengesahan instrumen pengukuran kualiti pengajaran guru menggunakan pendekatan Enam Sigma (Tactual-6σ) |
| Authors: | Siti Hannah Sabtu |
| Supervisor: | Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Ts. Dr. Siti Mistima Maat, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Teachers -- Rating of -- Malaysia Teaching -- Evaluation -- Malaysia Six sigma (Quality control standard) -- Application in education -- Malaysia Educational tests and measurements -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 23-Aug-2025 |
| Abstract: | Enam Sigma ialah metodologi pengurusan kualiti menyeluruh yang menekankan penambahbaikan berterusan. Kejayaannya dalam pelbagai industri merangsang potensinya untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Namun keterbatasan bukti empirikal psikometrik menyukarkan pengukuran kualiti pengajaran (TQ) guru khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan ciri psikometrik instrumen pengukuran kualiti pengajaran guru menggunakan pendekatan Enam Sigma iaitu TACTUAL-6σ di institusi pendidikan. Model Enam Sigma digunakan kerana model ini menyediakan kerangka sistematik melalui lima fasa DMAIC (Define, Measure, Analyze, Improve, Control) yang sesuai untuk proses penambahbaikan kualiti secara berstruktur. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan secara eksploratori yang melibatkan empat fasa pengujian psikometrik. Fasa pertama kajian dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif yang merangkumi tinjauan literatur dan temu bual separa berstruktur dengan lapan orang guru. Analisis tematik mengesahkan terdapat enam indikator utama mengukur TQ guru. Fasa kedua melibatkan sembilan orang pakar profesional dan lapan orang pakar lapangan bagi mendapatkan kesahan kandungan untuk 200 item yang dibina menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Hasil analisis menunjukkan bahawa 125 item mencapai kesepakatan dan persetujuan pakar. Seterusnya, kesahan muka dijalankan dengan pelibatan lima orang pakar bahasa dan enam orang pengambil ujian bagi menyemak aspek bahasa. Hasil semakan mendapati 15 item berada di bawah nilai CVRkritikal. Seterusnya, pengesahan ciri psikometrik instrumen menggunakan model pengukuran Rasch bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan. Kajian rintis dijalankan sebanyak dua kali bagi memastikan item serasi dengan model pengukuran Rasch dan dapat mengukur dengan tepat. Hasil analisis menunjukkan bahawa 47 item digugurkan pada kajian rintis pertama (KR 1) dan 33 item digugurkan pada kajian rintis kedua (KR 2). Sebanyak 45 item yang dikekalkan didapati memenuhi semua andaian model pengukuran Rasch. Analisis ujian t- tidak bersandar dijalankan untuk menguji dan mengenal pasti sama ada wujudnya perbezaan antara min logits item-item di dalam instrumen KR 1 dan KR 2 berdasarkan andaian model pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan bahawa instrumen TACTUAL-6σ yang diuji dalam KR 1 dan KR 2 mengekalkan keseragaman dan kestabilan yang tinggi. Berdasarkan hasil semakan ciri psikometrik yang teliti dan komprehensif, instrumen yang dibangunkan ini digunakan untuk mengenal pasti tahap profil TQ guru. Hasil dapatan menunjukkan bahawa profil TQ bagi 1,105 orang guru dari lima negeri di Malaysia berada pada tahap sederhana. Kajian ini memberi implikasi terhadap kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen serta penerapan konsep Enam Sigma dalam pengukuran tahap TQ guru. Instrumen TACTUAL-6σ ini berpotensi digunakan secara meluas di institusi pendidikan di Malaysia serta diaplikasikan dalam populasi yang berbeza. Sehubungan itu, aplikasi pendekatan Enam Sigma dalam bidang pendidikan menunjukkan potensi besar untuk diperluas dan dimantapkan melalui kajian lanjutan. |
| Pages: | 495 |
| Call Number: | LB2831.926.M4S58 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784428 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pembangunan dan pengesahan instrumen pengukuran kualiti pengajaran guru menggunakan pendekatan enam sigma TACTUAL 6O.pdf Restricted Access | Full-text | 7.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.