Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784427Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohamad Sattar Rasul, Prof. Ts. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Ruhizan Mohamad Yasin, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Mohd Aizuddin Saari | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-08-14T08:37:20Z | - |
| dc.date.available | 2026-08-14T08:37:20Z | - |
| dc.date.issued | 2025-08-19 | - |
| dc.identifier.other | P85666 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784427 | - |
| dc.description.abstract | Hasrat Malaysia untuk beralih kepada sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan dan berpendapatan tinggi menuntut penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu beroperasi dengan teknologi canggih seperti mesin pintar, data dan algoritma kompleks, selaras dengan tuntutan Revolusi Industri Keempat. Namun begitu, masih terdapat isu dan cabaran dalam pengembangan kemahiran TVET bagi mendepani industri 4.0 seperti kekurangan pengetahuan, kepelbagaian kemahiran dan ketidakupayaan dalam meneroka bidang berkaitan industri 4.0 perlu ditangani. Namun, pengembangan kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi Industri 4.0 masih berdepan cabaran seperti kekurangan literasi digital, ketidaksepadanan latihan dengan keperluan industri, kekurangan kemahiran pelbagai dan ketidakupayaan meneroka bidang berkaitan teknologi baharu yang yang memerlukan pendekatan strategik. Maka, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu model pembangunan kemahiran revolusi industri keempat (Industri 4.0) bidang teknikal dan vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk penerokaan berurutan (Sequential Exploratory Design) berasaskan kaedah gabungan yang melibatkan dua fasa utama: pembangunan indikator dan pembangunan model. Bagi fasa pertama, teknik perbincangan kumpulan berfokus (FGD) bersama 165 pakar TVET dilaksanakan, disokong oleh analisis kajian literatur sistematik (SLR), dan kedua-dua dapatan ini ditriangulasikan. Fasa kedua melibatkan teknik Kumpulan Nominal (NGT) untuk mengenal pasti elemen utama model melalui persetujuan sepuluh orang pakar, manakala kaedah Interpretive Structural Modeling (ISM) digunakan untuk membina struktur model berdasarkan hasil undian pakar yang sama. Dapatan keseluruhan kajian menunjukkan sebanyak lapan indikator iaitu kognitif aras tinggi, kemahiran digital, kemahiran hijau, literasi maklumat, pembelajaran autonomi, kreatif dan inovasi, interpersonal dan komunikasi, dan akhir sekali ialah indikator personal dan kemahiran dan keusahawanan telah terbentuk serta dikenal pasti bagi pembangunan kemahiran industri 4.0 bagi bidang TVET di Malaysia. Seterusnya, sebanyak 36 elemen akhir yang melebihi jumlah nilai peratusan skor 70% skor penerimaan dengan dapatan bagi elemen (minimum=88%) dan elemen (maksimum=98%) telah dipilih dan dipersetujui barisan pakar sebagai elemen akhir dalam model yang dibentuk menerusi sesi perbengkelan NGT. Pembangunan model yang terhasil daripada pendekatan ISM merupakan struktur model rangkaian hubungan setiap elemen. Dapatan kajian ini menyumbang kepada pemahaman baharu berkaitan kepentingan kemahiran hijau sebagai komponen utama dalam pembangunan model kemahiran industri 4.0 untuk bidang TVET di Malaysia. Model yang dihasilkan berpotensi dijadikan rujukan sahih serta garis panduan yang boleh diaplikasikan oleh institusi pengajian tinggi dan pihak industri. Selain itu, implikasi kajian turut dilihat dapat mengisi jurang sedia ada dalam penyediaan garis panduan bagi tenaga pengajar TVET, khususnya dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif ke arah peningkatan kualiti pendidikan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Technical education -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Vocational education -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Industrial revolution, 4th -- Study and teaching -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Model kemahiran Revolusi Industri Keempat bagi bidang TVET di Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | en_US |
| dc.format.pages | 384 | en_US |
| dc.identifier.callno | LC1047.M4M64 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007928 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Model kemahiran revolusi industri keempat bagi bidang TVET di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 533.29 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.