Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784425Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato | en_US |
| dc.contributor.advisor | Khadijah Abd Razak, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Harun Baharudin, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nor Alniza Azman | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-08-14T08:31:29Z | - |
| dc.date.available | 2026-08-14T08:31:29Z | - |
| dc.date.issued | 2025-07-15 | - |
| dc.identifier.other | P113278 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784425 | - |
| dc.description.abstract | Cabaran dunia pendidikan masa kini iaitu ketidakstabilan, ketidakpastian, kerumitan, kesamaran (VUCA) menuntut Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah untuk memiliki kompetensi digital bagi menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dan memenuhi keperluan dalam pendidikan digital. Namun, masih wujud isu berkaitan kompetensi digital dalam kalangan guru khususnya dari aspek sikap, nilai profesionalisme, peranan khusus GPISR dalam era digital serta pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran digital di sekolah. Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk memahami secara menyeluruh senario sebenar kompetensi digital dalam kalangan GPISR untuk menghadapi cabaran dunia pendidikan moden. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka fenomena pendidik kompeten digital dari tiga elemen utama iaitu nilai ideal, peranan guru era digital dan strategi pengajaran digital. Pelaksanaan kajian adalah penting untuk menyediakan kefahaman yang holistik serta perspektif komprehensif berkaitan kompetensi digital GPISR yang mampu mendorong guru untuk memberikan sumbangan bermakna kepada pendidikan dalam era digital. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes (kes tunggal) melibatkan lima orang peserta kajian yang dipilih melalui teknik pensampelan bola salji. Data utama diperoleh melalui temu bual mendalam, sementara pemerhatian, analisis dokumen dan audio visual digunakan sebagai data sokongan. Data dianalisis secara tematik dengan pendekatan pengekodan Miles, Hubberman & Saldana dengan menggunakan aplikasi NVIVO 14 dalam pengurusan data. Bagi memastikan ketelitian dan kerapian kajian, pengkaji menitikberatkan aspek etika serta proses trustworthiness merangkumi kredibiliti, kebolehpindahan, kebolehsandaran dan kebolehabsahan. Hasil kajian membentuk dua tema utama bagi nilai ideal guru iaitu nilai tunjang dan nilai tambah, dua tema utama bagi peranan guru iaitu peranan tradisi dan peranan khusus digital serta enam tema bagi strategi pengajaran digital iaitu pengajaran berasaskan permainan digital, pengajaran berasaskan video, pengajaran berasaskan web, pengajaran berasaskan meta semesta, pengajaran berasaskan integrasi media sosial dan pengajaran berasaskan visual interaktif. Justeru, diharapkan kajian ini memberikan pemahaman mendalam kepada pendidik untuk meningkatkan kompetensi digital serta memberikan panduan praktikal kepada pembuat dasar dan pihak berkepentingan dalam merangka strategi berkesan untuk memperkasa kompetensi digital GPISR. Oleh itu, kajian ini menyokong hasrat Dasar Pendidikan Digital dalam melahirkan pendidik kompeten digital khususnya untuk guru Pendidikan Islam. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
| dc.subject | Teachers -- Effectiveness | en_US |
| dc.subject | Digital literacy -- Study and teaching | en_US |
| dc.subject | Islamic religious education -- Study and teaching (Elementary) | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Pendidik kompeten digital: satu kajian kes guru Pendidikan Islam di sekolah rendah | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.format.pages | 449 | en_US |
| dc.identifier.callno | LB1737.N67 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007922 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pendidik kompeten digital satu kajian kes guru pendidikan Islam di sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 7.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.