Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784335
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Azuwa Mohamed, ChM. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSiti Fairus Mohd Yusoff, Prof. Madya ChM Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Nabihah Sazali (P126162)en_US
dc.date.accessioned2026-08-10T04:51:52Z-
dc.date.available2026-08-10T04:51:52Z-
dc.date.issued2024-09-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784335-
dc.description.abstractHidrosiapatit (HAp) ialah bahan seramik biokompatibel yang banyak digunakan dalam aplikasi bioperubatan, terutamanya dalam kejuruteraan tisu dan penyalutan implan tulang. Sifatnya yang menyerupai komponen mineral tulang juga menunjukkan potensi dalam aplikasi fotopemangkinan. Sifat kestabilan kimia dan keupayaan HAp dalam menyokong pemisahan cas menjadikannya bahan yang sesuai untuk degradasi pencemar organik, penulenan air, dan penukaran tenaga suria. Namun demikian, HAp mengalami penggumpalan, morfologi tidak teratur, luas permukaan yang rendah, kurang penyerapan cahaya matahari, dan jurang jalur yang besar yang mengakibatkan aktiviti fotopemangkinannya menjadi rendah. Oleh demikian, tujuan utama kajian ini adalah untuk menukarkan sisa PPG kepada fotomangkin HAp yang mempunyai penjajaran jalur konduksi dan valens yang optimum, sifat penyerapan cahaya, dan sifat pemisahan cas yang baik. Dalam kajian ini, fotomangkin HAp dihasilkan daripada sisa PPG melalui teknik hidrotermal dengan kehadiran surfaktan seperti CTAB dan P123 pada tiga kepekatan yang berbeza sebagai templat untuk mengawal saiz dan pertumbuhan kristal. Selain itu, HAp juga dimodifikasikan melalui pengedopan Ni dan Co menerusi dua pendekatan iaitu secara sintesis hidroterma satu langkah dan dua langkah. Seterusnya, pembentukan fotomangkin heterosimpang antara HAp termodifkasi dan fotomangkin grafitik karbon nitrida terdop karbon (CCN) secara impregnasi hidrotermal dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan lagi sifat fotopemangkinan HAp. Analisis yang teliti terhadap fasa kristal, struktur morfologi, jurang jalur, analisis unsur, dan sifat pengasingan cas terhadap sampel yang dihasilkan telah dilakukan menggunakan pelbagai teknik pencirian termasuk XRD, FESEM, TEM, penjerapan-nyahjerapan N2, UV-Vis-NIR, dan spektroskopi PL, serta FTIR, XPS, dan pengukuran fotoelektrokimia (PEC). Hasil dapatan mendapati bahawa penggunaan surfaktan CTAB mampu menghasilkan HAp dengan morfologi yang sekata dalam campuran bentuk homo-struktur 1D/2D dan kekristalan yang tinggi berbanding penggunaan surfaktan P123, sekaligus meningkatkan sifat optoelektronik serta memudahkan pemisahan pembawa cas yan lebih cekap. Selain itu, pendopan Ni dan Co terdop HAp satu langkah menunjukkan pendekatan yang lebih efisien berbanding Ni dan Co terdop HAp dua langkah, yang menunjukkan sifat optikal dan PEC yang lebih baik. Seterusnya, gabungan Ni terdop HAp satu langkah bersama CCN (CCN@Ni/HAp) sebagai fotomangkin heterosimpang mempunyai sifat optikal, sifat pemisah cas dan kemampuan penyerapan cahaya yang baik berbanding CCN@Co/HAp, CCN, g-C3N4, dan HAp. Kecemerlangan gabungan ini dapat dibuktikan melalui aktiviti fotopemangkinan yang sangat memberangsangkan dalam tindak balas penghasilan hidrogen peroksida (H2O2) dengan perkadaran penghasilan H2O2 tertinggi sekitar ~5778.3 μmol H-1 g -1 berbanding dengan sampel CCN@Co/HAp, CCN, g-C3N4, dan HAp. Pembentukan heterosimpang HAp termodifikasi dengan CCN berjaya dibangunkan, membuka peluang baharu untuk penggunaan HAp termodifikasi sebagai fotomangkin berprestasi tinggi dalam aplikasi penghasilan H2O2 yang jarang dilaporkan. Kejayaan ini turut menyediakan laluan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh sisa PPG.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.subjectPhotocatalysisen_US
dc.subjectHydrogen peroxide -- Synthesisen_US
dc.subjectHydroxyapatiteen_US
dc.subjectCarbon nitrideen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleFotomangkin hetero-simpang aktif cahaya nampak berasaskan hidrosiapatit termodifikasi dari sisa fosfogipsum bersama grafitik karbon nitrida bagi penjanaan hidrogen peroksidaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages172en_US
dc.identifier.callnoQD716.P45.N598 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007863en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.