Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784317| Title: | Penggunaan dan tahap kepuasan terhadap peka B40 serta faktor-faktor mempengaruhinya: kajian kaedah campuran di kalangan penerima manfaat di Malaysia |
| Authors: | Hairusnizan Hamzah |
| Supervisor: | Azimatun Noor Aizuddin, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, Prof. Dr |
| Keywords: | Program Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) Public Health Administration Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Jun-2026 |
| Abstract: | Program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merupakan inisiatif kesihatan awam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan meningkatkan akses penjagaan kesihatan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Namun begitu, tahap penggunaan manfaat dan kepuasan terhadap pelaksanaan program ini masih belum difahami secara menyeluruh. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penggunaan dan kepuasan terhadap PeKa B40 serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kedua- dua hasil tersebut melalui pendekatan campuran. Kajian ini menggunakan reka bentuk Embedded Convergent Parallel Mixed Methods Design, dengan komponen kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian keratan rentas sebagai komponen utama, manakala komponen kualitatif dilaksanakan melalui soalan terbuka yang disisipkan dalam instrumen pengumpulan data kuantitatif. Kajian dijalankan dalam kalangan penerima manfaat B40 di seluruh Malaysia menggunakan kaedah persampelan berperingkat. Reka bentuk keratan rentas digunakan bagi komponen kuantitatif melibatkan 2,573 responden daripada pelbagai latar demografi, manakala data kualitatif diperoleh melalui respons terbuka dalam soal selidik. Data kuantitatif dan kualitatif dikumpul secara serentak, dianalisis secara berasingan dan diintegrasikan semasa peringkat interpretasi dapatan. Analisis komponen kuantitatif melibatkan statistik deskriptif, regresi logistik, Importance-Performance Gap Analysis (IPGA), manakala analisis kualitatif melibatkan analisis kerangka dan tematik. Dapatan menunjukkan bahawa hanya 20.5% responden pemah menggunakan sekurang- kurangnya satu manfaat PeKa B40, dengan saringan kesihatan merupakan komponen yang paling banyak digunakan (96.8%). Tahap kepuasan keseluruhan adalah rendah, di mana hanya 36.6% melaporkan kepuasan tinggi (skor≥4.00). Faktor paling kuat yang mempengaruhi penggunaan ialah pengetahuan tinggi mengenai program kepuasan terhadap tadbir urus, tahap pendidikan rendah, dan pendaftaran dalam skim perlindungan kesihatan lain. Bagi tahap kepuasan, faktor paling signifikan ialah kepuasan terhadap tadbir urus dan kos kesihatan, serta etnik India dan Cina yang mencatatkan kebarangkalian kepuasan tertinggi. Analisis IPGA menunjukkan semua item mencatatkan jurang negatif, dengan 14 item berada dalam Kuadran II sebagai keutamaan penambahbaikan segera. Dapatan kualitatif turut mengesahkan cabaran utama seperti kurangnya pengetahuan, maklumat yang tidak jelas, skop manfaat yang terhad, dan kekangan pelaksanaan di fasiliti. Penambahbaikan PeKa B40 termasuk meningkatkan ketersediaan ubat, privasi pesakit, kapasiti kakitangan, dan penempatan pakar, memperluas liputan PeKa B40, menambah baik temu janji dan kemudahan fizikal; memperkukuh komunikasi melalui saluran rasmi dan bahan pelbagai bahasa; mengurangkan beban kos melalui subsidi dan pemudahan pembayaran; serta menambah baik promosi, skop manfaat, kriteria kelayakan, dan proses tuntutan yang lebih efisien. Kesimpulannya, tahap penggunaan dan kepuasan terhadap PeKa B40 masih rendah. Penambahbaikan berasaskan bukti amat diperlukan bagi memastikan keberkesanan, keadilan, dan kelestarian pelaksanaan program dalam melindungi kesihatan golongan B40 di Malaysia. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 300 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784317 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penggunaan dan tahap kepuasan terhadap peka B40 serta faktor-faktor mempengaruhinya kajian kaedah campuran di kalangan penerima manfaat di Malaysia.pdf | Full-text | 4.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.