Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784291| Title: | Kajian campuran perbandingan penilaian tahap kesihatan mental, faktor penentu dan halangan dalam kalangan remaja migran Indonesia di Malaysia dan negara asal |
| Authors: | Asta Adyani |
| Supervisor: | Rosnah Sutan, Prof. Dr. |
| Keywords: | Transients and Migrants Adolescent Mental Health Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 29-May-2026 |
| Abstract: | Kajian kesihatan mental dalam kalangan remaja migran masih terhad walaupun kadar migrasi terus meningkat, khususnya ke bandar utama negara maju yang menawarkan peluang pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik. Namun demikian, proses migrasi turut mendedahkan remaja kepada pelbagai cabaran psikososial yang boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. Kajian ini bertujuan menilai tahap kesihatan mental, faktor penentu dan hambatan dalam kalangan remaja migran Indonesia di Malaysia berbanding remaja non-migran di Indonesia. Kajian menggunakan reka bentuk kaedah campuran berturutan eksploratori yang menggabungkan temu bual mendalam dan kajian perbandingan keratan rentas. Peserta terdiri daripada remaja berumur 12-19 tahun di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur (SIKL) dan empat sekolah menengah atas terpilih di Surabaya, Indonesia. Temu bual dijalankan bersama guru kaunselor SIKL bagi mengenal pasti isu utama yang dihadapi remaja dan membentuk konstruk soal selidik kajian kuantitatif. Tahap kesihatan mental diukur menggunakan Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ) versi Bahasa Indonesia yang telah divalidasi. Dapatan kualitatif mengenal pasti lima tema utama, iaitu akses kepada sokongan sekolah dan perkhidmatan kesihatan, sokongan ibu sokongan rakan sebaya, tempoh keberadaan di sekolah, interaksi sosial dan tingkah laku berisiko. Kajian kuantitatif menunjukkan majoriti responden berumur 16–19 tahun dan beragama Islam. Remaja migran mencatat prevalens yang lebih tinggi bagi simptom emosi (64.6% berbanding 45.0%), masalah perilaku (81.6% berbanding 32.5%), hiperaktiviti (45.6% berbanding 36.1%) dan tingkah laku prososial (91.1% berbanding 88.0%). Sebaliknya, remaja non- migran menunjukkan prevalens lebih tinggi bagi masalah rakan sebaya (27.2% berbanding 6.3%) dan jumlah kesulitan keseluruhan (55.5% berbanding 36.7%). Analisis multivariat menunjukkan faktor jantina, agama, efikasi kendiri dan pengalaman keganasan berkait signifikan dengan beberapa domain kesihatan mental dalam kalangan non-migran. Bagi migran, sokongan rakan sebaya dan interaksi sosial merupakan faktor utama yang mempengaruhi masalah perilaku, hiperaktiviti dan hubungan rakan sebaya. Secara keseluruhannya, majoriti remaja migran mempunyai tahap kesihatan mental yang normal serta sokongan sosial yang baik. Kajian ini mencadangkan pembangunan intervensi dan dasar yang lebih inklusif, sensitif budaya dan responsif terhadap keperluan kesihatan mental remaja migran dan non-migran di Indonesia. Kata Kunci : Kesihatan Mental, Remaja Migran, Tingkah Laku Berisiko, Tingkah Laku Kesihatan. |
| Pages: | 292 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784291 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kajian campuran perbandingan penilaian tahap kesihatan mental, faktor penentu dan halangan dalam kalangan remaja migran Indonesia di Malaysia dan negara asal.pdf | Full-text | 3.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.