Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784148Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd Basril Iswadi Basori, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Habibah Jamil, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Mazlinfalina Mohd Zin (P93101) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T08:14:16Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T08:14:16Z | - |
| dc.date.issued | 2023-05-30 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784148 | - |
| dc.description.abstract | Longgokan emas jenis orogeni telah menyumbang kepada pengeluaran emas terbesar di dunia iaitu hampir 30%. Beberapa model genesis telah diperkenalkan bagi menjelaskan genesis pembentukan longgokan emas jenis ini di seluruh dunia. Namun, model genesis bagi longgokan emas orogeni di Malaysia masih lagi diperbahaskan. Oleh itu, kajian longgokan emas di Buffalo Reef yang terletak di bahagian utara Negeri Pahang dilakukan bagi menentukan genesisnya kerana longgokan ini merupakan salah satu daripada longgokan-longgokan emas jenis sama yang tersebar dengan meluas di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji cirian geologi dan pemineralan, menentukan cirian geokimia isotop stabil dan radiogenik serta bendalir terkepung, dan seterusnya mencadangkan model genesis longgokan emas di Buffalo Reef. Metodologi kajian melibatkan kerja lapangan dan penyiasatan terperinci geologi dan pemineralan pada singkapan permukaan dan teras lubang gerudi, dan kajian makmal bersistem seperti kajian petrografi, kajian irisan gilap, kajian ketulenan emas menggunakan penganalisis mikroprob elektron (EPMA), kajian isotop stabil (K, O & S) dan isotop radiogenik Pb, dan kajian bendalir terkepung secara petrografi dan mikrotermometri. Hasil kajian ini mengenalpasti geologi kawasan Buffalo Reef terdiri daripada syal, syal berkarbon, batu lodak, batu lumpur, batuan volkanik dan batuan metamorf gred rendah berusia Perm-Trias yang merupakan sebahagian daripada Formasi Gua Musang. Pemineralan emas pula didapati terjadi di dalam telerang-telerang kuarza dan perubahan batuan dinding yang dikawal oleh sesar utama berarah hampir utara-selatan dan timurlaut-baratdaya serta asosiasi zon-zon ricih. Emas dapat dikelaskan sebagai elektrum (78.4–97.6 wt.% Au dan 0.1–11.9 wt.% Ag) dan berasosiasi dengan pirit dan stibnit dalam fasa utama pemineralan (emas-mineral sulfida) di dalam telerang-telerang kuarza peringkat II dan perubahan batuan dinding. Komposisi-komposisi isotop karbon (-8.7 hingga -6.9‰), oksigen (+11.7 hingga +15.0‰) dan 34S (-2.40 hingga +2.70‰) menunjukkan larutan pembentuk bijih didominasi oleh air metamorf yang bercampur dengan sedikit air magma yang asalan sama ada secara terus daripada magma atau diangkut daripada batuan igneus (terletak jauh pada kedalaman). Keselarasan juga diperolehi daripada komposisi isotop Pb mineral stibnit (206Pb/204Pb=18.5953–18.6318, 207Pb/204Pb=15.6564-15.6910, 208Pb/204Pb=38.6378 38.7503) yang menunjukkan bahawa bahan pembentuk bijih mempunyai komposisi Pb batuan perumah metasedimen dan berasal daripada percampuran antara kerak atas dan kerak igneus/mantel. Seterusnya, hasil kajian mikrotermometri bendalir terkepung di dalam telerang-telerang kuarza pula memperlihatkan larutan bijih didominasi oleh nilai kemasinan rendah fasa cecair-wap (H2O + NaCl + CO2) yang telah membawa emas dan mengubah batuan perumah pada julat suhu homogen yang besar sekitar 107-276 °C, dan tekanan sekitar 3.0 hingga 3.6 kbar pada kedalaman pembentukan bijih yang berjulat dari 180 m hingga 10.8 km. Merujuk kepada semua bukti-bukti geologi dan geokimia yang didapati ini, kajian ini mencadangkan bahawa longgokan emas Buffalo Reef merupakan longgokan emas orogeni yang terbentuk pada sistem perlanggaran kerak-orogeni, selepas pengsubduksian lautan Paleo-Tethys ke bawah Blok Malaya Timur. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
| dc.rights | Akses Terbuka/Open Access | - |
| dc.subject | Geology, Economic | en_US |
| dc.subject | Gold mines and mining | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Genesis longgokan emas Buffalo Reef, Pahang, Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 143 | en_US |
| dc.identifier.callno | TN260.M339 2023 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007816 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Genesis longgokan emas buffalo reef Pahang Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 5.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.