Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784118Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Fatimah Abdul Razak, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Munira Ismail, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nurun Najwa Bahari (P112529) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-15T07:03:26Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-15T07:03:26Z | - |
| dc.date.issued | 2025-07-25 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784118 | - |
| dc.description.abstract | Analisis rangkaian telah muncul sebagai kaedah yang berkesan untuk memahami perhubungan antara bucu merentas domain. Kajian ini menggunakan analisis rangkaian dalam rangkaian pelakon, rangkaian saham, dan rangkaian pelajar. Dalam analisis rangkaian pelakon mendedahkan bahawa pelakon dengan pemusatan yang tinggi dan mempunyai kepelbagaian tema filem yang tinggi merupakan pelakon yang penting malah pelakon terkemuka seperti Pekin Ibrahim yang dikenal pasti sebagai "Kevin Bacon" filem Melayu menunjukkan kepelbagaian kerjaya yang ketara. Beralih kepada rangkaian saham, kajian ini mengkaji kesan pandemik COVID-19 dan mendapati bahawa corak korelasi bertambah semasa krisis dan hanya mengandungi korelasi positif semasa pandemik, mencerminkan pergerakan saham yang segerak, malah mempunyai nilai modulariti yang menunjukkan pembentukan komuniti yang lebih kuat tetapi hakikatnya terdedah kepada risiko. Kaedah ambang terlaras digunakan untuk rangkaian semasa pandemik bagi menyamakan ketumpatan rangkaian sebelum dan selepas pandemik namun analisis menunjukkan pencirian dan struktur rangkaian yang setanding dengan rangkaian yang menggunakan kaedah ambang biasa. Hal ini membuktikan kaedah ambang biasa yang digunakan adalah lebih sesuai walaupun untuk membezakan rangkaian dengan ketumpatan yang berbeza. Seterusnya, rangkaian persahabatan pelajar menganalisis persahabatan antara pelajar tahun satu pada awal semester. Kajian ini mendapati hanya beberapa pelajar yang mempunyai nilai pemusatan yang tinggi kerana menjadi tumpuan ramai pelajar yang menyenaraikan mereka sebagai sahabat. Dalam fasa penyesuaian ke persekitaran baharu, mereka memainkan peranan penting sebagai penghubung sosial yang menyebarkan maklumat, memberi sokongan emosi dan menggalakkan integrasi rakan sebaya dalam komuniti pembelajaran. Penyelidikan tesis ini juga menekankan aplikasi model nol berdasarkan sifat dalam adaptasi modulariti untuk mengkaji pengaruh sifat suatu bucu dalam keterhubungan komuniti yang terbentuk dalam ketiga-tiga rangkaian. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam rangkaian sosial iaitu rangkaian pelakon dan rangkaian pelajar mempunyai pengaruh kaum yang dominan dalam pembentukan komuniti dalam rangkaian. Manakala bagi rangkaian kewangan iaitu rangkaian saham menunjukkan yang sifat subsektor saham memberi pengaruh dalam pembentukan komuniti hanya pada waktu krisis kewangan berlaku. Kesimpulanya, analisis rangkaian seperti pemusatan dan modulariti memberi dapatan kajian yang penting merentas domain malah penyelidikan tesis ini menunjukkan yang aplikasi model nol berdasarkan sifat berkesan untuk mendedahkan pengaruh sifat bucu dalam keterhubungan komuniti yang terbentuk dalam rangkaian. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan untuk kajian-kajian pada masa hadapan. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
| dc.subject | Social network analysis | en_US |
| dc.subject | COVID-19 pandemic | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Analisis rangkaian dan aplikasi model nol rangkaian merentas domain | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 226 | en_US |
| dc.identifier.callno | HM741.N87 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007890 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis rangkaian dan aplikasi model nol rangkaian merentas domain.pdf Restricted Access | Full-text | 4.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.