Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784095
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia-
dc.contributor.advisorMat Noor Mat Zain, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoor Lizza Mohamed Said, Datin Dr.en_US
dc.contributor.authorShahrina Romlien_US
dc.date.accessioned2026-07-15T01:09:35Z-
dc.date.available2026-07-15T01:09:35Z-
dc.date.issued2026-03-08-
dc.identifier.otherP83643-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784095-
dc.description.abstractMalaysia mempunyai keluasan tanah wakaf yang begitu besar dan berdasarkan rekod laporan daripada JAWHAR, terdapat 3,018 lot tanah wakaf masih belum dimanfaat dan dibangunkan dan dari segi keluasan, sebanyak 2,415 hektar tanah wakaf masih belum dimanfaatkan sepenuhnya berpunca daripada kurangnya instrumen pembangunan hartanah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perkembangan bentuk instrumen pembangunan hartanah wakaf Islam, menilai pelaksanaan di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, serta menentukan kesesuaian instrumen bagi pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Reka bentuk kajian ialah menggunakan kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data ialah melalui pengumpulan data skunder dan data primer. Data skunder dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan bagi menjawab objektif pertama. Pengumpulan data primer menggunakan instrumen temu bual yang melibatkan enam orang informan bagi menjawab objektif kedua dan ketiga dan dianalisis menggunakan perisian Atlas ti. Hasil kajian mendapati instrumen pembangunan hartanah wakaf Islam merangkumi pendekatan tradisional (contohnya al-hukr, al-khuluw, al-istibdal, al-musaqat, al-muzarac ah, al-istisna’, al-musharakah, al-mudharabah, al-ijarah) dan moden (contohnya pembangunan secara langsung, pembangunan secara pajakan, bina, kendali dan pindah, pembangunan jalinan usahasama (joint venture) dengan syarikat swasta ataupun syarikat perbankan, pembiayaan secara pelaburan korporat, pembiayaan pegangan saham, pembiayaan secara langsung, penerbitan sukuk (bon), bina, sewa dan beli (buit, rent, transfer), bina, jual dan sewa kembali (built, sale and lease back), pembinaan projek-projek pembangunan secara komersial untuk disewakan, peruntukan dana kerajaan, wakaf pertanian dan pengurusan oleh jawatankuasa masjid. Persamaan dan perbezaan pelaksanaan wujud antara negeri dengan lima instrumen digunakan di semua negeri dan selebihnya berbeza mengikut konteks negeri. Instrumen paling sesuai mengikut negeri ialah: Selangor – al-musaqat, al-ijarah, al-khuluw (tanah kecil/pertanian) dan pembangunan langsung/JV (projek besar); Perak – Istibdal (tanah kurang produktif), al-musaqat (pertanian) dan wakaf tunai/pembangunan komersial (projek besar); Negeri Sembilan – al-khuluw/al-hukr (premis kecil/komuniti), al-musaqat (pertanian) dan pembangunan langsung/wakaf tunai/JV (projek besar); Melaka – al-istibdal (tanah kurang produktif), al-khuluw (premis sewaan), wakaf pertanian (pertanian) dan pembangunan langsung/wakaf tunai/JV (projek berskala besar). Kajian ini menekankan bahawa pemilihan instrumen pembangunan hartanah wakaf perlu disesuaikan dengan jenis tanah, skala projek dan konteks negeri untuk memastikan keberkesanan dan manfaat maksimum.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Access-
dc.subjectWaqf -- Malaysiaen_US
dc.subjectEndowments, Islamic -- Malaysiaen_US
dc.subjectReal estate development -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleInstrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages395en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Instrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysia.pdfFull-text176.59 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.