Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784092
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.rights.licenseTertakluk kepada Dasar Akses Terbuka Tesis dan Disertasi IPT Malaysia-
dc.contributor.advisorWan Haslan Khairuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Amzar Hanif Mohd Zaidien_US
dc.date.accessioned2026-07-15T01:04:43Z-
dc.date.available2026-07-15T01:04:43Z-
dc.date.issued2026-03-04-
dc.identifier.otherP120171-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784092-
dc.description.abstractJadhr al-Aṣam (liar paradox) merupakan paradoks yang bersifat swarujuk yang menghukum penyataan sendiri bahawa apa yang diperkatakan adalah dusta. Posisi ini mengakibatkan penyataan tersebut dihukum sebagai benar dan dusta. Permasalahan ini mengundang ‘mantikiawan’ dalam membincangkan dan mengetengahkan penyelesaiannya namun belum mencapai konsensus. Jadhr al-aṣam tidak lagi dibincangkan lanjut oleh ilmuwan Islam kecuali syarahan terhadap karya-karya dan solusi-solusi lama yang mengakibatkan tiada cadangan solusi baharu. Namun, jadhr al- aṣam terus didominasi perbincangannya oleh ilmuwan barat. Kajian ini cuba mengetengahkan penyelesaian para ‘mantikiawan’ terdahulu dan terkemudian sama ada ilmuwan Islam dan Barat terhadap jadhr al-aṣam. Objektif kajian ini adalah menerangkan hakikat serta sejarah jadhr al-aṣam menurut ilmuwan Islam dan Barat. Kedua, membincangkan konsep dan solusi jadhr al-aṣam. Seterusnya, menganalisis solusi jadhr al-aṣam serta aplikasi dalam pemikiran kritis. Pengumpulan data-data bagi kajian ini adalah berpandukan metode dokumentasi dan analisisnya berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan kajian merumuskan perbahasan jadhr al- aṣam masih relevan serta berperanan dalam membanteras akar-akar sofisme. Solusi terhadap jadhr al-aṣam adalah dalam bentuk penyelesaian hierarki pragmatik yang tiga iaitu ‘keberdasaran’ (groundedness), ‘refleksiviti’ dan sensitiviti terhadap konteks. Implikasinya, solusi jadhr al-aṣam berupaya menajamkan penaakulan logik, meningkatkan kefahaman teori kebenaran serta had keupayaan akal dalam berhujah dan mempertingkatkan keupayaan berkomunikasi. Penyegaran terhadap perbincangan topik-topik dalam Ilmu Mantik perlu dilestarikan dalam masyarakat dalam mendepani cabaran pemikiran pasca modenisme.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsAkses Terbuka/Open Access-
dc.subjectCritical thinkingen_US
dc.subjectIslamic philosophyen_US
dc.subjectWestern philosophyen_US
dc.subjectThought and thinkingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleJadhr al-Asam menurut ilmuan Islam dan barat serta aplikasinya dalam pemikiran kritisen_US
dc.typeThesesen_US
dc.rights.holderUniversiti Kebangsaan Malaysia-
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages163en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)en_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Jadhr Al Asam menurut ilmuan Islam dan barat serta aplikasinya dalam pemikiran kritis.pdfFull-text1.82 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.