Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784076Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Ton So Har, Prof. | en_US |
| dc.contributor.author | Iskandar Kassim | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-07-13T02:25:31Z | - |
| dc.date.available | 2026-07-13T02:25:31Z | - |
| dc.date.issued | 2000-07-27 | - |
| dc.identifier.other | P11643 | en_US |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/784076 | - |
| dc.description.abstract | Perubahan kecil yang berlaku pada jujukan nukleotid virus Hepatitis B (HBV) memberi kesan yang besar kepada struktur dan fungsi virus tersebut. Contohnya, kehadiran mutasi kodon penamat pada bahagian pre-kor genom HBV dalam pesakit yang negatif terhadap HBeAg telah dikaitkan dengan keadaan viremia berterusan dan kerosakan hepar yang lebih teruk lagi. Kajian dilakukan ke atas 265 pesakit yang positif terhadap HBsAg yang dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu pembawa asimptomatik (ASC), pesakit kronik (CC) dan pesakit hepatoma (HCC). Pengesanan HBV-DNA dijalankan secara PCR dan sampel yang positif kemudiannya dilakukan penentuan jujukan (terutamanya kodon 15 dan kodon 28) menggunakan teknik enzymatic sequencing' atau teknik kombinasi PCR dengan tindakan enzim restriksi. HBV-DNA dikesan di dalam 95 pesakit [ASC-15 (38.5%), CC-69 (34.7%), HCC-11 (40.7%)]. Kehadiran HBV-DNA tidak mempunyai hubungan bermakna dengan kumpulan pembawa (X2=8.184, P=0.0017). Bagi analisis penentuan jujukan pre-kor, varian T-1858 telah ditemui dalam 78 pesakit (ASC-14, CC-54 HCC-10), varian C- 1858 dalam 14 pesakit (ASC-1, CC-12 dan HCC=1), manakala tiga pesakit didapati mengandungi campuran varian C/T-1858. Varian G-1896 ditemui dalam 92 pesakit (ASC-15, CC=67, HCC-10), manakala tiga pesakit lagi mengandungi varian G/A 1896. Dalam kumpulan ASC, didapati 14 pembawa dijangkiti oleh varian T-1858 dan masing-masing lima adalah positif terhadap HBeAg dan 9 yang lain adalah positif terhadap anti-HBe; satu pesakit dijangkiti oleh varian C-1858 dan ianya adalah positif terhadap HBeAg. Bagi kumpulan CC, didapati 54 pesakit dijangkiti oleh varian T- 1858 dan masing-masing 27 adalah positif terhadap HBeAg, 25 positif terhadap anti- HBe, satu negatif terhadap HBeAg/anti-HBe dan satu lagi positif terhadap HBeAg/anti-HBe; 12 pesakit dijangkiti oleh varian C-1858 dan masing-masing 8 adalah positif terhadap HBeAg dan 4 adalah positif terhadap anti-HBe; 3 pesakit dijangkiti oleh kedua-dua varian C/T-1858 dan kesemuanya adalah positif terhadap HBeAg. Varian C atau T-1858 tidak menunjukkan hubungan bermakna dengan kehadiran HBeAg/anti-HBe (X2-0.855, P=0.355). Dalam kumpulan HCC, 10 pesakit dijangkiti oleh varian T-1858, masing-masing 7 pesakit adalah positif terhadap anti- HBe dan 3 lagi negatif terhadap kedua-dua HBeAg dan anti-HBe. Tiada pesakit yang dijangkiti oleh varian A-1896 (mutasi kodon penamat) secara eksklusif dan hanya tiga pesakit (daripada semua kumpulan) yang dijangkiti oleh campuran A/G-1896 dan masing-masing satu pesakit adalah positif terhadap HBeAg dan dua lagi positif terhadap anti-HBe. Kajian ini menunjukkan kebanyakan pembawa HBsAg di Malaysia dijangkiti oleh varian T-1858 dan hanya segelintir pembawa yang jangkiti oleh virus yang mempunyai mutasi kodon penamat pada kodon 28. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | Terhad/Restricted | en_US |
| dc.subject | Hepatitis B virus -- adverse effects | en_US |
| dc.subject | Hepatitis B Antigens -- adverse effects | en_US |
| dc.subject | Base Sequence | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Penentuan jujukan nukleotid bahagian pre-kor genom virus hepatitis B dalam pesakit yang positif terhadap HBsAg di Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.rights.holder | UKM | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 116 | en_US |
| dc.identifier.callno | QU20.I73p 2000 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00002191575 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Perubatan | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penentuan jujukan nukleotid bahagian pre-kor genom virus hepatitis B dalam pesakit yang positif terhadap HBsAg di Malaysia.pdf | Partial | 6.81 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.
