Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783961
Title: Impak kepercayaan, sekuriti dan risiko terhadap niat penggunaan perbankan dalam talian pengguna Malaysia
Authors: Johan Ariff Jafri (P100123)
Supervisor: Syajarul Imna Mohd Amin, Dr.
Aisyah Abdul Rahman, Prof. Dr.
Shifa Mohd Nor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Internet banking -- Malaysia
Electronic funds transfers -- Security measures
Banks and banking -- Computer network resources
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Sep-2025
Abstract: Walaupun teknologi kewangan (Fintech) meningkatkan kecekapan dan daya saing perkhidmatan kewangan, peningkatan penggunaan perbankan dalam talian turut menyebabkan peningkatan risiko jenayah siber, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kepercayaan dan keselamatan pengguna. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat pengguna untuk menggunakan perbankan dalam talian di Malaysia. Kepercayaan dikaji sebagai pemboleh ubah pengantara antara keadaan kemudahan (kualiti sistem, kualiti maklumat, kualiti perkhidmatan, keselamatan), situasi lazim dan jaminan struktur dengan niat pengguna, manakala risiko bertindak sebagai pengantara antara hubungan kepercayaan dan niat. Tinjauan menggunakan persampelan mudah telah dijalankan terhadap 400 responden dari Oktober 2022 hingga Januari 2023. Analisis menggunakan PLS-SEM menunjukkan bahawa jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan kepercayaan memberi kesan positif terhadap niat untuk menggunakan perbankan dalam talian, manakala keadaan kemudahan dan pengaruh sosial tidak menunjukkan kesan yang signifikan. Keadaan kemudahan dan situasi lazim didapati memberi kesan positif terhadap kepercayaan pengguna, yang juga memainkan peranan sebagai penyederhana antara hubungan situasi lazim dan keadaan kemudahan dengan niat penggunaan. Walau bagaimanapun, risiko tidak memberi kesan pengantara terhadap hubungan kepercayaan dan niat. Keunikan kajian ini terletak pada pendekatan integratif yang menggabungkan tiga teori utama: Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT), Teori Kepercayaan Institusi (ITT), dan Teori Valensi Bersih (NVT) bagi meneroka peranan gabungan faktor teknologi, kepercayaan institusi, dan persepsi risiko terhadap niat penggunaan perbankan dalam talian. Selain itu, kajian ini merupakan antara yang terawal memberikan bukti empirikal tentang penentu kepercayaan dan niat pengguna dalam persekitaran budaya dan negara membangun seperti Malaysia. Bagi pembuat dasar dan institusi perbankan, penemuan ini mencadangkan peralihan daripada bergantung kepada pengaruh sosial kepada pembinaan pengalaman digital yang lancar dan boleh dipercayai, kepada peningkatan prestasi sistem, kemudahan penggunaan dan infrastruktur yang kukuh bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor perbankan dalam talian.
Pages: 221
Call Number: HD1708.7.J634 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783961
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.