Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783955
Title: Kompetensi guru terhadap pengajaran kemahiran vokasional spesifik murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pembelajaran di Sarawak
Authors: Nur Hanini Anne Abdullah (P121088)
Supervisor: Syar Meeze Mohd Rashid, Dr.
Mohd Hana Mohd Yasin, Prof.
Keywords: Vocational teachers -- Malaysia -- Sarawak -- Training of
Vocational education -- Malaysia -- Sarawak
Special education teachers -- Malaysia -- Training of
Special education teachers -- Malaysia
Effective teaching
Teenagers with disabilities -- Malaysia -- Vocational education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Apr-2025
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pembelajaran di negeri Sarawak. Guru merupakan tonggak utama sistem pendidikan dan pelaksana dasar serta objektif kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, terdapat beberapa isu yang membimbangkan dalam pelaksanaan pengajaran KVS, termasuk kekurangan latihan khusus dalam bidang vokasional, kesukaran mengadaptasi kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran MBPK yang pelbagai, dan cabaran dalam menilai kemajuan pembelajaran murid secara berkesan. Selain itu, terdapat dapatan mengenai sikap sambil lewa sesetengah guru dalam menerapkan pengajaran kreatif yang boleh menjejaskan kemahiran praktikal yang diperlukan oleh MBPK. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian lapangan dengan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 80 orang guru Pendidikan Khas yang mengajar KVS kepada MBPK Pembelajaran di Sarawak. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 29. Analisis melibatkan dua pendekatan: analisis deskriptif yang melibatkan pengiraan min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan, serta analisis inferensi yang melibatkan ujian korelasi Pearson dan analisis regresi linear. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Khas di Sarawak memiliki tahap kompetensi yang sederhana tinggi hingga tinggi dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji. Nilai min bagi aspek pengetahuan ialah 4.26 (SP = 0.45), kemahiran 4.26 (SP = 0.45), dan sikap 3.86 (SP = 0.45). Analisis korelasi Pearson mendedahkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara ketiga-tiga aspek kompetensi: kesediaan pengetahuan dengan kesediaan kemahiran (r = .569, p < .001), kesediaan pengetahuan dengan sikap (r = .580, p < .001), dan kesediaan kemahiran dengan sikap (r = .543, p < .001). Analisis regresi linear pula menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mempunyai pengaruh yang signifikan bagi tahap kemahiran guru (t = 6.113, p < .001, β = .608), dan tahap sikap guru (t = 6.290, p < .001, β = .606), selain tahap kemahiran mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap sikap guru (t = 5.705, p < .001, β = .530). Kajian ini memberi sumbangan penting kepada bidang pendidikan khas dengan menyediakan pemahaman yang lebih mendalam tentang kompetensi guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan pengajaran KVS. Dapatan kajian membuktikan keberkesanan usaha KPM dan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dalam memperkasakan kompetensi guru. Hubungan signifikan yang ditemui antara ketiga-tiga komponen kompetensi menunjukkan kepentingan pendekatan holistik dalam pembangunan profesionalisme guru. Penemuan bahawa tahap pengetahuan mempunyai hubungan signifikan dengan kemahiran guru memberi panduan strategik untuk intervensi masa hadapan. Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pihak KPM dan BPKhas dalam beberapa aspek: merancang program latihan dan pembangunan profesional yang lebih berkesan, menilai keberkesanan program sedia ada, dan merancang penambahbaikan berdasarkan jurang kompetensi yang dikenal pasti. Kajian ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk penyelidikan masa hadapan dalam bidang pembangunan profesional guru Pendidikan Khas.
Pages: 259
Call Number: LC1047.85.N8377 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783955
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.