Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783954| Title: | Meneroka pengetahuan dan kemahiran YouTube serta cabarannya dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah |
| Authors: | Nor Azlinda Abdul Aziz (P115503) |
| Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
| Keywords: | Teachers -- Training of -- Technological innovations Technological literacy Malaysia Educational technology Malaysia Islamic education -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-May-2025 |
| Abstract: | Pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam dalam penggunaan teknologi digital seperti YouTube amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam era digital masa kini. Kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan dan kemahiran guru dalam menggunakan aplikasi YouTube serta cabaran yang dihadapi dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah di Malaysia. Pendekatan kajian berbentuk kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Empat orang guru Pendidikan Islam dipilih secara pensampelan bertujuan sebagai responden. Data dikumpul melalui temu bual dan dokumen, dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru berkaitan penggunaan YouTube dalam pengajaran meliputi kepentingan, kesesuaian, impak kepada pelajar, sumber maklumat, serta pemilihan bahan yang sesuai. Dari aspek kemahiran, dapatan menunjukkan guru memerlukan pelbagai kemahiran, termasuk memilih jenis video yang tepat, mengintegrasikan elemen menarik, serta menggunakan strategi yang meningkatkan keberkesanan YouTube dalam pengajaran. Cabaran utama yang dihadapi guru dibahagikan kepada dua tema, iaitu kekangan dan langkah penambahbaikan. Bagi tema kekangan termasuklah kemahiran yang terhad, minat guru terhadap teknologi, kurangnya sokongan dari pentadbir, fasiliti pembelajaran yang terhad, fokus murid dalam pembelajaran. manakala tema langkah penambahbaikan diperlukan bagi penggunaan YouTube yang lebih meluas, penyediaan pelbagai kursus dan latihan, sokongan pelbagai pihak, penghargaan bagi guru yang cemerlang dalam YouTube. Implikasi kajian ini penting bagi guru, pelajar, pentadbir sekolah, dan media dakwah Islam dalam memperkenalkan YouTube sebagai platform pendidikan yang menarik dan berkesan. Kesimpulannya, pemahaman yang mendalam tentang pengetahuan dan kemahiran serta kesedaran terhadap cabaran yang dihadapi dapat membantu guru memanfaatkan YouTube secara lebih efektif dalam meningkatkan kualiti pengajaran Pendidikan Islam. |
| Pages: | 277 |
| Call Number: | LB1028.3.N6464 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783954 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Meneroka pengetahuan dan kemahiran youtube serta cabarannya dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah.pdf | Full-text | 100.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.