Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783953| Title: | Hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet, emosi tingkah laku dan kesepaduan pasukan di Kuala Lumpur |
| Authors: | Mohd Azrul Mamat (P121233) |
| Supervisor: | Wan Ahmad Munsif Wan Pa, Dr. |
| Keywords: | Coaching (Athletics) -- Psychological aspects Coach-athlete relationships Athletes -- Training of Sports -- Psychological aspects Team sports -- Psychological aspects Sports teams -- Psychological aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 18-Jun-2025 |
| Abstract: | Kecemerlangan atlet bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada bakat yang mereka ada, tetapi berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang jurulatih. Kajian ini meneroka gaya kepimpinan jurulatih terhadap atlet di Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Kuala Lumpur. Seramai 223 orang atlet yang mewakili Kuala Lumpur ke kejohanan di peringkat kebangsaan telah diambil dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik yang diadaptasi termasuk dalam kajian ini antaranya adalah soal selidik Leadership Scale for Sports (LSS), Development of a Cohesion Questionnaire for Youth: The Youth Sport Environment Questionnaire, Behavioral Emotion Regulation Questionnaire (BERQ), dan Athlete Satisfaction Questionnaire (ASQ). Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab kepada hipotesis kajian yang telah ditetapkan. Analisis statistik menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam gaya kepimpinan jurulatih berdasarkan jantina atlet (p < 0.05). Tiada perbezaan signifikan berdasarkan jenis sukan dan hubungan signifikan ditemukan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan atlet, emosi, tingkah laku, dan kesepaduan pasukan (p < 0.05). Kepimpinan yang berkualiti memberikan motivasi, arahan jelas, dan pengajaran sesuai keperluan atlet, serta jurulatih perlu meningkatkan pengetahuan untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Kesimpulannya, kepimpinan jurulatih yang berkualiti meningkatkan prestasi atlet, memberi arahan tepat, dan memperkuat hubungan interpersonal yang positif. |
| Pages: | 135 |
| Call Number: | GV711.M63485 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783953 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Hubungan antara gaya kepimpinan jurulatih dengan kepuasan atlet emosi tingkah laku dan kesepaduan pasukan di Kuala Lumpur.pdf | Full-text | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.